Saturday 9 December 2017

Jinakknya haiwan-haiwan ini

Di Malaysia, haiwan yang dekat di hati manusia adalah kucing dan anjing kerana sifat dan rupanya yang comel. Pada masa sama, tempat-tempat seperti di zoo menyediakan haiwan yang mungkin tidak sesuai untuk dipelihara, kerana harga yang mahal, polisi kerajaan dan demi keselamatan secara amnya. Oleh yang demikian, mengambil peluang yang ada dalam mengenali haiwan ini adalah sangat penting untuk menanamkan sikap kasih sayang antara kita dan haiwan-haiwan lain. 

Walaupun Ular Sawa ini nampak seperti jinak, ia mampu membunuh dengan melilit mangsanya dengan kuat sehingga tidak boleh bernafas dan akhirnya mati.


Burung Kakak Tua mampu mencederakan jari dengan teruk jika menggigit menggunakan paruhnya yang amat tajam


Nota: Walaupun haiwan-haiwan ini sangat jinak, adalah mustahak untuk menjaga keselamatan diri anda dalam mengendalikan haiwan seperti ini.

Friday 3 November 2017

Fenomena graduan menganggur: Di mana silapnya?

Fenomena graduan mengaggur yang saban tahun semakin meningkat amat membimbangkan. Sehingga kini, terdapat lebih 50,000-250,000 graduan yang mengaggur selepas tamat pengajian.

1. Lebih 250,000 graduan mengganggur
Laman: http://www.utusanborneo.com.my/2017/04/14/250000-graduan-generasi-strawberi-masih-menganggur

2. Lebih 50,000 graduan menganggur selepas enam bulan tamat pengajian
Laman: https://www.malaysiakini.com/news/392243


Maka, di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mungkin berguna kepada para pelajar dan juga graduan sebagai panduan dalam menyahut cabaran dalam mencari pekerjaan di masa akan datang.

1. Perkara yang anda perlu tahu tentang graduan mengaggur di Malaysia
Laman: https://www.infopelajar2u.com/15-perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-graduan-menganggur-di-malaysia/

2. Bidang pendidikan paling ramai graduan mengaggur
Laman: https://iluminasi.com/bm/6-bidang-pekerjaan-yang-paling-ramai-graduan-menganggur-di-malaysia.html

3. Memiliki Ijazah tetapi masih mengaggur
Laman: https://leaderonomics.com/bm/artikel/sl1m-graduan-menganggur

4. Graduan mengaggur kerana sikap
Laman: http://www.pepatung.com.my/semasa/identiti/lima-sebab-graduan-masa-kini-menganggur-semuanya-berpunca-daripada-sikap.htm

5. Benarkah graduan mengganggur kerana masalah sikap?
Laman: http://www.bside.my/post/graduan-menganggur-masalah-sikap


Kesimpulan
Mari sama-sama kita meningkatkan kelemahan yang tersenarai di atas dalam menghadapi cabaran pada alam pekerjaan yang kian semakin mencabar.

Thursday 5 October 2017

Gibbon Protection Society Malaysia

On 5th October 2017, a seminar entitled Educational talk: Gibbon-forgotten Apes in Malaysia was held at Dewan Persidangan Bangunan Kedekanan, Universiti Kebangsaan Malaysia. The seminars objectives were to increase awareness on the decline of gibbon due to demand as pets. About 239 individuals of gibbon were killed just to obtain a single adolescent to sell to the black market which cost between RM800-RM5000. Sadly, people who bought these illegal pet shares their 'joy' to the public using media social.

Lecturers from UKM.

Presentation about gibbon.

It is important to report on the illegal pet trade to the authority at PERHILITAN Hotline: 1800-88-5151. We care, do you?

Sunday 10 September 2017

HAN Rainforest Resort Taman Negara, Malaysia

HAN rainforest resort, is located approximately a kilometer away from the entrance of Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, Malaysia. This resort provide many outdoor activities for their guest. Among the activities are jungle tracking, night walk, night safari, boat rafting and many more.

Complete facilities close to nature.




Delicious food and beverage.


Map of surrounding area with many outdoor activities provided.


Wildcat are common to find during this night safari trip.


The excitement of staying at this resort will make you come back. More information about this resort at: http://han-rainforestresort.com/#1



Friday 4 August 2017

Kaedah Mencari Rujukan untuk Penulisan Tesis dan Jurnal

Dalam mencari rujukan untuk penulisan tesis dan artikel untuk jurnal memerlukan kata kunci iaitu subjek dan disiplin yang betul. Di sini saya ingin berkongsi kaedah umum dalam mencari rujukan untuk manfaat bersama.


Kaedah A: https://scholar.google.com/



Kaedah B: https://www.google.com/



Pada masa yang sama, anda juga boleh mencari 'pakar-pakar' bagi "subjek dan disiplin" menerusi laman berikut:
a. https://www.academia.edu/
b. https://www.researchgate.net/home
c. https://scholar.google.com/citations

Nota penting: 
Dalam mencari rujukan bagi sesuatu topik, anda dinasihatkan untuk menukar pencarian subjek mahupun disiplin dan membandingkan rujukan tersebut. 

Tuesday 4 July 2017

Apa itu Little Napolean?

Sumber: http://www.dobot.com.my/?p=1010

Little Napoleon merujuk kepada penjawat awam yang berada pada sesuatu kedudukan (pangkat) tetapi tidak menghayati prinsip integriti. Dia menunjukkan kuasa dengan cara melambatkan kerja dan keputusan, dan akhirnya memberi kesan dan mencemarkan nama baik perkihdmatan. Kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Little Napolean perlu dibantu agar ia sedar dalam memahami bahawa tugas yang dipikulnya memainkan peranan yang besar dan merupakan satu ibadah. Justeru, mampu membawa negara ke arah yang lebih cemerlang.

Untuk mengetahui mengenai Little Napolean dengan lebih lanjut, boleh layari laman yang tertera di atas.





Tuesday 4 April 2017

Majalah dan Buletin

Terdapat banyak majalah dan buletin yang mengalu-alukan penulisan ilmiah, pandangan dan pendapat daripada penulis yang gemar menulis mengenai sesuatu subjek di dalam bidang Zoologi dalam Bahasa Malaysia. Di sini, saya senaraikan beberapa majalah dan buletin yang boleh dihantar untuk penilaian untuk penerbitan bercetak.

Dalam Bahasa Malaysia / Indonesia / Brunei:
1. Dewan Kosmik - Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Majalah Mata Air Indonesia
3. Majalah Sains Indonesia
4. Bahana - Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
5. Majalah Sawit Indonesia
6. Majalah 1000 Guru
7. Majalahhewan.com
8. Trubus
9. Warung Sains Teknologi - https://warstek.com/
10. Majalah Burung Pas
11. Majalah IMPAK UKM

Perkataan saintifik boleh rujuk di sini:
1. https://appsmu.ukm.my/etisas/
2. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online

Nota penting: Sediakan foto yang berkualiti



Wednesday 1 March 2017

Pemilihan jurnal untuk penerbitan

Pengenalan
Pemilihan jurnal untuk menerbitkan artikel penyelidikan kita adalah sangat penting untuk menjadi penyelidik yang berdaya saing di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, saya akan memberi panduan untuk pemilihan jurnal dalam bentuk analogi untuk difikirkan bersama:

Gambaran
Pertama, kita perlu lihat bahawa artikel kita seperti duit dan jurnal seperti tempat pelaburan. Oleh itu, kita akan melaburkan duit (artikel) kita di tempat yang berbeza. Jika tempat pelaburan (jurnal) kita bankrap (hilang prestij), maka kita masih mempunyai pelaburan duit (artikel) pada tempat lain.



Rajah 1: Jurnal yang mempunyai Impact Factor pada tahun 2008-2013 tetapi telah hilang prestij pada tahun 2014-2016. Impact factor boleh disemak dengan menaip nama penuh jurnal dan disertakan dengan perkataan 'biox'. Contoh: Sains Malaysiana biox.


Kedua, dunia ini mempunyai lebih 170 buah negara. Jika kita hendak mendapat pengiktirafan antarabangsa, adalah lebih baik menerbitkan artikel yang ditulis pada negara yang berbeza-beza tanpa melihat sangat kepada Impact Factor atau Q1-Q4/SCOPUS/DOAJ. Hal ini kerana kebanyakan jurnal tidak mahu terlibat dengan sistem 'Ranking' seperti ini. Setiap negara mempunyai cara melihat kualiti artikel dalam keadaan yang berbeza. Namun, jika tidak yakin untuk menghantar artikel ke luar negara untuk penilaian, sekurang-kurangnya hantar ke jurnal tempatan yang berlainan.


Rajah 2: Peta Dunia. Bulatan merujuk kepada negara yang telah menerima artikel saya antara tahun 2009-2017 untuk diterbitkan dalam jurnal mereka.


Ketiga, jika ingin tahu bahawa artikel yang kita terbit adalah bagus, lebih baik lihat kepada bilangan 'Citation' bagi setiap artikel yang kita tulis kerana ia menunjukkan bahawa artikel tersebut bukan ditulis dalam keadaan 'syok sendiri' tetapi dirujuk oleh penyelidik lain.


Rajah 3: Graf Citation dan h-index boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti artikel yang telah ditulis.


Renungan
Sebagai penyelidik, adalah lebih baik untuk kekalkan momentum dengan menerbitkan artikel di jurnal secara berkala dari tahun ke tahun dalam jurnal Q3/Q4 atau SCOPUS/DOAJ daripada menghabiskan kesemua 'stamina' selepas menerbitkan 1 atau 2 artikel dalam jurnal Q1/Q2. Persoalan yang anda perlu tanya diri sendiri ialah: Anda ingin berusaha untuk mendapatkan 1 pingat emas (Q1/2) atau 3 pingat gangsa (Q3/4) ?  

Wednesday 1 February 2017

Habitat Hidupan Liar Terancam?

Habitat hidupan liar kini semakin hari semakin terancam kesan daripada penerokaan hutan demi pembangunan. Antara kisah-kisah yang jelas akibat daripada aktiviti manusia terhadap hidupan liar dilaporkan oleh agensi-agensi berita tempatan:

Harimau
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/viral-sah-pak-belang-di-lpt2-wujud-1.608058

Tapir
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/tapir-pula-dikesan-lintas-lpt2-1.611932

Buaya
http://www.bharian.com.my/node/235646

Babi
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/30/wild-boar-crossing-one-killed-4-injured-in-crash/

Saya sangat berharap agar sekurang-kurangnya 50-70% hutan akan dipelihara demi pembangunan mampan dan seimbang untuk menjadi sebuah negara yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Monday 2 January 2017

Menterjemah Penguasaan Disiplin Ilmu Dalam Dunia Zoologi

Saya ingin berkongsi beberapa perkara penting dalam menuntut disiplin ilmu supaya mudah difahami dan diamalkan di dalam dunia Zoologi.

S: Soalan, J: Jawapan, C: Contoh.

Soalan 1

S1: Apakah itu disiplin ilmu?

J1: Cabang-cabang bidang yang diceburinya. Contohnya, taksonomi, biodiversiti, ethologi, filogenetik, toksikologi dll.

C1: Jika saya ingin mengkaji biodiversiti tikus, saya juga mampu mengaplikasikan disiplin ilmu ini dalam mengkaji biodiversiti burung.


Soalan 2

S2: Apakah itu subjek?

J2: Benda atau medium yang digunakan untuk mempelajari sesuatu disiplin ilmu. Contohnya, mamalia, serangga, ikan, parasit dll.

C2: Jika saya mengkaji filogenetik kulat, saya boleh berjumpa dengan orang yang mengkaji filogenetik burung untuk menerangkan mengenai filogetik (disiplin ilmu), dan bukan mengenai kulat (subjek).

Soalan 3

S3: Siapa saya hendak jumpa jika ingin belajar mengenai disiplin ilmu tersebut?

J3: Jumpa orang yang telah melalui proses dalam disiplin ilmu tersebut, dan bukan mencari orang yang menceburi subjek tersebut.

C3: Di dalam disiplin ilmu taksonomi itu sendiri, terdapat beberapa proses yang wajib dilalui untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai disiplin ilmu tersebut.

Soalan 4

S4: Bagaimanakah hendak mengetahui jika seseorang telah menguasai disiplin ilmu tersebut?

J4: Apabila beliau telah menerbitkan artikel yang ditulisnya di dalam jurnal sebagai penulis utama.

C4: Ramai terlibat sebagai penulis bersama dalam sesuatu projek dan menganggap diri sendiri telah menguasai disiplin ilmu tersebut, namun jika dilihat dengan lebih terperinci, berapa ramai yang benar-benar memahami disiplin ilmu tersebut?


Soalan 5

S5: Mengapakah terdapat perbezaan antara pendapat orang A dan orang B walaupun kedua-duanya menguasai disiplin ilmu yang sama?

J5: Setiap orang mempunyai cara berfikir, menterjemah dan memahami sesuatu perkara dengan pandangan yang berbeza. Kedua-dua orang A dan B mempunyai hujah masing-masing dalam memahami disiplin ilmu tersebut. Oleh itu, kita harus menghormati dan meraikan perbezaan pendapat dan mengambil yang mana terbaik untuk diri kita sendiri.

C5: Cara berfikir dan kefahaman antara orang yang menulis dengan tangan kanan dan tangan kiri adalah sangat berbeza.


Kesimpulan

Jika seseorang ahli Zoologi mampu memahami pelbagai disiplin ilmu dengan baik, maka boleh menceburi diri dalam cross-discipline dan melibatkan diri dalam multi-disciplinary dalam mereka-bentuk sesuatu penyelidikan (research design) yang lebih menarik.