Saturday, 5 July 2025

Program Pengenalan Kelestarian Sawit & FGV Edugames bersama SK PPPTR

 Pada 25 Jun 2025, Pusat Kecemerlangan PPPTR telah menganjurkan satu program jangkauan masyarakat bersama 150 pelajar tahap 2 bertempat di Makmal komputer, SK PPPTR, Jerantut, Pahang. Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Tuan Guru Besar, Hj.Zainordin Mohamed Yatim, diikuti dengan ucapan oleh En.Idris Ismail, Pegawai Khas, Pusat Kecemerlangan FGV PPPTR. Seterusnya, Pn.Syarifah Nur Afni dari Divisyen Kelestarian Kumpulan FGV telah berkongsi mengenai kepentingan kelestarian dalam industri sawit dan program pemuliharaan hidupan liar, khususnya dalam usaha konservasi Beruang Matahari. Dr.Dzulhelmi dan En.Nurfikri dari FGV R&D pula telah memperkenalkan aplikasi FGV Edugames dan mengaitkannya dengan amalan lestari di ladang dan kilang.

Gambarajah 1: Bersama 150 pelajar tahap 2

Gambarajah 2: Maskot beruang matahari FGV

Gambarajah 3: Nurfikri memberi penerangan mengenai Waste-to-wealth.

Gambarajah 4: Dr.Dzulhelmi memberi penerangan mengenai Weevil Hero & Ladang Defence.

Sepanjang program ini berlangsung, pelajar dibenarkan untuk membawa telefon pintar dan memuat turun dan mencuba aplikasi FGV Edugames. Aktiviti kuiz-kuiz spontan juga telah dijalankan bagi menerik minat dan menguji kefehaman pelajar dan majlis turut diserikan lagi dengan kemunculan maskot Beruang Matahari yang menceriakan suasana. Pihak sekolah turut melibatkan pelajar dalam aktiviti temu ramah bersama wakil FGV bagi menghasilkan video pendek berkaitan program ini. Sebagai simbolik penutup majlis, tiga anak pokok air mata pengantin dan lemuni telah diserahkan kepada pihak sekolah sebagai sumber madu kepada koloni kelulut yang dipelihara di kawasan SK PPPTR. Pembangunan aplikasi FGV Edugames ini telah menjadi salah satu platform dalam penyampaian informasi mengenai kelestarian sawit FGV yang boleh diakses oleh seluruh masyarakat secara meluas.

Gambarajah 5: Sharifah Afni memberi penerangan mengenai konservasi beruang.

Gambarajah 6: Program di SK PPPTR