Semasa saya berada di peringkat Ijazah Sarjana (Master), saya tidak berapa faham mengenai jurnal apa yang perlu dihantar jika kita ingin kajian kita dicetak. Saya difahamkan oleh seorang pensyarah bahawa kita perlu sokong jurnal tempatan, dan jika bukan kita, siapa lagi ?
Namun, saya tidak didedahkan dengan jurnal impact factor atau apa itu Quartile 1-4. Selepas bertanya dan mula menceburi di peringkat PhD ini, saya wajib terbitkan 2 jurnal impact factor untuk graduat. Oleh itu, saya mula membaca dan memahami sedikit sebanyak mengenai jurnal impact factor.
Jurnal impact factor ini merupakan jurnal yang 'diiktiraf' di peringkat antarabangsa mengikut disiplin sains dan kriteria untuk membuktikan bahawa artikel kajian yang kita tulis adalah 'berkualiti', dibaca dan 'cited' oleh orang ramai. Jurnal yang diterbitkan ini bersangkut-paut dengan 'h-index'. Semakin tinggi h-index, semakin hebat kajian penulisan yang dicetak oleh seseorang itu.
Seseorang itu 'diiktiraf hebat' dari segi kajian penulisannya dengan melihat h-index dan jurnal impact factor yang diterima untuk dicetak. Pada masa sama, pastikan orang itu merupakan 'penulis utama atau first author' (walaupun adakalanya ia sebagai penulis bersama iaitu co-author) kerana beberapa orang suka 'menumpang' nama pada kajian orang lain dan namanya berada dalam jurnal tersebut - tidak berintegriti dalam kerja. Pada masa sama, ada juga orang yang buat kerja 'paling minima' untuk memastikan nama dimasukkan (ini boleh fikir sendiri, tidak perlu huraian).
Saturday, 22 June 2013
Sunday, 2 June 2013
Lupa Masa Ranau, Sabah
While I was at Poring Hot Spring Ranau (Sabah), I saw a banner stating "Lupa Masa" where the meaning is "Forget Time" in Malay language. So, I decided to go there. The journey was at least 30 minutes walk crossing three rivers and into the jungle trail.
Overall, you can sleep at Lupa Masa and learn the survival skill in the forest..Just beware of 'many leeches'..I mean 'Many'.
Subscribe to:
Posts (Atom)