Saturday 1 May 2021

Pertandingan Memanah Tertutup Lahad Datu 2021

Memanah merupakan satu acara sunnah yang perlu diraikan oleh masyarakat negara kita. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu” (Riwayat Bazzar & Thabarani). Terdapat banyak kelebihan dalam acara memanah ini antaranya, (i) mampu membaiki kedudukan dan keseimbangan tangan dan mata (ii) tangan dan jari menjadi lebih fleksibel (iii) membina kekuatan otot (iv) meningkatkan kesabaran dan tahap focus dan (v) merehatkan minda. Secara teorinya, acara memanah dapat melatih seseorang menjadi lebih positif, penyabar, tenang, berfikiran terbuka dan rasional dalam mengatasi masalah.

Oleh yang demikian, Kelab Sukan, Sosial dan Rekreasi MPOB Lahad Datu (KSSR) dengan kerjasama Kelab Memanah Traditional Segama Lahad Datu (SEGATRAC), dan Persatuan Memanah Lahad Datu (LADARC) telah bersepakat untuk menganjurkan Pertandingan Memanah Tertutup Lahad Datu 2021 pada 3 April 2021 bertempat di PLASMA Inn MPOB Lahad Datu. Di dalam program ini, terdapat dua kategori memanah iaitu traditional dan recurve yang dipertandingkan di dalam satu pentas. Oleh kerana terdapat peserta yang baru mengenali dan ingin berjinak dengan acara memanah ini, pihak penganjur telah bersepakat untuk melonggarkan syarat-syarat penggunaan peralatan memanah ini.


Gambar 1: Sebahagian peserta memanah yang terlibat di dalam pertandingan ini.


Gambar 2: Seramai 27 peserta kategori recurve memanah sedang beraksi.


Gambar 3: Seramai 97 peserta kategori traditional memanah sedang beraksi.


Gambar 4: Peserta MPOB yang baru belajar sukan memanah dan telah berjaya memenangi pingat.


Gambar 5: Sebahagian ahli jawatankuasa perlaksana bagi program ini.