Thursday 1 October 2020

Pusat Luar Lembah Danum

Pusat Luar Lembah Danum (PLLD) terletak kira-kira 80 km dari bandar Lahad Datu Sabah. Untuk melawat tempat ini, anda perlu mendaftarkan diri dan juga kenderaan yang ingin digunakan di Pejabat Danum yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Lahad Datu. Di sini saya senaraikan harga-harga asas untuk memasuki Pusat Luar Lembah Danum ini.

Bajet asas:

  • Kenderaan  : RM20 setiap kenderaan
  • Yuran          : RM30 seorang
  • Hostel         : RM120 sebilik - 2 orang
  • Dapur          : RM45 tong gas
  • Makanan     : RM90 sehari

Rajah 1: Lawatan sambil belajar warga MPOB Lahad Datu ke Pusat Luar Lembah Danum pada 14-15 September 2020.


Rajah 2: Aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dibuat di PLLD.


Rajah 3: Hostel yang mempunyai 10 bilik. Terdapat juga tempat memasak di hostel yang menyediakan katil-katil saja untuk penginapan dengan harga RM50 sekatil.


Rajah 3: Titian gantung untuk memasuki hutan asli.


Rajah 4: Lawatan sambil belajar ke nurseri INFAPRO.


Rajah 5: Anda boleh membeli bibit pokok pada harga RM3-RM9.



Di Pusat Luar Lembah Danum, jika anda mengambil servis untuk Night Safari menaiki 4x4 dengan harga RM160, atau servis Night Walk dengan harga RM20 sejam pada waktu malam, anda berpeluang bertemu dengan pelbagai spesies haiwan yang aktif pada waktu malam.

Rajah 6: Kera Hantu atau Western Tarsier yang hanya terdapat di Borneo sahaja.


Rajah 7: Payau atau Sambar Deer yang banyak kelihatan pada waktu malam di kawasan hostel.