Tuesday 30 December 2014

Kursus Biologi bersama pelajar Kazakhstan

Seramai 80 pelajar Kazakhstan berusia antara 14-16 tahun membuat lawatan sambil belajar selama 2 minggu di Malaysia. Mereka ini terdiri daripada kalangan pelajar terbaik di sekolah mereka.

Dalam kategori Biologi, Thary, Benjamin, Gary, Dr Sugumaran dan saya telah menyediakan 2 hari modul untuk berkongsi ilmu mengenai flora & fauna.

Dr Sugumaran sedang menerangkan mengenai tumbuhan yang boleh digunakan untuk perubatan

Pelajar diberi peluang untuk melihat struktur tumbuhan dengan menggunakan mikroskop


Selain itu, modul fauna yang disediakan adalah mengenai mikroorganisma kecil dalam air, amfibia & reptilia dan labah-labah. Diharapkan dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat memberi dorongan kepada pelajar Kazakhstan untuk berjaya di masa akan datang.


Monday 8 December 2014

Penyelia VS Pelajar

Semenjak kebelakangan ini, saya seringkali mendengar rintihan daripada pelajar pascasiswazah mengenai penyelia yang hanya tahu MENGARAH dan bukan MENDIDIK. Antara perkara yang saya halusi ialah PENYELIA sebenarnya tidak memahami beberapa perkara asas berikut:

1. Bidang tugas Penyelia
    - Penyelia perlu mendidik disiplin ilmu penyelidikan tersebut dan bukan hanya memberi arahan seperti 'saya nak kamu tulis satu artikel mengenai sekian dan sekian'.

2. Disiplin penyelidikan
     - Penyelia tidak tahu atau kurang memahami disiplin ilmu penyelidikan yang pelajar sedang buat dengan baik

3. Tahu mengambil pelajar sahaja
     - Ada juga penyelia yang hanya tahu mengambil pelajar sahaja untuk tujuan tertentu dan bukan kerana fikir mengenai tanggungjawab yang akan dipikul di kemudian hari

Namun, saya juga mendapati di pihak pelajar pascasiswazah pula, terdapat SIKAP berikut:

1. Spoon-feed atau tukul dengan paku
      - Setiap satu benda perlu beri arahan, seolah-olah tidak boleh berfikir, mencuba atau mencari inisiatif sendiri.

2. Kurang memahami hala-tuju pascasiswazah
      - Pelajar perlu memahami bahawa di peringkat Pascasiswazah, setiap pelajar perlu MENGUASAI DISIPLIN ILMU yang diceburinya supaya dia boleh berdikari selepas tamat pengajiannya

3. Malas atau putus asa
      - Terdapat juga pelajar yang malas, tiada keazaman yang tinggi untuk menghabiskan pengajiannya dalam tempoh yang diberikan sehingga mencecah sehingga 5-7 tahun untuk menamatkan pengajiannya.



Monday 17 November 2014

Phylogenetic Analysis

There are several software that are needed to be downloaded.

1. BioEdit Sequence Alignment Editor was used to align forward and reverse sequences for sequence clean-up. The reverse sequences was set to reverse complement, grouped together with the forward sequences, align together using the pairwise alignment (optimal GLOBAL alignment), delete sequence where appropriate based on chromatogram and saved as FASTA files. Then, all the cleaned sequences for tetragnathid species with the downloaded selected tetragnathid species and two out-group sequences from genbank were saved as into one file as FASTA. 

2. Clustal X program was used for multiple sequences alignment and saved as NEXUS. Phylogenetic Analysis Using Parsimony (PAUP) software was used to elucidate the phylogenetic relationships between the tetragnathid species.

3. The PAUP software was keyed as follows:

a.       Neighbor-joining (NJ):
begin paup; log start file=NJ.log; outgroup 50;  set criterion=distance increase=auto;  dset distance=K2P; NJ treefile=NJ.tre; set autoclose=yes; bootstrap nreps=1000 search=NJ treefile=NJBt.tre; log stop; end

b.      Maximum Parsimony (MP):
begin paup; log start file=MP.log;  set criterion=parsimony; set autoclose=yes; set root=outgroup;  outgroup 50; set increase=auto; hsearch swap=tbr start=stepwise addseq=random nreps=100 hold=1; contree; set storebrlens=yes; bootstrap nreps=1000 treefile=COI/18S.tree search=heuristic / swap=tbr start=stepwise addseq=random nreps=1 hold=1; savetrees from=1 to=1 file=COI/18S.cb.pa.tree.nex format=altnex brlens=yes savebootp=nodelabels maxdecimals=0; pscores / tl ci ri rc hi; log stop; end;

c.       Maximum Likelihood (ML):
For COI: begin paup; log start file=ML.log; set autoclose=yes; set criterion=likelihood; set root = outgroup; outgroup 50; set storebrlens=yes; set increase=auto; Lset  Base=(value)  Nst=value  Rmat=(value)  Rates=type Shape=value  Pinvar=value; bootstrap nreps=100 search=heuristic/ addseq=random swap=tbr hold=1; contree; savetrees from=1 to=1 file=COI/ML.cb.mlb.tree.nex format=altnex brlens=yes savebootp=NodeLabels MaxDecimals=0; log stop; end;


d.      d. Genetic distance

Begin paup; dset distance=p; showdist; savedist format=nexus file=P_dist.nex; dset distance=p; showdist; savedist format=onecolumn file=P_dist1.txt; end;

    

Saturday 1 November 2014

University of Malaya Biodiversity Week 2014

UM Biodiversity Week 2014 dianjurkan oleh UMCares pada 27-31 October 2014 . Objektif utama ialah untuk memupuk kesedaran di kalangan warga universiti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Antara aktiviti utama yang dinantikan ialah forum 'Ekologi' yang memaparkan 3 panelis iaitu Dr Azmi Sharom (undang-undang alam sekitar), Dr Lim Boo Liat (Ekologi Hidupan Liar) dan Mr Giovanni Galuzzo (Reka Bentuk Pembolehbaharuan Ekologi Mampan).


Forum ini diadakan di Rimba Ilmu Universiti Malaya

Sebelum forum ini bermula, saya berkesempatan berbual bersama Dr. Lim Boo Liat sekitar 30 minit. Saya amat tertarik dengan nasihat beliau. Antaranya:

1. Sama-sama berkongsi dan berlajar untuk mengeluarkan hasil daripada ilmu yang dibincangkan dan tidak ada jurang di antara kita terutamanya pelajar dan pensyarah

2. Teritori dalam bidang masing-masing tidak akan memberi sebarang manfaat kepada diri sendiri mahupun masyarakat, maka galakkanlah lebih ramai orang menceburi bidang kita daripada menghalangnya. Hanya dengan cara ini barulah hasil ilmu akan lebih berbuah.

3. Apabila membuat penyelidikan yang berimpak tinggi, 3 tahun pertama adalah pengumpulan data, dan tahun-tahun berikutnya baru boleh menulis artikel yang lebih berkualiti. 

4. Jika ingin mengumpul kepelbagaian biodiversiti pada sesuatu kawasan, 70% species akan berjaya diperolehi dengan adanya kerja lapangan selama 2 minggu dalam 4 kali setahun (cth: Januari, April, Ogos, December).

5. Menghargai setiap orang yang membantu kita termasuk orang asli, pelajar, buruh dan orang bawahan. Jangan ingat kita lebih tinggi dan bagus daripada mereka kerana kita tidak mampu untuk tahu semua perkara.


Selepas selesai forum tersebut dan ingin balik, saya bergegas untuk bersalaman dengan panelis dan Dr. Lim Boo Liat berpesan kepada saya iaitu "tolong tulis lebih banyak buku untuk masyarakat kita".


Wednesday 8 October 2014

KESAN 'boncengan gratis': Adakah anda peduli ?

Ditulis oleh: Prof Dr A Murad Merican
Diterbitkan oleh: Utusan Malaysia
Tarikh: 04 August 2011

Kegiatan 'boncengan gratis' hakis kesarjanaan dan hikmah universiti


UNIVERSITI di Malaysia kehilangan hikmah. Akhir-akhir ini kita lihat universiti merestui 'pemboncengan gratis' di kalangan ahli akademik. Jika tidak membonceng dalam kegiatan penyelidikan dan penerbitan, mereka dianggap sebagai tidak normal. Tiba-tiba kita terlihat banyak nama yang menulis pada sesuatu karya. Perkara itu tidak salah. Tetapi jika nama-nama itu tidak ada kaitan intelektual dengan bidang atau tema yang dibincangkan, bagaimana kita mengukur hasilnya? Walaupun kajian dan penulisan antara disiplin digalakkan, perlu ada teguran jika ia disalahgunakan. Ramai ahli universiti yang telah salah tafsir konsep dan falsafah penglibatan kepelbagaian disiplin dalam sesuatu projek kajian.

Jika nama-nama itu hanya dikenali dengan kepakaran bahasa dan kemungkinan besar hanya menyunting sesuatu hasil penulisan, apakah namanya layak berkampung sekali? Kadang-kadang, seseorang ketua jabatan itu meminta namanya diletakkan sebagai penulis bersama kepada penulisan yang tidak ada kaitan dengan bidangnya. Asalkan tindakan itu dapat memberi markah kepada semua terbabit, dapat dicatat dalam kurikulum vitae dan dinilai untuk kenaikan pangkat, ia 'restui' oleh semua yang terbabit. Tanggapan sedemikian merupakan satu masalah amat besar yang melanda pandangan alam universiti ke arah 'prestasi yang cemerlang.'

Pemerhatian Prof. Muhammad Syukri Salleh (Utusan Malaysia, 20 Julai 2011), dan Prof. Madya Mohamad Md. Yusof ( Utusan Malaysia, 26 Julai 2011) ke atas gejala budaya material yang menular di universiti amat menakutkan. Jika ini tidak ditangani, akan pupuslah kesarjanaan di Malaysia. Ini ada kaitannya dengan bagaimana universiti kita dipaparkan dan ditonjolkan kepada dunia. Tidak kira universiti awam atau swasta, terlihat semacam kegilaan yang menyesatkan. Ini ada kaitannya dalam penonjolan keakraban universiti dengan industri dan profesion. Universiti kita kini nampaknya tidak mempedulikan etika dan tatasusila dalam kerjasama, pemasaran dan pengiklanan universiti dan tawaran kursus yang ada. Jika kajian rambang dilakukan, pihak industrilah yang 'dipertuhankan.'

Universiti tidak boleh 'diindustrikan'. Malangnya inilah yang sedang berlaku apabila ahli akademik membonceng, sama ada dalam projek penyelidikan atau penerbitan, di mana hasil karya dan penulisan seseorang itu diukur dengan kaedah nombor, kerana kaedah inilah yang paling mudah. Nampaknya, banyak masa terbuang dengan menumpukan kepada cadangan menulis dan mendapatkan pembiayaan penyelidikan, dan menyiapkan laporan penyelidikan. Ada yang menerbitkannya dan ada yang tidak. Akan tetapi apakah menerbitkan hasil penyelidikan yang dibiayai itu satu bukti pencapaian dan pemaparan kesarjanaan? Kita lupa hikmah yang perlu ada pada universiti. Nilai jauhari terhakis dalam diri kita sehinggakan kita tidak lagi mengenal manikam. Kita tidak tahu menilai idea, konsep dan teori.

Saya khuatir jika gejala ini berlarutan tanpa kekangan, maka hapuslah kesarjanaan di Malaysia. Yang ada hanya kilang-kilang mengeluarkan ijazah hasil dari para pensyarah yang taksub kepada model Pengajaran Berasaskan Hasil (OBE) yang tidak boleh mengukur nilai dan kepercayaan. Pensyarah-pensyarah berkenaan membayangi bahawa mereka bukan pensyarah tetapi sebahagian daripada profesion dan pasaran. Itu merosakan nilai akademik. Mereka tidak dapat membezakan antara nilai akademik dan nilai pasaran. Dengan itu apa yang kian berlaku ialah masyarakat pensyarah dilentur untuk akur kepada KPI tanpa kesarjanaan dan hikmah.

Apa yang mereka peduli ialah mengajar mengikut acuan yang diberi, mendapat sekian banyak pembiayaan untuk penyelidikan (tidak kira siapa membonceng) dan menerbit dalam jurnal-jurnal yang berindeks dalam pangkalan data tertentu. Amalan budaya material dan wang sebagai pengukur hasil para pensyarah kini amat tebal di kalangan universiti kita. Ini hendaklah dihentikan.

Para pemimpin universiti hendaklah muhasabah akan kesan jangka panjang jika ia berlarutan. Ilmu dan kesarjanaan tidak dapat dijanakan tanpa keikhlasan dan integriti. Malah, keadaan ini kian mempengaruhi para pensyarah muda, dan juga yang lama. Ada wang, boleh terbit dan ini dikira dalam KPI pensyarah itu dan universiti. Budaya ini telah banyak disalahgunakan. Ada 'pakar' dari universiti tempatan, yang dijemput oleh beberapa buah universiti lain, memaklumkan bahawa 'membonceng' itu halal. Dan 'membonceng' itu membolehkan nama kita tersiar di berpuluh-puluh jurnal dalam masa setahun. Dan kegiatan ini amat digalakkan. Dengan itu, seseorang itu dinilai sebagai 'cemerlang' dan seterusnya dianggap sebagai pensyarah yang 'berkualiti.' 

1. Di mana integritinya di sini?

2. Apakah istilah 'cemerlang' dan 'kecemerlangan' dan 'kualiti' itu telah mengaburkan kita akan kesarjanaan dan hikmah? 

3. Mengapa istilah 'cemerlang' ini digunakan dengan sewenang-wenangnya dalam universiti dan masyarakat kita?

Saya kira kita telah lari daripada matlamat asal mengapa kita bekerja di universiti dan asas penubuhan universiti itu. Saya bukan menentang usaha dan inisiatif ke arah memperbaiki pengajian tinggi kita. Apa yang saya ingin tegur ialah usaha itu telah banyak disalah tafsir dan disalah guna oleh para pensyarah lalu direstui oleh pentadbir universiti itu sendiri.

Wednesday 1 October 2014

REALITI: Amalan 'boncengan gratis' dalam dunia akademik

Ditulis oleh Mohd Shukri Hanapi, Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA), Universiti Sains Malaysia
Tarikh: 20 Julai 2011
Penerbit artikel: Utusan Malaysia

SELAIN amalan plagiarisme, terdapat satu lagi amalan yang dikatakan semakin berleluasa dalam dunia akademik pada masa kini, iaitu boncengan gratis.

Masalah inilah sebenarnya yang cuba dibincangkan oleh Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dalam artikelnya Sindrom 'Boncengan Gratis' Dalam Dunia Akademik yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini. Ia merupakan satu isu 'dalaman' dalam dunia akademik yang amat penting diberi perhatian oleh ahli-ahli akademik dan para pelajar.

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan oleh Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh itu, dapatlah dirumuskan lima faktor utama yang mendorong kepada berleluasanya amalan boncengan gratis dalam dunia akademik ketika ini. Faktor-faktor tersebut ialah Pertama, meletakkan nama penyelia atas permintaan mereka. Berhubung hal ini, ada segelintir ahli akademik yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelia kepada seseorang pelajar, meminta pelajar seliaannya itu memasukkan namanya sebagai penulis bersama dalam sebarang penulisan akademik yang dihasilkan. Tidak kiralah sama ada penulisan akademik itu berbentuk kertas kerja seminar, atau artikel jurnal atau buku yang dihasilkan dari tesis, asalkan ada kaitan dengan seliaannya sahaja terus diminta dimasukkan nama. Alasan yang diberikan ialah perlu meletakkan nama penyelia kerana dia telah menyumbang idea dan membimbing pelajar sehingga dapat menyiapkan penyelidikan.

Kedua, meletakkan nama penyelia sebagai penghargaan seseorang pelajar terhadap sumbangan yang diberikan oleh penyelianya. Dalam hal ini pula, ada segelintir pelajar yang rasa amat terhutang budi kepada penyelianya kerana mereka banyak menyumbang idea, membimbing, memberi tunjuk ajar, menyemak hasil penulisan akademik sehingga berjaya menyiapkan penyelidikan, artikel jurnal, kertas kerja dan sebagainya. Bagi golongan pelajar ini, mereka merasa 'amat bersalah' jika tidak memasukkan nama penyelia sebagai penulis bersama dalam penulisan akademik yang dihasilkan, walau pun penyelianya itu tidak pernah meminta pun mereka berbuat demikian.

Ketiga, wujud penulis-penulis yang berpakat untuk bertukar-tukar meletakkan nama masing-masing dalam sesebuah hasil penulisan akademik yang mereka tulis. Hal ini boleh terjadi dalam tiga keadaan. Pertama, sesama ahli akademik. Kedua, sesama pelajar. Ketiga, antara seseorang akademik (lazimnya penyelia) dengan pelajarnya.
Sebagai contoh, Si A, B dan C masing-masing menulis kertas kerja untuk sesuatu seminar. Pada masa yang sama, mereka berhasrat untuk mencukupkan hasil penulisan akademik bagi tujuan-tujuan tertentu. Lalu mereka berpakat untuk menghasilkan dan membentangkan tiga kertas kerja dalam satu seminar. Cara yang dilakukan itu boleh digambarkan sebegini. Si A menulis sebuah kertas kerja, pada masa yang sama dia meletakkan juga nama Si B dan C di bawah namanya. Dengan hanya menukarkan nama penulis pertama sahaja, Si A, B dan C masing-masing 'berjaya' menghasilkan dan membentangkan tiga buah kertas kerja dalam satu seminar. Jika diperhatikan, sekejap mereka menjadi penulis pertama, dan sekejap mereka menjadi pembonceng gratis.

Keempat, memasukkan nama seseorang rakan yang tidak memberi apa-apa pun sumbangan yang sepatutnya dengan alasan ingin membantunya. Sebagai contoh, Si A dan Si B telah berpakat untuk menulis sebuah artikel secara bersama untuk diterbitkan dalam sesebuah jurnal akademik. Sebaik sahaja artikel jurnal itu siap ditulis, tiba-tiba Si B meminta kebenaran Si A untuk memasukkan nama kawannya, iaitu Si C (pembonceng gratis) dengan alasan ingin membantu Si C yang masih belum cukup hasil penulisan dan penerbitan akademik. Sedangkan dalam hal ini Si C tidak memberi apa-apa sumbangan pun dan tidak tahu apa pun yang ditulis oleh rakan-rakannya.

Kelima, meletakkan nama seseorang rakannya yang lain kerana dia membiayai sepenuhnya kos untuk membentangkan sesebuah kertas kerja di sesuatu seminar. Membiayai kos pembentangan merupakan hal ehwal yang tidak melibatkan penulisan. Justeru, ini juga boleh dikatakan satu bentuk boncengan gratis. Dalam hal ini, boleh terjadi juga apabila seseorang yang telah menghasilkan sesebuah kertas kerja untuk dibentangkan dalam sesuatu seminar, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia tidak dapat pergi membentangkan kertas kerjanya itu. Atas inisiatif lain, beliau meminta bantuan salah seorang dari rakannya untuk membentangkan kertas kerja tersebut. Rakannya pun itu menyatakan kesanggupan untuk membentang, tetapi dengan syarat perlu meletakkan namanya selaku penulis bersama terlebih dahulu walau pun tidak menyumbang apa jua bentuk penulisan pun.
Berdasarkan kepada kesemua faktor yang mendorong kepada berleluasanya amalan boncengan gratis di Malaysia pada ketika ini, dapatlah disimpulkan bahawa amalan boncengan gratis yang dibincangkan oleh Muhammad Syukri sebelum ini perlu diberi perhatian oleh ahli-ahli akademik dan ditangani dengan sebaik mungkin. Walau pun dalam boncengan gratis itu ada unsur 'reda' dari penulis pertama, ia tetap dianggap sebagai amalan yang tidak beretika dan berintegriti dalam dunia akademik.

Dengan membiarkan amalan boncengan gratis ini berleluasa dalam dunia akademik, maka sudah pasti akan lahirlah ahli-ahli akademik dan pelajar-pelajar yang tidak beretika dan tidak berintegriti dalam menghasilkan sesebuah penulisan atau penerbitan akademik.

Friday 19 September 2014

Petrosains Science Festival 2014

Petrosains Science Festival promotes scientific knowledge through experience, hands-on and interactive ways to bringing science alive. Many slots or programme are open to the public for registration to fill in activities for the children's school holiday.


Spiders & Tarantulas session: sharing about spiders through simple activities, quizzes, and using live specimens such tarantulas with kids & their parents.

There are many more interesting activities such as dissecting cows heart, baking cookies, playing with toys and the most important thing is to spend your quality time with your children.

More info: www.sciencefestival.my

Monday 1 September 2014

Kucing Bengal

10 Fakta Menarik Kucing Bengal:

1. Kucing Bengal merupakan hasil kacukan daripada kucing domestik dan kucing hutan.
2. Ia boleh dikenali dengan bulu badan yang pendek, corak berbintik atau beralur.
3. Sangat berminat untuk bermain dengan tuan sekurang-kurangnya (1-2 jam sehari).
4. Suka bermain dengan air mengalir di dalam tandas
5. Suka lompat flip apabila bermain dan sangat kasar (perlu berhati-hati)
6. Perlu bertukar permainan setiap kali bermain dengannya sebab ia cepat rasa boring.
7. Perlu ada komitmen yang tinggi untuk bermain dengan kucing ini kerana jika dibiarkan saja dalam sangkar, ia boleh bertukar menjadi ganas dan liar.
8. Jika ia stress atau tertekan, ia akan kencing di beberapa tempat kerana tuan tidak memberi perhatian yang secukupnya dengannya.
9.  Tempat potty perlu tertutup untuk mengelakkan tanah bersepah kerana ia menggali tanah dengan kuat sekali.
10. Harga mahal, komitmen tinggi, maka berfikir dahulu sebelum membelinya

Suka mengangkat barang pada mulutnya dan membawanya ke merata tempat


Kucing ini tak nampak handsome masa kecil (3-8 bulan), tetapi akan nampak handsome, tegap, gagah pada usia 9 bulan ke atas.




Sunday 10 August 2014

Ahli Zoologi yang Terkemuka di Malaysia

Sebagai pelajar dalam bidang Zoologi, kita perlu menjejaki langkah yang diambil oleh ahli Zoologi yang terkemuka ini untuk berjaya:

1. Dr. Lim Boo Liat:

http://www.thestar.com.my/News/Environment/2014/04/14/A-zoologist-talks-about-life-among-the-wilds/

http://magazine.scientificmalaysian.com/issue-8-2014/interview-dr-lim-boo-liat

2. Profesor Emeritus Dr Yong Hoi Sen

http://www.merdekaaward.my/Media-Centre/Images/2010-Recipient-Professor-Emeritus-Dr-Yong-Hoi-Sen.aspx

Saturday 2 August 2014

Pusat Penyu Segari / Segari Turtles Centre

Pusat Penyu Segari terletak di pasir panjang kira-kira 20 minit dari pusat perbandaran manjung Perak. Pada umumnya, pusat ini menyediakan tempat bertelur, penetasan, dan penjagaan Penyu Lipas dan Penyu Agar.Jalan ke pusat ini agak mengelirukan kerana perlu melalui jalan yang agak sempit, dan tiada papan tanda yang baik untuk menunjukkan arah ke lokasi

Segari Turtle Centre is located at Pasir Panjang with an estimated 20 minutes drive from the manjung town centre, Perak. In general, this conservation centre provide hantching and monitoring of the endangered green turtles and Olive Ridley turtles. The road to this centre can be quiet confusing due to the very narrowed road (to avoid sand stealing), and the sign board is not that helpful.


Anak penyu yang diawasi sehingga mencapai umur yang matang untuk dilepaskan
Infant turtles that is being monitored until it reached certain age before it is released into the sea 

Saturday 12 July 2014

Lutong di UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan antara universiti yang mempunyai Lutong yang mendiami di dalam kampus itu sendiri. Ia boleh menjadi daya tarikan masyarakat untuk memerhatikan Lutong yang bebas bergerak, mudah dilihat dan masih mempunyai tingkahlaku seperti yang terdapat di dalam hutan.


Namun, terdapat harga yang perlu dibayar jika ia tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada masyarakat. Lutong ini telah dilanggar oleh kereta seorang pelawat secara tidak sengaja semasa ia melintasi jalan menuju ke hutan.

Tuesday 1 July 2014

PANDA in Zoo Negara Malaysia

Two PANDAs from China were 'borrowed' for 10 years to Malaysia, showing some great diplomacy between the two countries.

The PANDAs were kept in Zoo Negara Malaysia in a newly built building which cost millions of Ringgit. The building was equipped with complete facilities to take care of the PANDAs. Both PANDAs were kept separately until they show a sign of interaction.

Liang Liang (female) is comfortably resting on the stairs

Xing Xing (male) sleeping on the rock.


The fees to enter the Zoo Negara are as below:

Citizen
Entrance fee without visiting the PANDA: RM30 (adult)
Entrance fee + visiting PANDA: RM30 + RM20 = RM50 (adult)

Non-citizen
Entrance fee without visiting the PANDA: RM50
Entrance fee + visiting PANDA: RM50 + RM30 = RM80 (adult)


Wednesday 18 June 2014

Spider DNA degrade quickly? / DNA labah-labah rosak cepat?

Situation:
The spider collected from the field were stored in 75% ethanol. The specimens were left in the chalet for about a month in the forest. As soon as we got back to our lab, the spider specimen were stored in temperature -20oC freezer. After 18 months, we tried to extract the DNA and amplify at the COI (600-700 bp) and 18S (900-1100 bp) region, we found out that most DNA had been degraded. This is not surprising as previous report also mentioned that spider DNA degrade very quickly in less than 2 months if stored in 75% ethanol.

Recommendation: PLEASE extract the DNA as soon as possible.


Situasi:
Labah-labah yang dikumpul dari lapangan telah disimpan dalam 75% etanol. Spesimen dibiarkan di chalet selama kira-kira sebulan di dalam hutan. Sebaik sahaja kami kembali ke makmal, spesimen labah-labah telah disimpan di dalam peti sejuk pada suhu-20oC. Selepas 18 bulan, kami cuba untuk mengekstrak DNA dan menguatkan menggunakan COI (600-700 bp) dan 18S (900-1100 bp), namun kita mendapati bahawa kebanyakan DNA telah rosak. Ini tidak menghairankan kerana laporan sebelum ini juga menyebut bahawa labah-labah DNA rosak dengan cepat dalam masa kurang dari 2-6 bulan jika disimpan dalam 75% etanol.

Nasihat: SILA mengekstrak DNA spesimen secepat mungkin.

Tuesday 10 June 2014

Polymerase Chain Reaction (PCR)

The PCR mixture can be divided into several mixture:

1. Using PCR mastermix (1 sample = 50 microliter)

a. water (dH2O)      = 10 microliter
b. Primer forward     = 5 microliter
c. Primer reverse      = 5 microliter
d. Mastermix            = 25 microliter
e. DNA sample        =  5 microliter


2. Using manual PCR mixture (1 sample = 25 microliter)

a. Buffer polymerase (10x)            = 5.5 microliter
b. Magnesium Chloride (25mM)    = 2.5 microliter
c. dNTPs                                      = 1 microliter
d. Primer forward                          =  2.5 microliter
e. Primer reverse                           =  2.5 microliter
f. Taq polymerase                          =  0.2 microliter
g. water dH2O                              =  5.8 microliter
h. DNA sample                              = 5 microliter

Add-in BSA if MUST to enhance PCR product if the DNA quality is poor.

Monday 19 May 2014

Pameran Dinosour di Marina Putrajaya

Pameran Dinosour yang dianjurkan di Marina Putrajaya Presint 5 mempunyai pelbagai keunikan. Selain daripada pameran Dinosour, ia juga memaparkan pelbagai jenis serangga yang boleh dijumpai di negara yang berbeza.
Kala Jengking

Serangga

> Pameran ini berlangsung sehingga 22 Jun 2014
> Yuran adalah RM10 seorang dewasa.

Monday 5 May 2014

Jurnal lama tahun 1800-an

Semasa mencari rujukan lama untuk menulis manuskrip, kadang-kala terdapat kesukaran untuk mendapatkan rujukan yang telah ditulis dan disimpan pada perpustakaan tertentu. Maka, laman ini mampu memberi rujukan-rujukan lama yang telah dimuat naik dalam bentuk e-file:

http://www.biodiversitylibrary.org/item/119058#page/32/mode/1up

1. Tulis kata kunci pada 'search'.
2. Tekan jurnal yang hendak dilihat
3. Tekan 'download content', kemudian pilih muka surat yang ingin digunakan (jangan muat turun semua)
4. Masukkan email anda beserta dengan tajuk, penulis dan perkara.
5. Dalam masa 5-10 minit, rujukan yang anda pilih akan diemailkan kepada anda.

Selamat Mecuba..!!

Friday 18 April 2014

Sindrom ' boncengan gratis' dalam dunia akademik

Penulis ialah Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
Dipetik daripada Utusan Malaysia yang bertarikh 4 Julai 2011

PADA 6 hingga 8 Julai ini, Majlis Profesor Negara buat pertama kalinya akan mengadakan Kongres bagi membincangkan kaedah mentransformasikan negara. Jika kesemua profesor di Malaysia hadir, jumlahnya adalah sekitar 1,600 orang.
Sebagai intelegensia akademia yang pastinya mempunyai pemikiran yang besar-besar dalam bidang masing-masing, profesor-profesor tersebut dijangka akan membincangkan isu-isu menarik dengan analisis mendalam.

Kalaulah di celah-celah pemikiran besar dan analisis yang mendalam itu dapat diselitkan perbincangan tentang masalah dalaman dunia akademik mereka sendiri dan kemudiannya sampai kepada cara penyelesaiannya, tentulah ia lebih bermakna lagi. Salah satu masalah yang jelas semakin berleluasa dalam dunia akademik di Malaysia sekarang tetapi tidak begitu menarik perhatian sebahagian besar orang akademik ialah masalah yang saya panggil boncengan gratis (free-riderism).

Boncengan di sini bermaksud menumpang, manakala gratis bermaksud percuma. Boncengan gratis oleh itu bermaksud menumpang dengan percuma. Secara lebih khusus, ia bermaksud menumpangkan nama dalam sesuatu hasil kerja akademik, terutamanya dalam penyelidikan dan penerbitan tanpa 'membayarnya' dengan apa-apa sumbangan yang sewajarnya. Misalnya seseorang akademik meletakkan namanya dalam satu hasil dokumentasi penyelidikan, atau dalam satu penulisan, atau dalam satu penerbitan, walau pun sebenarnya beliau tidak menyumbang apa-apa. Kalau pun mereka dikatakan menyumbang, sumbangannya itu hanyalah dalam bentuk routine performance, umpamanya dengan hanya sedikit sebanyak mengumpul data, atau hanya dengan memberi idea, atau hanya dengan menyunting, atau hanya dengan menguruskan pentadbiran, atau hanya dengan menguruskan hal-ehwal yang tidak melibatkan penulisan.

Ringkasnya, mereka hanya menyumbang secara pasif dalam bentuk yang sememangnya telah menjadi tugas asas mereka, tetapi mereka tidak menyumbang dalam bentuk penulisan dokumentasi atau penerbitan tersebut. Sumbangan sedemikian tidak cukup untuk melayakkan seseorang akademik meletakkan namanya dalam sesebuah hasil dokumentasi atau penerbitan akademik. Konvension kepengarangan menetapkan sekurang-kurangnya tujuh syarat bagi melayakkan seseorang itu meletakkan namanya dalam hasil dokumentasi atau penerbitan akademik tersebut.

Pertama, kesemua mereka perlu terlibat secara aktif dalam menjana keaslian idea penulisan tersebut. Kedua, mereka perlu terlibat secara aktif dalam membina reka bentuk dan penulisannya. Ketiga, mereka perlu bertanggungjawab dalam pengamatan dan pengumpulan data. Keempat, mereka perlu memainkan peranan kepimpinan mengikut kapasiti masing-masing dalam pelaksanaan kajian yang dijadikan asas penulisan tersebut.
Kelima, mereka perlu terlibat sepenuhnya dalam proses menulis dengan bukan sahaja menulis draf manuskrip tetapi juga mengulang kaji dan menyemak manuskrip tersebut.
Keenam, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas manuskrip akhir. Dan ketujuh, mereka perlu mampu mempertahankan penerbitan tersebut mengikut disiplin profesional masing-masing. Ketujuh-tujuh syarat ini walau bagaimanapun tidak semua dipenuhi oleh kesemua ahli akademik masa kini. Cuba lihat contoh-contoh yang benar-benar terjadi.

Pertama, seorang pelajar PhD mengadu kepada saya bahawa penyelia bersamanya tiba-tiba meminta beliau memasukkan nama penyelia bersama tersebut dalam kertas kerja yang akan dibentangkannya di satu persidangan di Langkawi. Pelajar tersebut terkejut besar kerana penyelia bersama itu sedikit pun tidak mengetahui sebelumnya tentang kertas kerja tersebut, apatah lagi menyumbang apa-apa, sedangkan penyelia utamanya walau pun banyak memberi idea dan membimbingnya, tidak pernah pula meminta beliau melakukan demikian. Apabila hal ini disuarakan, penyelia bersama itu memberi jawapan yang sangat mudah. Katanya, penyelia utamanya sudah menjadi profesor, sedangkan beliau sedang berusaha mengumpul poin untuk memohon jawatan profesor.

Kedua, seorang yang berhasrat menjadi profesor menceritakan kepada saya bahawa beliau sedang merancang untuk memohon jawatan profesor apabila pelajar-pelajar siswazahnya menghasilkan beberapa penulisan lagi. Dengan gembira beliau menyatakan bahawa terdapat pelajarnya yang berkebolehan dan prolifik dalam penulisan. Dalam jangka masa terdekat, beliau yakin beliau sudah cukup bahan tulisannya untuk memohon jawatan profesor tersebut. Saya kehairanan kenapa pelajarnya yang berkebolehan dan prolifik, tetapi tanpa segan silu beliau pula yang merasakan layak memohon jawatan profesor. Jawapannya senang. Dalam penulisan pelajar-pelajarnya itu, beliau akan menaruhkan namanya sekali dan mendapat kredit sewajarnya.

Ketiga, seorang teman mengadu kepada saya bahawa kawannya yang sama-sama membuat penyelidikan dan kemudian sama-sama menulis sebuah artikel akademik, tiba-tiba meletakkan nama suaminya sebagai salah seorang daripada penulis artikel tersebut. Bila ditanya kenapa, kawan itu berterus terang mengatakan untuk menolong suaminya agar sama-sama mengumpul kelayakan untuk kenaikan pangkat. Teman saya itu akhirnya memberi dua pilihan, sama ada tidak memasukkan nama suaminya, atau memasukkan nama suaminya tetapi membuang namanya. Saya kurang pasti pilihan mana yang dipilih. Yang jelas kemudiannya, hubungan peribadi antara mereka sudah terjejas.

Keempat, seorang pensyarah muda yang baru menyelesaikan PhD bertanya kepada saya dalam satu bengkel penulisan, apakah betul bahawa hak cipta tesisnya adalah hak cipta penyelianya. Pensyarah muda tersebut menceritakan bahawa penyelianyalah yang mengatakan demikian. Penyelia tersebut memberi peringatan agar mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu apabila mahu menulis berkaitan tesis tersebut . Kemudian, dalam apa jua penulisan yang dihasilkan pensyarah muda ini, nama penyelia tersebut mestilah dicatatkan.

Kelima, para pensyarah sebuah universiti yang agak baru, dalam satu wacana penulisan menyifatkan saya sebagai mempunyai pendirian yang berbeza kerana tidak bersetuju dengan boncengan gratis, sedangkan ramai ahli akademik yang datang ke universiti tersebut menasihatkan mereka menggunakan bahan dan penulisan pelajar sebaik mungkin untuk meletakkan nama mereka bersama. Mereka cukup gusar dengan pendirian saya, sehingga memohon pendapat sama ada berdosa atau tidak jika melakukan sebagaimana saranan ahli-ahli akademik lain itu. Salah seorang daripada mereka cukup sayang dan terhutang budi kepada bekas penyelia PhDnya, hingga beliau merasakan dalam apa jua tulisannya, beliau harus meletakkan nama penyelianya bersama, walau pun tidak semestinya diketahui oleh penyelia tersebut.

Keenam, pernah dalam satu persidangan antarabangsa yang kami anjurkan tahun lepas, seorang pensyarah agak gelabah kerana teman-temannya tidak datang sedangkan nama mereka tercatat sebagai ahli kumpulan yang menulis kertas kerja bersamanya.
Kumpulan dengan ahli-ahlinya yang sama ini telah cuba membentangkan tiga kertas kerja, dengan hanya menukarkan nama penulis pertama sahaja. Pensyarah tersebut gelabah kerana beliau hanya mengetahui tentang kertas kerja yang beliau menjadi penulis pertama sahaja, sedangkan kertas kerja kedua dan ketiga tidak begitu diketahuinya walau pun namanya diletakkan sebagai penulis dalam kedua-dua kertas kerja tersebut. Puncanya kerana yang benar-benar menulis kertas kerja tersebut ialah penulis pertamanya sahaja, sedangkan ahli-ahli yang lain hanyalah menumpangkan namanya, hanya kerana mereka adalah ahli-ahli kumpulan penyelidikan yang sama. 

Contoh-contoh boncengan gratis ini merupakan refleksi akan betapa sudah mula tidak beretikanya sesetengah orang akademik di Malaysia sekarang. Masalah etika sedemikian juga berlaku dalam persidangan-persidangan. Misalnya, dalam satu persidangan di Australia beberapa tahun yang lepas, ada seorang pensyarah Malaysia yang membentangkan kertaskerja pada hari pertama, manakala penulis bersamanya belum tiba lagi dari Malaysia. Namun begitu, walaupun penulis bersama ini tiba keesokannya, beliau tidak hadir ke persidangan tersebut. Sepanjang persidangan itu berlangsung hingga ke hari akhirnya, beliau sememangnya tidak hadir langsung. Saya mendapat tahu dari teman-temannya bahawa ketika Persidangan berehat selama satu hari, beliau bersama teman-temannya berjalan-jalan melihat Australia.

Beginilah antara senario integriti sesetengah orang akademik di Malaysia sekarang. Sebahagiannya tidak mustahil telah pun menjadi profesor. Bolehkah mereka mentransformasikan negara?



Monday 7 April 2014

Dinolite - Mikroskop mini

Semasa saya mengkaji labah-labah, amat leceh untuk seringkali mengeluarkan dan memasukkan labah-labah ke dalam botol setiap kali untuk melihat spesimen. Selain itu, saya juga ingin mengukur spesimen dan perlu mencari alternatif. Maka, saya mengambil keputusan untuk membeli DINOLTE.

DINOLITE ini mampu menangkap foto dan mengukur spesimen dengan soft-ware yang diberi dan memudahkan kerja anda.

Contoh: labah-labah bersaiz 5 cm


Menariknya, yang menjual DINOLITE di Malaysia boleh mencecah sehingga RM3000..!! Padahal, saya membelinya dengan harga RM300 di ebay.com.

Oleh itu, saya mengharapkan anda mencari sumber alternatif di ebay dahulu sebelum membelinya.

Friday 14 March 2014

Zoologi dalam Islam

Zoologi merupakan satu cabang ilmu yang sangat menarik untuk dipelajari. Maka, terdapat beberapa ayat yang menyentuh mengenai zoologi yang boleh dijadikan tauladan kepada kita untuk mengenali dengan lebih dekat kepada Maha Pencipta.

1. Allah menjadikan tiap-tiap binatang daripada air, setengahnya berjalan dengan perutnya (menjalar, melata), setengahnya berjalan dengan dua kaki dan di antaranya berjalan dengan empat kaki (An-Nur: 45).

2. Tiadakah mereka memperhatikan unta, bagaimana ia dijadikan (Al-Ghaasyiyah: 17).

3. Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya & mengatupnya (Al-Mulk: 19).



Monday 3 March 2014

Mengenalpasti kumpulan

Bagi mengenalpasti spesimen apa yang tergolong dalam sesuatu kumpulan, kita boleh menggunakan beberapa analisa seperti di bawah. Dengan cara ini, mudah untuk membuat analisa lain.

1. Discriminant Function analysis



2. Cluster analysis


Wednesday 19 February 2014

Geometric Morphometric

Definition:
Morphometrics - any quantitative measurements and analysis of morphological characters

Geometric Morphometrics - the quantitative and analysis of morphological shape using geometric coordinates intead of measurements

Advantages of geometric
1. Result presented visually as 'shape' rather than tables of numbers
2. Data easily collected from digital photographs
3. Size is mathematically removed from the analysis to focus on pure shape

Disadvantages of geometric
1. Size is completely absent from analysis, where sometime size may be biologically relevant
2. ONLY single rigid structure can be easily analysed

Example of geometric: Finger prints

Software: MorphoJ + tpsDIG software

Friday 7 February 2014

Tune X Nikon Photo Contest

If you are interested to participate in photography contest, please visit this site: 
http://photocontest.tunehotels.com/home.php

There are 4 categories:
1. Cultural
2. Portrait
3. Nature
4. Architecture

Good Luck..!!

Monday 20 January 2014

Guide to determine ISI journal for University of Malaya

If you want to graduate from University of Malaya, you will need at least:
a. One ISI journal for MSc
b. Two ISI journals for PhD

To determine the ISI journal, the database can be access using the following step:
1. Enter http://scientific.thomson.com/mjl/
2. Refer to list with indication of 'Web of Science'
3. Search terms using Master Journal List with the 'full journal title'
4. Then, click 'coverage' - if the journal has the word Citation Index (i.e. Science Citation Index Expand), then it is one of the ISI journal approved by University of Malaya
5. If not sure, try to compare with local journal name and see the outcome
6. The list will grow from time to time.



Monday 13 January 2014

18th Biological Science Graduate Congress 2014

The University of Malaya hosted the 18th BSGC 2014 on the 5-8 January 2014 at Faculty of Science. All participant presented their respective poster and oral presentation. Then, the participant had Dinner Congress at Armada Hotel with 9 different performance from University of Malaya, National University of Singapore and Chulalongkorn University on the 7 Jan 2014. On the 8 Jan 2014, the participants had short visit to Putrajaya and head straight back to the airport in the evening.

It was a great experience going through as a committee member and we look forward to 19th BSGC 2015.