Monday 8 December 2014

Penyelia VS Pelajar

Semenjak kebelakangan ini, saya seringkali mendengar rintihan daripada pelajar pascasiswazah mengenai penyelia yang hanya tahu MENGARAH dan bukan MENDIDIK. Antara perkara yang saya halusi ialah PENYELIA sebenarnya tidak memahami beberapa perkara asas berikut:

1. Bidang tugas Penyelia
    - Penyelia perlu mendidik disiplin ilmu penyelidikan tersebut dan bukan hanya memberi arahan seperti 'saya nak kamu tulis satu artikel mengenai sekian dan sekian'.

2. Disiplin penyelidikan
     - Penyelia tidak tahu atau kurang memahami disiplin ilmu penyelidikan yang pelajar sedang buat dengan baik

3. Tahu mengambil pelajar sahaja
     - Ada juga penyelia yang hanya tahu mengambil pelajar sahaja untuk tujuan tertentu dan bukan kerana fikir mengenai tanggungjawab yang akan dipikul di kemudian hari

Namun, saya juga mendapati di pihak pelajar pascasiswazah pula, terdapat SIKAP berikut:

1. Spoon-feed atau tukul dengan paku
      - Setiap satu benda perlu beri arahan, seolah-olah tidak boleh berfikir, mencuba atau mencari inisiatif sendiri.

2. Kurang memahami hala-tuju pascasiswazah
      - Pelajar perlu memahami bahawa di peringkat Pascasiswazah, setiap pelajar perlu MENGUASAI DISIPLIN ILMU yang diceburinya supaya dia boleh berdikari selepas tamat pengajiannya

3. Malas atau putus asa
      - Terdapat juga pelajar yang malas, tiada keazaman yang tinggi untuk menghabiskan pengajiannya dalam tempoh yang diberikan sehingga mencecah sehingga 5-7 tahun untuk menamatkan pengajiannya.



No comments:

Post a Comment