Saturday 1 January 2022

Pemimpin Berwibawa

Encik Ahmad Afandi Murdi merupakan Ketua Stesen MPOB Lahad Datu dari tahun 2013 hingga 2021. Saya berpeluang mengenali beliau semasa saya dipindahkan dari Ibu Pejabat MPOB Bangi ke MPOB Lahad Datu pada 6 Ogos 2018. Selama 3 tahun bersama beliau di MPOB Lahad Datu, saya telah melihat karisma beliau sebagai pemimpin yang berwibawa. Jadi, apakah kelebihan yang menyebabkan beliau disegani, dihormati dan disayangi oleh warga MPOB Lahad Datu?


Beliau merupakan tokoh pemimpin yang dihormati, dan disayangi kerana:

1. Sentiasa mengamalkan sikap rendah diri, tidak ego, mudah didekati untuk bersembang, berkongsi pandangan dan pencapaian dengan beliau. Jika beliau tidak tahu mengenai sesuatu perkara, beliau akan bertanya dan belajar dengan sesiapa saja tidak kira orang itu adalah pekerja bawahan.

2. Beliau tidak pernah mengharapkan untuk dihormati walaupun sudah berumur, berpendidikan, berpangkat dan berjawatan tinggi. 

3. Ikhlas dalam sedaya upaya membantu mencari penyelesaian secara berhikmah dari masalah kecil hingga yang sukar untuk diselesaikan. Beliau bersikap empati, pendengar yang baik dan sentiasa memahami masalah yang diadukan.

4. Walaupun bukan bidang tugas staf itu, beliau akan sentiasa memberi peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja untuk mengasah bakat, belajar dan meningkatkan kemahiran supaya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan oleh orang lain 

5. Bersangka baik dan tidak memandang serong atau negatif kepada sesiapa yang terlibat dengan apa-apa tuduhan mahupun yang telah menerima hukuman, tetapi mencari titik kebaikan yang ada pada orang itu supaya dia boleh belajar daripada kesilapannya.


Gambarajah 1: Ahmad Afandi Murdi merupakan mentor dan guru saya dari 6 Ogos 2018 hingga 26 November 2021 di MPOB Lahad Datu.


Gambarajah 2: Majlis perpisahan bersama beliau pada 24 November 2021 di Dewan PLASMA MPOB Lahad Datu


Gambarajah 3: Memotong kek selepas 25 tahun berkhidmat di MPOB Lahad Datu.


Gambarajah 4: Saya dengan rakan sekerja menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kami kepada beliau.


Gambarajah 5: Kenangan bersama keluarga MPOB Lahad Datu 2021


Gambarajah 6: Hari terakhir beliau di pejabat Ketua Stesen MPOB Lahad Datu


Gambarajah 7: Sebahagian besar warga MPOB Lahad Datu mengiringi beliau hingga ke lapangan terbang Lahad Datu

#Biar Jasa Jadi Kenangan


Firman Allah s.w.t,
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (Asy-Syura, 20)



Sepanjang lima tahun perkhidmatan saya di MPOB, ketua akan sentiasa bersilih ganti, namun pemimpin yang berwibawa, dihormati dan disayangi seperti Ahmad Afandi Murdi ini sangat sukar untuk dijumpai. Kerana itu, saya menulis artikel ini.