Wednesday 28 August 2013

Bukit Fraser: Labah-labah besar

Fraser Hill merupakan resort yang terletak pada ketinggian 1200-1500 meter tinggi. Ia merupakan kawasan bukit yang sejuk dan sering mendapat kunjungan daripada pelancong luar negara mahupun dalam negara. Daya tarikan utama ialah 'birdwatching' atau memerhatikan burung yang indah dan pelbagai. Aktiviti 'birdwatching' merupakan acara tahunan khusus untuk Bukit Fraser.

Namun, perkara lain yang jarang ditemui oleh orang ramai tanpa disedari ialah labah-labah dalam kumpulan Mygalomorph. Labah-labah ini boleh dijumpai di tebing-tebing bukit dan agak sukar dilihat jika tidak diperhati dengan baik. Selamat mencari..!!

Pintu sarang-labah-labah (Liphistius) atau Trapdoor spider

Pintu sarang-labah-labah (Lyrognathus

Peringatan: Peliharalah alam ini dengan TIDAK mengutipnya untuk kepentingan diri


Tuesday 13 August 2013

Marecet.org: Cetacean

Semasa saya mencari maklumat mengenai ikan lumba-lumba yang terdapat di Malaysia, saya terjumpa dengan laman sesawang yang memaparkan projek Cetacea iaitu mamalia laut (ikan lumba-lumba, dugong, ikan paus dll.). Menariknya, NGO ini mengumpulkan data  daripada sesiapa yang terserempak dengan mamalia laut dengan memasukkan data yang diperlukan (foto, masa dan lokasi dll.) dan dihantar secara 'online' kepada Marecet.org ini. 

Walaupun, saya terserempak dengan ikan lumba-lumba pada Oktober 2012 semasa berada di Taman Negara Pulau Pinang, saya masih menghantar data berserta foto kepada NGO ini. Secara tidak langsung, mereka membalas dengan input mengenai ikan lumba-lumba yang saya jumpa beserta fakta-fakta yang menarik. Dengan sumbangan yang sedikit ini, saya dapat membantu NGO ini dalam menganalisa mengenai mamalia laut yang terdapat di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: www.marecet.org


 Indo-Pacific Humpback Dolphins (Sousa chinensis) di Taman Negara Pulau Pinang pada jam 1830



While I was searching about Malaysia dolphin, I came across this interesting website about Cetacean project in Malaysia water coast. Interestingly, this NGO gathers data from anyone who encounters any marine mammals and provide the data (photo, time, location et.) and send it to the marecet.org through online. The NGO will then provide the facts about the animal. The above photo is the Indo-pacific Humpback Dolphins (Sousa chinensis) at Penang National Park which we encountered at 1830 hours.

For more information, please visit: www.marecet.org


Thursday 1 August 2013

Academia.edu

Academia.edu is a great platform to share publications relating to your field. It can be very useful for people to ease their search in specific field in an organized way. Some publications such as article in magazine, books, poster etc. might not be accessible to other people, and thus, scanning and converting to PDF before uploading it into the website.

Lets share our work..!!: http://myum.academia.edu/DzulhelmiNasir


Academia.edu merupakan salah satu pentas untuk memaparkan penerbitan dalam bidang anda. Ia sangat berguna dalam pencarian sesuatu perkara secara spesifik dalam kaedah yang lebih teratur. Kadangakala, beberapa penerbitan seperti majalah, buku dan poster tidak boleh diperolehi oleh orang ramai, maka perlu diimbas dan diformat dalam bentuk PDF sebelum dimuatnaik dalam laman ini.

Mari berkongsi hasil kerja anda..!! : http://myum.academia.edu/DzulhelmiNasir