Thursday 21 January 2016

Apa tujuan penulisan tesis

Ada orang pernah mengajukan persoalan dalam konteks berikut:

Soalan:
Saya telah buat semua kerja yang sepatutnya, telah menerbitkan artikel di dalam jurnal, menghadiri seminar & persidangan, tetapi kenapa saya perlu tulis tesis ?

Gambaran:
Si A telah membuat sesuatu kerja dan telah menyelesaikan kerja tersebut. Pada waktu tersebut, rakan-rakan telah memuji hasil kerja beliau. Selepas 10 tahun berlalu, ada Si B mempersoalkan kerja-kerja yang telah dibuat oleh Si A. Si B beranggapan bahawa Si A tidak membuat kerja tersebut tetapi dibuat oleh pihak lain. Maka Si A tidak berkata apa-apa, terus pulang ke rumah dan mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kerja-kerja yang dipertikaikan itu dan menunjukkan kepada Si B. Si B pun baca dan terus membisu.

Jawapan:
Tesis adalah "proses yang anda telah lalui secara bertulis" dan digunakan sebagai 'bukti formal".