Thursday 1 December 2022

Piliharaya Umum 15

 Pada 19 November 2022, Malaysia telah mengadakan PRU15. Buat pertama kali, komponen terbesar iaitu Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73) dan Barisan Nasional (30) tidak mendapat majoriti 112 dan menyebabkan parlimen Malaysia tergantung. Pada, 24 November 2022, kebijaksanaan Agung dan Majlis Raja-raja Melayu telah bersidang dan melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Malaysia ke-10. Kerajaan perpaduan telah terbentuk antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.

Foto1: Demi negara, ex-UNIMAS 2005-2008 telah menjadi sukarelawan membantu pengundian berjalan dengan lancar.


Foto 2: Menjadi ejen pemerhati dan mengira undi sepanjang proses pengundian dijalankan. 


Foto 3: Tugas ini sangat kritikal seperti menjaga segunung emas kerana penipuan boleh berlaku. Solat jamak boleh dilaksanakan kerana kita tidak boleh keluar masuk dari bilik pengiraan undi.

Foto 4: Kenangan menjadi sukarelawan bersama isteri saya untuk PRU15.


Akhir kata, PRU15 merupakan detik sejarah Malaysia untuk mereformasi sistem negara ke arah yang lebih baik dan dihormati di persada dunia. Allah sebaik-baik perancang.


Tuesday 1 November 2022

Kampung Sikuati, Kudat

Kampung Sikuati terletak kira-kira 20 minit dari bandar Kudat, Sabah. Ia merupakan kawasan perlancongan yang baru dibuka dalam bulan Oktober 2021. Tempat ini merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk melihat lautan yang terbentang luas di samping menikmati keindahan suasana yang sangat berangin apabila berada di lokasi tersebut. Untuk memasuki kawasan ini, perlu bayar RM5 untuk setiap orang.

Gambarajah 1: Tempat yang menyediakan makanan seafood.

Gambarajah 2: Jambatan untuk melihat lautan biru.

Gambarajah 3: Terdapat kawasan berbatu yang sangat unik yang terbentuk secara semulajadi.

Gambarajah 4: River cruise yang berharga RM100 untuk 10 orang dan mengambil masa 20 minit perjalanan.

Saturday 1 October 2022

Kenangan Bersama Warga Lahad Datu, Sabah

Saya telah mendapat peluang untuk tinggal di Lahad Datu bermula 6 Ogos 2018 hingga 21 Mei 2022. Selama 4 tahun lebih bekerja di MPOB Lahad Datu, saya berkesempatan untuk mengenali dan mengikuti program bersama warga Lahad Datu. Di sini saya kongsikan foto-foto kenangan bersama mereka sepanjang kehidupan saya di Lahad Datu, Sabah.


Gambarajah 1: Majlis berbuka puasa bersama pekerja ladang MPOB Lahad Datu


Gambarajah 2: Memasak bubur lambuk untuk warga stesen MPOB Lahad Datu


Gambarajah 3: Menyambut Hari Raya Aidilfitri selama 4 tahun di Lahad Datu


Gambarajah 4: Menyembelih dua ekor lembu semperna Hari Raya Aidiladha


Gambarajah 5: Berbuka puasa 30 hari di Masjid Haji James Bell


Gambarajah 6: Jemaah yang sentiasa mengimarakkan masjid Haji James Bell. 


Gambarajah 7: Menerima cenderahati sempena perkhidmatan 4 tahun di stesen MPOB Lahad Datu


Gambarajah 8: Makan bersama sahabat yang telah memberi impak besar dalam hidup saya sepanjang keberadaan di Lahad Datu


Gambarajah 9: Juadah Hari Raya terakhir di Stesen MPOB Lahad Datu


Gambarajah 10: Menjalani terapi sekali setiap sebulan bersama Aleng yang merupakan Chiropraktic saya di Lahad Datu


Gambarajah 11: Halia dan Serai yang sentiasa menemani menghiburkan saya di rumah Taman Khazanah Indah. Terima kasih Rajesh kerana sudi menjaga Halia, manakala Serai telah mati terkena parvo virus.


Gambarajah 12: Ofis yang sangat selesa di Lahad Datu


Gambarajah 13: Cenderahati yang diterima dari sahabat-sahabatku di Lahad Datu


Gambarajah 14: Exit Interview MPOB secara maya


Gambarajah 15: Sarapan pagi terakhir di Red Rose Lahad Datu

Thursday 1 September 2022

Senarai artikel umum yang telah diterbitkan

Majalah merupakan satu medium dalam menyampaikan infomasi dan maklumat kepada masyarakat umum. Dalam berkongsi ilmu mengenai hidupan liar yang terdapat di negara ini, saya telah berkecimpung dalam penulisan artikel untuk majalah umum. Di sini saya ingin menyenaraikan artikel-artikel yang telah berjaya diterbitkan sejak tahun 2011 hingga 2022. 

NOTA: Jika ada sesiapa yang ingin menerbitkan artikel mengenai haiwan pada blog saya, boleh hubungi saya: 012-5350664 


Majalah atas talian (on-line)

Penulis utama

1. Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2013). Keunikan dua primat malam, Majalahsains: https://www.majalahsains.com/keunikan-dua-primat-malam/

2. Dzulhelmi Nasir, Suriyanti Su & Khairunnisa Syarippudin (2015). Tiga primat Bako: Bolehkah mereka hidup bersama kita? The rimba project: http://umrimba.wixsite.com/umrimba1/single-post/2015/09/01/Tiga-Primat-Bako-Bolehkah-mereka-hidup-bersama-kita

3. Dzulhelmi Nasir (2018). Labah-labah pembina sarang bulat, Warstek: https://warstek.com/2018/03/13/laba/

4. Dzulhelmi Nasir & Syahirah Zoilani (2018). Mengungkap kehidupan laba-laba, Majalah1000guru: http://majalah1000guru.net/2018/01/kehidupan-laba-laba/

5. Dzulhelmi Nasir, Wan Nor Ain Wan Mohd Nor & Farah Nadiah Rosli (2019). Kepelbagaian fungsi arthropoda, Majalahsains: https://www.majalahsains.com/kepelbagaian-fungsi-artropoda/

6. Dzulhelmi Nasir, Irham Razak & Farah Nadiah Rosli (2020). Anai-anai sebagai jurutera ekosistem. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/anai-anai-sebagai-jurutera-ekosistem/

7. Dzulhelmi Nasir & Nursyereen Nasir (2020). Rodensia perusak di dalam ekosistem sawit, Majalah Sawit Indonesia: https://sawitindonesia.com/rodensia-perusak-di-dalam-ekosistem-sawit-2/

8. Dzulhelmi Nasir, Assyira Hasi & Radzmin Ishak (2020). Burung ciak urasia sebagai biopenunjuk kualiti udara. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/burung-ciak-urasia-sebagai-biopenunjuk-kualiti-udara/

9. Dzulhelmi Nasir, Syereen Nasir & Dayana Shamsudin (2021). Burung nokturnal: Burung hantu, burung tukang dan burung segan. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/burung-nokturnal-burung-hantu-burung-tukang-dan-burung-segan/

10. Dzulhelmi Nasir, Radzmin Ishak & Nurul Fatihah Abd Latip (2021). Katak sebagai indikator ekosistem alam yang sihat. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/katak-sebagai-indikator-ekosistem-alam-yang-sihat/

11. Dzulhelmi Nasir, Irham Razak & Azyyati Azizi (2022). Biawak air. dzulhelminasir@blogspot.com: http://dzulhelminasir.blogspot.com/2022/05/biawak-air.html?m=1

12. Dzulhelmi Nasir & Nursyereen Nasir (2022). Peranan induk Merbah dalam menjaga anaknya. dzulhelminasir@blogspot.com: https://dzulhelminasir.blogspot.com/2022/06/peranan-induk-burung-merbah-jantan-dan.html

13. Dzulhelmi Nasir, Nursyereen Nasir & Amin-Safwan Adnan (2022). Burung pemangsa. dzulhelminasir.blogspot.com: http://dzulhelminasir.blogspot.com/2022/08/burung-pemangsa-malaysia.html?m=1


Penulis bersama

1. Farawahida Abu Zaharin, Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2018). The spectacular Rafflesia. dzulhelminasir.blogspot.com: http://dzulhelminasir.blogspot.com/2018/07/the-spectacular-rafflesia.html

2. Halis Fadil & Dzulhelmi Nasir (2020). Peranan semut dalam mengenali Pencipta. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/peranan-semut-dalam-mengenali-pencipta/

3. Farah Nadiah Rosli, Wahida Othman & Dzulhelmi Nasir (2020). Red palm weevil a pest to palm species. dzulhelminasir.blogspot.com: http://dzulhelminasir.blogspot.com/2020/06/red-palm-weevil-pest-to-palm-species.html?m=1

4. Irham Razak, Danish Dean & Dzulhelmi Nasir (2020). Mengenali dan memahami spesies Musang di Malaysia. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/mengenali-dan-memahami-spesies-musang-di-malaysia/

5. Helda Tanginang & Dzulhelmi Nasir (2021). Mengenali spesis burung tambun, sang serok dan pikau. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/mengenali-spesis-burung-tambun-sang-serok-dan-pikau/

6. Amin-Safwan Adnan,  Irham Razak & Dzulhelmi Nasir (2022). Kepelbagaian spesies fauna di hutan tropika Malaysia. Majalahsains:  https://www.majalahsains.com/kepelbagaian-spesies-fauna-di-hutan-tropika-malaysia/

7. Nursyereen Mohd Nasir, Dzulhelmi Nasir & Helda Tanginang (2022). Malaysian Falcons. dzulhelminasir.blogspot.com: http://dzulhelminasir.blogspot.com/2022/02/malaysian-falcons.html?m=1

8. Nursyereen Mohd Nasir, Dzulhelmi Nasir & Pui Yong Min (2022). Mengenali kepelbagaian spesies reptilia dengan keindahan fotografi. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/kenali-kepelbagaian-spesies-reptilia-melalui-keindahan-fotografi/

9. Azyyati Azizi, Nursyereen Nasir & Dzulhelmi Nasir (2022). Burung penghijrah. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/burung-penghijrah-penerbangan-berisiko-demi-kelangsungan-hidup/

10. Suhaidah Masri, Irham Razak & Dzulhelmi Nasir (2022). Kura-kura. dzulhelminasir.blogspot.com: http://dzulhelminasir.blogspot.com/2022/07/kura-kura.html?m=1


Majalah cetakan

Penulis utama

1. Dzulhelmi Nasir (2011). Keistimewaan flora & fauna Taman Negara Bako, Madah Samarahan, ms 17.

2. Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2013). Kubong semakin terancam, Dewan Kosmik, ms 46-47.

3. Dzulhelmi Nasir (2017). Labah-labah di ladang sawit, Sawit Indonesia, ms 48-49.

4. Dzulhelmi Nasir, Halis Fadil & Nur-Syahirah Mamat (2017). Si laba-laba yang berjasa, Mata Air, ms 17-21.

5. Dzulhelmi Nasir & Nursyereen Nasir (2018). Going batty for bats, Malaysian Naturalist, ms 22-25.

6. Dzulhelmi Nasir & Ainul Syazwin (2018). Kumbang pendebungaan sawit Elaeidobius kamerunicus, Warta Sawit, ms 8-10.

7. Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2019). Kingfishers and water pollution, Malaysian Naturalist, ms 22-23.

8. Dzulhelmi Nasir, Shafiqah Kalog & Angeline David Dass (2020). Spesies kucing hutan terancam, Dewan Kosmik, ms 34-37.


Penulis bersama

1. Muhammad Luqman Hakim Azhari & Dzulhelmi Nasir (2018). Kumbang pendebunga kelapa sawit, Dewan Kosmik, ms 22-26.

2. Farehan Ismail, Fahmi Halil & Dzulhelmi Nasir (2018). Kepinding agen kawalan biologi, Dewan Kosmik, ms 54-57.

3. Siti Asmah Muslim, Dzulhelmi Nasir & Chun Xing Wong (2019). Kupu-kupu dan rama-rama biopenunjuk alam, Dewan Kosmik, ms 18-21.

4. Angeline Davis Dass, Dzulhelmi Nasir, Idris Abd Ghani (2019). Alam kepinding pembunuh, Dewan Kosmik, ms 17-21.

5. Irham Razak & Dzulhelmi Nasir (2019). Hairy secrets, Malaysian Naturalist, ms 24-29.

6. Irham Razak & Dzulhelmi Nasir (2020). Babi bodoh bertaring panjang, Dewan Kosmik, ms 52-55.

7. Irham Razak, Amin Safwan Adnan & Dzulhelmi Nasir (2020). Mengkarung. Dewan Kosmik, ms 55-57.

8. Irham Razak & Dzulhelmi Nasir (2021). Amfibia dan ekopelancongan. Dewan Kosmik, ms 56-57.

9. Madihah Halim, Dzulhelmi Nasir & Siti Asmah Muslim (2021). Rama-rama perosak di ekosistem sawit. Majalah Sawit Indonesia, ms 56-57.



Monday 1 August 2022

Burung Pemangsa Malaysia

Penulis: Dzulhelmi Nasir, Nursyereen Mohd Nasir & Adnan Amin-Safwan

Foto: Syadan Ginu & Oleg Chernyshov

Malaysia adalah salah satu kawasan di Asia Tenggara yang terletak sepenuhnya di kawasan tropika, dan merupakan tumpuan utama biodiversiti terbesar di dunia. Selantaran itu, burung melambangkan ciri terpenting di landskap Asia Tenggara yang mana menyumbang kepada lebih daripada 2000 spesies, merangkumi sekitar 20% daripada jumlah burung di dunia. Raptor, yang juga turut dikenali sebagai burung pemangsa (Order Accipitriformes) merupakan spesies burung yang lebih dikenali berbanding yang lain. Mereka mewakili lebih dari 5% fauna burung di rantau Asia Tenggara ini. Ketiga keluarga yang terdapat dalam Order Accipitriformes adalah Accipitridae, Pandionidae dan Sagittariidae, iaitu, keluarga burung dengan paruh berbentuk 'cangkuk' yang kuat dan morfologinya berubah berdasarkan diet. Kebiasaannya, mereka memakan pelbagai jenis mangsa termasuk serangga, mamalia bersaiz sederhana, bangkai dan beberapa makanan buah.

Gambarajah 1: Helang Merah Haliastur indus

Burung pemangsa atau raptor biasanya melakukan rondaan di atas udara dan mencari mangsa di bawah dengan bantuan penglihatan yang tajam, paruh cangkuknya yang kuat dan sepasang talon atau cakar yang tajam. Secara amnya, mereka terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu burung pemangsa nokturnal dan diurnal. Burung pemangsa nokturnal kebiasaannya memburu pada waktu malam, seperti, burung hantu yang memburu mangsanya secara senyap. Sementara itu, burung pemangsa diurnal seperti helang, hawk dan falcon pula lazimnya memburu pada waktu siang hari dan kebiasannya mereka adalah peluncur yang luar biasa. Keluarga Accipitridae terdiri daripada burung pemangsa diurnal termasuk helang, hawk, layang-layang, harrier dan burung nasar Dunia Lama. Keluarga ini tersebar secara meluas ke seluruh pelusuk dunia termasuk di kawasan hutan hujan, tundra, kawasan bergunung, kawasan padang rumput, kawasan pantai dan lain-lain. Berbeza dari burung Falcon yang mempunyai sayap yang panjang, burung dari keluarga Accipitridae memiliki sayap yang lebar iasanya bulat di ujung dan cakar yang kuat. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan beberapa butiran mengenai spesies burung pemangsa yang terdapat di Malaysia.

Burung Baza hitam Aviceda leuphotes  (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor kecil dengan puncak yang menonjol dan mempunyai sepasang kaki yang pendek, tebal dengan talon yang kuat. Mereka mempunyai dua gigi seperti lekukan di bahagian hujung paruh atas. Burung Baza jantan mempunyai skapula putih dan penutup sekunder putih pada bahagian sekunder. Sementara itu, bagi burung Baza betina pula hanya bahagian skapula sahaja berwarna putih dan mempunyai jalur berwarna chestnut yang lebih banyak di bahagian bawahnya berbanding Baza jantan. Burung Baza hitam boleh didapati di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Habitat mereka berada di dalam hutan tebal, berdekatan kawasan hutan terbuka dan juga sungai. Kebiasaannya, mereka akan hidup dalam kelompok kecil dan membuat sarang di sebatang pokok. Spesies ini sering membuat bunyi lantang ketika sedang terbang dan ketika sedang bertenggek dengan membuat suara "chu-weep". Baza hitam sering dilihat bertenggek menghadap kanopi hutan. Mangsa mereka kebanyakannya adalah serangga namun burung, kelawar dan katak juga turut berada dalam julat makanan bagi spesies ini. Burung Baza hitam akan bertengger pada kawasan yang tinggi di bahagian kanopi hutan bagi membuat tinjauan awal sebelum menangkap mangsanya iaitu serangga di kawasan dedaun. Baza hitam telah dilaporkan berpartisipasi dalam kawanan burung spesies bercampur-campur yang lain untuk mendapatkan kelebihan dari segi makanan dengan memangsa serangga yang dikeluarkan dari kawanan. Status spesies ini semakin menurun, tetapi trennya tidak cepat, sehingga telah diklasifikasikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) oleh Daftar Merah IUCN.

Burung Helang Malam Macheiramphus alcinus  (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor bersaiz sederhana dan ramping dengan puncak berwarna hitam yang unik di kepalanya. Helang malam dewasa mempunyai bulu lembut yang berwarna coklat gelap atau hitam dengan tompok putih di bahagian kerongkongnya (atas dada). Jenis bulunya yang lembut merupakan faktor utama yang membantu dalam penerbangan yang senyap. Matanya yang besar dan kuning membantu mereka memburu pada waktu subuh dan senja. Helang malam ataupun julukannya "bat hawk" diambil dari diet utamanya iaitu kelawar, selain itu, burung walit juga turut menjadi salah satu dari diet burung helang malam. Oleh kerana mereka mempunyai waktu berburu yang pendek iaitu pada waktu subuh dan senja, raptor ini secara amnya menangkap, menelan dan mencerna makanan mereka sepanjang penerbangan. Oleh itu, gape (bukaan mulut) raptor ini lebih besar berbanding dengan gape raptor yang lain, yang mana lebih menyerupai burung layang-layang, burung walit dan burung goatsucker. Saiz gape burung helang malam akan berkembang bagi mempercepatkan proses memakan vertebrata kecil yang tangkas. Selain itu, sistem pencernaan helang malam ini juga lebih besar berbanding burung hawk lain kerana mereka perlu mencerna mangsanya dengan cepat dalam waktu berburu yang singkat. Burung helang malam boleh didapati di Borneo, Semenanjung Malaysia, Afrika dan New Guinea. Di wilayah Borneo / Semenanjung Malaysia, spesies ini paling sering dijumpai di sekitar gua batu kapur yang sering dikunjungi oleh kelawar dan burung walit. Ia juga dapat dijumpai di hutan yang matang dan terganggu dengan lindungan yang tinggi. Helang malam yang biasanya senyap akan mengeluarkan suara nada tinggi semasa berburu atau mengawan yang berbunyi seperti 'kwiek-kwiek'. Spesies ini disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) dalam Daftar Merah IUCN kerana populasi dikatakan stabil kerana tidak ada bukti untuk adanya ancaman besar.

Burung Lang Siput Haliaetus leucogaster (Keluarga: Accipitridae) mempunyai warna putih di bahagian kepala, rump, dan bahagian sisi bawah, manakala, bahagian belakang dan sayapnya pula berwarna kelabu gelap. Bulu bahagian bawah sayap yang berwarna hitam merupakan kontras kepada bahagian penutupnya yang berwarna putih. Paruhnya yang besar dan berbentuk cangkuk berwarna kelabu dengan bahagian hujungnya lebih gelap, manakala, matanya pula berwarna coklat gelap. Bahagian kakinya mempunyai talon hitam panjang. Burung jantan dari spesies ini sedikit lebih kecil daripada betina. Spesies burung Lang Siput ini berasal dari India dan Sri Lanka, China, melalui Asia Tenggara dan Australia di kawasan pesisir dan laluan air utama. Kebiasaannya, mereka  bertengger tinggi di sebatang pokok atau melayang di kawasan laluan air utama. Mereka akan terbang dan melayang di kawasan berhaba  (burung akan mencari poket udara panas untuk mengangkatnya lebih tinggi tanpa mengepakkan sayap mereka)   dan menahan sayap mereka dalam bentu "V", berbeza dengan raptor lain yang menahan sayap mereka secara mendatar. Makanan burung Lang Siput terdiri dari haiwan akuatik, seperti ikan, kura-kura dan ular laut, namun mereka  juga memakan burung dan mamalia. Lang Siput akan memanfaatkan akan fenomena pusaran air yang kerap berlaku, kerana haiwan akuatik yang terpegun oleh pusaran air akan muncul ke permukaan sehingga memudahkan proses mencari makannya. Mereka juga memakan bangkai seperti biri-biri dan ikan di sepanjang garis air. Selain itu, mereka menyerang jaring ikan untuk memudahkan memburu mangsa. Burung Lang Siput akan membunyikan suara seperti angsa dengan nyaring, yang biasanya kedengaran ketika musim mengawan. Biasanya, mereka membina sarang di atas pokok / struktur / tempat tertinggi di dekat pantai. Spesies ini telah dinilai sebagai  Sedikit Bimbang (Risiko Terendah)  dalam Senarai Merah IUCN kerana julatnya yang besar walaupun jumlah penduduknya dilaporkan kecil.

Gambarajah 2: Burung Lang Siput Haliaetus leucogaster 

Burung Lang Kuik Spilornis cheela (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor bersaiz sederhana besar dengan spesiesnya yang dewasa mempunyai  bahagian atas dan kepala yang berwarna coklat gelap, dan terdapat banyak tompok putih pada bahagian bawahnya. Bahagian penutup bawah sayapnya berwarna coklat pucat. Ketika mereka sedang terbang secara melayang, sayap lebarnya akan ditahan dalam bentuk "V" mendepa. Bahagian ekor dan sisi bawah bulu pelepahnya berwarna hitam dengan jalur putih yang lebar. Puncak mereka hampir tidak terlihat, namun, mereka akan menaikkannya bersama-sama dengan membuat suara yang nyaring ketika mereka merasa terancam. Dari sisi hadapan, burung Lang Kuik kelihatan seperti burung hantu  kerana bentuk wajah dan kedudukan matanya yang hampir serupa.  Mereka dikatakan memiliki pelbagai jenis panggilan secara vokal namun kebiasaaanya yang bernada tinggi dan menaik seperti "Kluee-wip-wip" dibuat ketika bertengger sebagai menanda wilayahnya. Spesies ini boleh didapati di Asia Selatan hingga Asia Tenggara, China dan Taiwan. Spesies ini lazimnya lebih gemar akan habitat yang terdiri dari kawasan hutan terbuka, berhampiran sumber air tawar seperti sungai dan paya bakau. Nama julukan mereka di dalam inggeris "serpent eagle" diambil dari kepakaran mereka dalam memburu haiwan reptilia seperti ular ataupun cicak. Pada bahagian kaki mereka terdapat beberapa sisik yang melindungi mereka dari dipatuk ular. Selain itu, diet mereka juga terdiri daripada amfibia, mamalia kecil, burung dan ikan. Corak memburu mereka adalah secara menunggu, dengan memerhati mangsa dengan bertengger di atas pokok sebelum menyambar mereka. Spesies mereka juga diperhatikan mencari makan di tanah dan memangsa haiwan di jalanan. Spesies ini mempunyai julat yang besar dan trend penduduknya stabil, sehingga diklasifikasikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) di bawah Daftar Merah IUCN.

Gambarajah 3: Burung Lang Kuik Spilornis cheela

Burung Lang Lebah Pernis ptilorhynchus (Keluarga: Accipitridae) mempunyai dua populasi yang berbeza, populasi selatan Indo-Malayan, dan populasi utara yang berhijrah. Populasi yang berhijrah, P. ptilorhynchus, akan menghabiskan musim sejuknya di India dan Asia Tenggara, dan membiak di kawasan Palearctic timur dari selatan Siberia ke utara Mongolia, timur laut China, Korea Utara dan Jepun.  Spesies ini mempunyai sistem navigasi yang berfungsi dengan baik pada waktu siang mahupun waktu malam dan mampu merentasi beratus-ratus kilometer di atas air. Mereka akan mengambil laluan paling selamat dengan mempertimbangkan keadaan angin berbahaya di seberang laut dan mungkin juga mengambil jalan yang lebih lama dari satu persinggahan ke persinggahan yang lain.  Mereka menghabiskan musim tanpa pembiakan di Asia selatan dan tenggara dan berhijrah untuk membiak di Eropah, Timur Tengah, benua Afrika.

Gambarajah 4: Burung Lang Lebah Pernis ptilorhynchus

Burung Lang Bahu Hitam, Elanus caeruleus (Keluarga: Accipitridae) adalah seekor raptor terkenal yang mendiami kawasan terbuka dengan pokok-pokok yang tersebar dan mendapat manfaat daripada penubuhan tanah baru dan kawasan pertanian baru seperti kelapa sawit dan sawah. Kawasan-kawasan ini memberi mereka sumber makanan yang terdiri daripada 64-97% tikus kecil, dan kadang-kadang mereka juga memakan burung yang lalu kawasan mereka. Umumnya, sarang  burung lang bahu hitam berbentuk mangkuk, terdiri dari batang kayu dan ranting, dan diselaraskan dengan rumput, jerami atau bulu mamalia dengan variasi pada ukuran saiz sarangnya.   Gangguan dari spesies lain seperti House Crow, Corvus splendens dan Asian Koel, Eudynamys scolopaceus dan juga dari keadaan cuaca yang tidak menentu juga boleh mempengaruhi keberhasilan pembiakanburung lang bahu hitam.

Gambarajah 5: Lang Bahu Hitam Leanus axillaris

Burung Helang Tiram, Pandion haliaetus (Keluarga: Pandionidae) merupakan salah satu daripada burung yang tersebar luas, yang boleh dijumpa di seluruh pelusuk benua kecuali Antartika. Helang tiram memperlihatkan morfologi yang berbeza bergantung atas kawasan sama ada tropika dan subtropika. Helang tiram jantan kadang-kadang membuat persembahan 'tarian langit' di kawasan langit berdekatan dengan sarangnya semasa musim mengawan bagi menarik minat pasangan ataupun bagi mengancam penceroboh.  Setelah mendapat pasangan, mereka bersama akan mengumpulkan bahan untuk membuat sarang dan kebanyakannya pihak betina yang akan menyusunnya menjadi sarang. Sarang sebelumnya biasanya digunakan semula dari tahun ke tahun dan boleh menjadi cukup besar dan ketara. Sarang umumnya terletak dalam jarak tiga hingga lima kilometer dari sumber air, tetapi helang tiram yang ingin membiak dilaporkan akan menempuh perjalanan lebih dari 10 km untuk memburu. Helang tiram akan membina sarang mereka di bahagian puncak pokok mati yang besar dan terpencil, selain itu, mereka juga lazimnya membina sarang mereka pada struktur buatan manusia, seperti tiang, penanda saluran, tirai itik, dan platform sarang. Namun, mereka pernah dilihat membina sarang mereka secara langsung di atas tanah apabila kawasan tersebut tidak ada ancaman dari pemangsa. Kebiasaanya, helang tiram betina akan menjaga telur mereka sementara yang jantan akan mencari makanan untuk sang betina. Secara amnya, spesies ini bersifat monogami, dengan kes polyandry (betina mempunyai banyak pasangan) dan polygyny (jantan mempunyai banyak pasangan) yang jarang berlaku.  Helang tiram adalah pakar dalam memburu ikan, dengan beberapa penyesuaian fizikal termasuk lapisan berduri di telapak kakinya, talon panjang yang melengkung, dan bahagian luar jari kaki yang boleh dibalik untuk membantu menangkap dan menahan ikan licin. Juga, bulu mereka yang berminyak dan saluran nasal yang efisien menghalang mereka dari basah dan lemas ketika menyelam ke dalam air. Helang tiram akan menyelamkan kakinya dahulu ke dalam air untuk mengambil ikan dari kedalaman hingga kira-kira satu meter. Burung helang lain dipercayai sering mencuri mangsa burung helang tiram dengan mengejar mereka dan memaksa mereka untuk melepaskan ikan yang ditangkap oleh mereka, dan kemudian menangkap ikan tersebut di udara. Helang tiram dapat berfungsi sebagai bioindikator yang memainkan peranan penting dalam menjaga kualiti ala sekitar dalam sistem akuatik kerana mereka pantas dalam mengumpulkan bahan kimia tercemar yang terkandung di dalam ikan.

Gambarajah 3: Burung Helang Tiram, Pandion haliaetus

Secara umumnya, burung pemangsa memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan keseimbangan ekosistem. Mereka bertugas dalam tugas menyeimbangkan dengan berada pada puncak rantaian makanan, yang juga dikenali sebagai penunjuk dalam ekosistem. Sebagai contoh, sekiranya bilangan mangsa seperti ular dan tikus lebih tinggi di dalam sesebuah ekosistem, saintis dapat memerhatikan dan mengenal pasti populasi tertentu dengan hanya mempelajari jumlah raptor yang ada. Secara logiknya, semakin meningkat jumlah mangsa, maka jumlah pemangsa juga akan meningkat secara signifikan. Kedua, raptor ini juga penting ebagai "barometer ekologi" yang mana bermaksud mereka membantu kita mengukur kesihatan sesebuah habitat.    Raptor ini sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran mereka. Oleh itu, jika persekitaran tercemar, ini akhirnya akan mengurangkan bilangan mangsa burung ini. Selain itu, raptor juga dikenali sebagai sahabat kepada petani  yang biasanya bertindak sebagai "kawalan biologi" dengan memakan serangga dan haiwan perosak seperti tikus. Burung pemangsa ini juga penting bagi pengawalan penyakit, kerana beberapa dari spesies mereka menjadikan bangkai dan binatang mati sebagai makanan mereka. Tabiat makan ini sebenarnya membantu persekitaran dengan menyingkirkan haiwan yang sakit atau bangkainya yang secara tidak langsung berjaya mencegah penyebaran penyakit dari semakin meluas.

Raptor juga dikenali sebagai spesies "payung dan unggulan" dalam pemuliharaan. Mereka dikenali oleh komuniti tertentu, dan mampu membangkitkan minat dan emosi dalam kalangan populasi. Lebih-lebih lagi, hakikat bahawa raptor memiliki luas kawasan yang besar bererti bahawa usaha untuk memulihara mereka akan memberi banyak manfaat kepada spesies lain yang terdapat di habitat yang sama dan memelihara ekosistem juga. Walaupun status raptor tertentu diklasifikasikan sebagai yang paling tidak diingini, namun kebanyakan raptor di seluruh dunia biasanya menghadapi ancaman yang sama iaitu kehilangan dan penurunan habitat terutamanya oleh penebangan hutan. Senario ini juga berlaku di Malaysia, kerana landskap kita telah berubah melalui pengubahsuaian yang belum pernah terjadi sebelumnya kerana tujuan pembangunan, pembalakan, dan kegiatan pertanian telah menjadi penyebab utama kehilangan habitat dan faktor penurunan burung liar. Lebih-lebih lagi, kesan dari jumlah raptor yang menurun disebabkan akan kehilangan habitat, beberapa dari mereka juga dikaitkan dengan kehilangan mangsa mereka. Kehilangan fauna mamalia besar di rantau ini yang berterusan disebabkan oleh kehilangan habitat dan aktiviti memburu bermaksud pengurangan sumber makanan yang ada untuk mereka. Oleh itu, sangat penting untuk mempunyai kesedaran yang lebih besar, bersama dengan program berterusan yang berkaitan dengan penghayatan alam dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, adalah tugas dan tanggungjawab kita untuk memelihara harta karun negara kita untuk generasi akan datang. Mari bersama bekerjasama bagi membentuk masa depan yang lebih baik!           

Friday 1 July 2022

Kura-Kura

Oleh Suhaidah Masri, Irham Razak & Dzulhelmi Nasir

Kura-kura adalah spesies penyu yang tinggal di daratan dan tidak boleh tinggal di air. Kura-kura mempunyai kaki yang berbonggol dan bersisik. Saiz Kaki kura-kura lebih kecil berbanding saiz kaki penyu laut. Terdapat lebih kurang 49 spesies kura-kura yang mempunyai pelbagai saiz. Bermula dari saiz yang paling kecil iaitu padlopers (Homopus) berasal daripada afrika selatan sehingga ke saiz kura-kura yang paling besar iaitu galapagos dan aldabra. Kura-kura mempunyai jangka hidup yang panjang iaitu di antara 30 hingga 150 tahun. 

Secara umumnya, jantan dan betina kura-kura boleh dibezakan melalui ekor. Jantan mempunyai ekor yang lebih panjang iaitu biasanya ditarik ke atas dan ke sisi cangkerang belakang, manakala betina mempunyai ekor yang lebih kecil dan jatuh ke bawah. Kura-kura dapat berkomunikasi sesama sendiri menggunakan beberapa teknik seperti visual, sentuhan dan olfaktori (bau). Apabila kura-kura jantan bertemu dengan kura-kura jantan, kura-kura tersebut akan mula berinteraksi dengan menggerakkan kepalanya keatas dan kebawah berulang ulang kali. Manakala, apabila kura-kura jantan bertemu dengan kura-kura betina, kura-kura betina akan berundur sebagai tindak balas terhadap kura-kura jantan, dan kura-kura jantan kemudian akan meningkatkan pergerakan kepalanya dan cuba mengelilingi kura-kura betina berkenaan.

Gambarajah 1: Asian Brown Tortoise (Manouria emys) dijumpai di Lembah Danum, Sabah

Kura-kura menggunakan teknik lingual prehension sebagai cara untuk mereka makan. Lingual prehension ialah teknik dimana kura-kura akan mengeluarkan lidah nya untuk menyentuh makanan dan memakan makanan tersebut. Selain itu, kura-kura mempunyai sifat generalis forager dimana ianya mampu bertahan dalam pelbagai keadaan persekitaran dengan mengubah pemilihan makanan mereka mengikut kesesuaian musim dan cuaca. Di Malaysia, sesetengah masyarakat seperti orang asli, bidayuh dan iban yang berasal daripada negeri Sarawak mengambil kura-kura sebagai sumber makanan mereka kerana dipercayai mempunyi kandungan vitamin yang baik untuk kesihatan manusia. 

Kura-Kura air tawar di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kura-kura bukit, labi-labi dan tuntung. Persamaan ketiga-tiga jenis ini adalah kesemua memiliki ciri fizikal umum bagi kura-kura iaitu bercengkerang, berkuku, umur yang panjang dan boleh hidup di darat atau air. Kura-kura bukit juga dipanggil sebagai ‘Baning’. Baning adalah kura-kura yang gemar hidup di darat, dan jarang meluangkan masa di dalam air. Kaki kura-kura baning berbeza dengan labi-labi dan tuntung dari segi kakinya yang tiada selaput dan bersisik. Hal ini demikian, kerana Baning hidup di darat, dan tidak memerlukan selaput kaki. Baning mempunyai cengkerang yang keras, dan kaki yang bergerigi. Labi-labi pula adalah kura-kura yang mempunyai cengkerang lembut di samping punyai hidung yang panjang. Labi-labi adalah kura-kura yang hidup kebanyakan masanya di dalam air. Tuntung pula adalah spesies kura-kura yang mempunyai cengkerang keras, tetapi hidup di dalam air. Baning adalah kura-kura yang makan tumbuh-tumbuhan, berbeza dengan labi-labi yang karnivor, dan tuntung yang mempunyai pemakanan omnivor. 

Gambarajah 2: Asian leaf turtle (Cyclemys dentata) yang dijumpai menyeberangi jalan raya di Sukau, Sabah

Kura-kura memainkan peranan penting dalam rantaian makanan sesebuah ekosistem. Hal ini kerana Kura-kura boleh bertindak sebagai mangsa atau pemangsa kepada invertebrata spesies. Satu-satunya cara jangka panjang untuk menjamin kemandirian kura kura adalah dengan mengekalkan habitatnya. Hampir semua spesies kura-kura menghadapi kebimbangan setempat akibat eksploitasi mereka untuk makanan dan perdagangan haiwan peliharaan. Penebangan hutan, degradasi, pemecahan, dan perubahan habitat untuk pertanian, serta pembandaran adalah antara faktor yang emnajdi penyumbang utama kepada penurunan populasi. Tambahan juga, populasinya juga terjejas oleh pemangsa sarang dan penetasan, pencemaran, spesies penceroboh, perdagangan haiwan peliharaan haram dan perubahan iklim global. Salah satu kesukaran yang dihadapi dalam usaha pemuliharaan kura-kura ialah keupayaan kura-kura untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Sebagai contoh, Kura-kura darat sukar dikesan di padang kerana ia mampu mengubah habitatnya mengikut kesesuian dengan persekitaran mereka, kura-kura ini bersembunyi dalam cangkerangnya, jarang bersuara, dan tidak meninggalkan kesan yang kelihatan. Kebanyakkan spesies kura-kura di Malaysia adalah di bawah akta lindungan, dan status keberadaan spesies kura-kura ini dinilai kerana jumlahnya yang kian menurun.

Wednesday 1 June 2022

Peranan Induk Burung Merbah Jantan Dan Betina Dalam Penjagaan Anaknya

Oleh Dzulhelmi Nasir & Nursyereen Nasir

Foto: Vijay Anand Ismavel & Syadan Ginu

Di dalam Al-Quran, Allah ada menyebut tentang burung dan bagaimana sifat aerodinamiknya menunjukkan kekuasaan Allah. “Tiadakah mereka memerhatikan burung yang mudah terbang diudara? Tiada yang menahannya, melainkan Allah. Sungguh pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.” 16:79 (An-Nahl). Perkataan “yumsikuhunna” di dalam ayat bermaksud “memegang”. Dengan ini, ia boleh dimaksudkan dengan Allah memegang burung di udara dan terbang dengan perintahNya.

Gambarajah 1: Anak Pycnonotus goiavier yang baru berumur kurang dari 10 hari

Burung merbah atau juga dikenali sebagai ‘bulbul’ tergolong dalam spesies passerines saiz-sederhana yang dikategorikan dalam famili Pycnonotidae. Terdapat lebih 138 spesies merbah yang boleh dijumpai di benua America, Afrika, Asia dan Australia. Daripada jumlah tersebut, terdapat sebanyak 27 spesies merbah di negara Malaysia. Dua spesies merbah telah dikategorikan sebagai ‘Sangat Terancam’, tujuh sebagai ‘Hampir Terancam’ manakala yang lain-lain sebagai ‘Kurang Membimbangkan’. Secara amnya, burung merbah mudah didapati di hutan paya bakau, hutan primer dan sekunder, kebun, dan juga kawasan bandar dan luar bandar yang didiami manusia. Namun taburan dan jenis habitat adalah bergantung kepada spesies merbah.

Gambarajah 2: Pycnonotus jocosus sedang memakan serangga

Setiap spesies burung merbah mempunyai kaedah tersendiri dalam menawan pasangannya. Sebagai contoh, burung jantan Merbah Pipi Merah (P. jocosus) akan membuat beberapa pergerakan badan seperti menundukkan kepala, mengembangkan ekor dan kepaknya untuk menarik perhatian burung betina. Setelah berjaya menawan pasangan, burung merbah akan mula bergerak bersama pasangannya semasa mencari makanan dan menjalankan aktiviti harian. Walaupun kebanyakan spesies merbah biasanya kelihatan bersendirian atau berpasangan, terdapat juga spesies merbah seperti Merbah Siam (P. atriceps) yang hidup dalam kumpulan kecil merangkumi 6-8 individu pada satu-satu masa. Toleransi burung merbah terhadap spesies burung lain sangat tinggi terutamanya dalam perkongsian kawasan pencarian makanan mahupun tempat pembinaan sarangnya. Sebagai contoh, beberapa spesies burung seperti Ciak Rumah (Passer montanus), Murai Gila Biasa (Rhipidura javanica), Perenjak Pisang (Orthotomus sutorius), Tiong Jawa (Acridotheres javanicus) dan Zebra Dove (Geopelia striata) pernah kelihatan menghinggap bersebelahan dalam linkungan kurang dari satu meter dengan Merbah Kapur tetapi tidak menyebabkan reaksi negatif.

Gambarajah 3: Sepasang Pycnonotus cafer sedang bertenggek pada dahan pokok

Merbah mengambil masa antara 3-8 hari sebelum bertelur untuk membina sarang. Sarang dibina berdasarkan variasi tumbuhan, rumput, daun-daun, ranting-ranting dan lumut di habitat. Merbah mengeramkan telur sehingga sekurang-kurangnya 2 minggu. Apabila menetas, pengeraman mengambil masa lebih kurang 11 ke 12 hari.  Anak merbah mampu terbang pada hari ke 11. Masa pengeraman telur adalah antara telur terakhir yang keluar dan telur pertama yang menetas. Sesetengah induk memulakan pengeraman setelah habis proses bertelur dan anak menetas bersama ia disebut “hatching synchrony”. Sesetengah induk memulakan pengeraman sebelum habis proses bertelur dan anak-anak menetas pada masa berlainan. Ini disebut “hatching asynchrony”. Induk jantan dan betina Streak-eared bulbul (P.blandfordi) akan mengutip dan menelan tahi anak merbah sehari sebelum anak merbah mampu terbang. Anak merbah belum mampu lagi mencari makanan sendiri akan tunggu di dahan pokok. Induk akan terbang ke tanah untuk mengutip batu kecil dan daun bersama serangga yang telah ditangkap untuk diberi kepada anak. Bagi P.jocosus (red whiskered bulbul), induk akan bertelur sebiji sehari berturut-turut sehingga telur terakhir dikeluarkan. Kedua-dua induk mempunyai peranan yang berlainan. Kedua-dua induk memberi makan anak dan membersihkan najis tetapi hanya satu induk yang akan membersihkan dan merapikan anak merbah setelah makan. Frekuensi pencarian makanan dan pembersihan najis adalah lebih rendah bagi induk yang mempunyai peranan membersihkan anak merbah.

Burung merbah membina sarang berbentuk seperti mangkuk atau cawan yang dibina daripada ranting, dedaun kering, rumput, akar dan kulit pokok. Kedua-dua burung  jantan dan betina akan mengambil peranan bersama dalam pembinaan sarang tesebut. Bergantung kepada kawasan yang difikirkan selamat untuk membina sarang dan membesarkan anak, Merbah Siam (P. atriceps) biasanya membina sarangnya pada ketinggian antara 30-150 cm dalam belukar di bawah pokok rotan, manakala Merbah Kapur (P. goiavier) pula lebih gemar membuat sarang di atas tiang lampu, pagar mahupun di dalam pasu bunga sekiranya berada di kawasan bandar. Masa yang diambil untuk membina sarang bagi kebanyakan spesies Merbah mencecah sehingga 7 hari.

Gambarajah 4: Pycnonotus jocosus sedang berehat

Setelah sarang siap dibina, burung betina akan duduk di dalam sarang dan bertelur antara satu hingga empat biji pada satu-satu masa, manakala burung jantan pula akan duduk berdekatan dengan sarang tersebut. Apabila telur dihasilkan, burung betina akan mengambil peranan mengeram dan memastikan suhu optimum selama lebih kurang dua minggu sehingga telur itu menetas. Pada masa ini, burung betina akan membahagikan masa antara mengeram dan mencari makanan untuk dirinya. Kadangkala, terdapat juga telur yang tidak berjaya menetas. Sekiranya ia menetas sekalipun, anak burung tersebut mungkin akan berada dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Oleh sedemikian, burung betina akan menolak anaknya keluar dari sarang kerana anak tersebut tidak akan berupaya untuk meneruskan hidup dan membesar dengan baik. Selepas telur menetas, burung betina akan menghabiskan lebih 40% masanya bersama anaknya setiap hari. Pada masa ini, burung betina dan burung jantan akan berusaha mencari makanan yang terdiri daripada serangga kecil dan buah-buahan kecil untuk anak-anak mereka.

Gambarajah 5: Pycnonotus goiavier memakan buah-buahan

Seawal matahari terbit, burung betina dan jantan akan terbang berulang-alik antara 4-10 kali setiap jam dengan anggaran masa antara 5-8 minit setiap kali dengan membawa makanan untuk anak-anaknya di dalam sarang. Walau bagaimanapun, tidak semua usaha mencari makanan berjaya mendatangkan hasil. Adakalanya, burung betina dan jantan akan pulang tanpa makanan untuk diberikan kepada anak mereka. Makanan anak burung merbah terdiri daripada serangga seperti belalang, pepatung, labah-labah, rama-rama, larva kumbang dan haiwan kecil seperti cicak. Ia bergantung kepada nic kawasan makanan yang disukainya. Sebagai contoh, Barau Barau (P. zeylanicus) boleh kelihatan mencari makanan pada kanopi pokok tinggi, manakala Merbah Jambu Hitam (P. flaviventris) mendapatkan makanannya di kawasan belukar.

Pada peringkat awal usia anak merbah, induk betina dan jantan akan memberi makanan berupa serangga kecil yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Apabila anak merbah semakin membesar, induk betina dan jantan akan mula memberi makanan yang terdiri daripada buah-buahan, serangga kecil dan haiwan kecil seperti cicak. Dengan usia anak merbah yang semakin meningkat, keperluan zat makanannya juga turut meningkat. Dalam penjagaan anak, induk betina dan jantan akan berusaha mencari makanan dengan lebih berganda seiring dengan tumbesaran anak-anaknya. Pada masa yang sama, induk merbah turut perlu mencari makanan untuk diri sendiri supaya mempunyai tenaga yang cukup untuk membesarkan anaknya. Pencarian makanan akan berlarutan sehingga matahari mula terbenam. Pada waktu malam, induk betina akan tidur di dalam sarang manakala induk jantan pula akan tidur bersebelahan dengan sarang tersebut.

Gambarajah 6: Pycnonotus atriceps sedang berjemur di bawah matahari

Anak merbah akan mula keluar dari sarangnya dan berjalan di atas dahan pokok berhampiran seawal usia hari ke-9 hingga ke-11. Anak merbah akan mampu terbang berdekatan dengan sarangnya antara hari ke-11 hingga ke-16. Walau bagaimanapun, anak merbah masih bergantung kepada induk betina dan jantan untuk pencarian makanan untuk dirinya walaupun mampu terbang pada jarak yang dekat. Induk betina dan jantan akan terbang bersama anaknya. Apabila anak tersebut lapar, induk betina dan jantan akan terbang mencari makanan manakala anaknya hanya akan menunggu di atas dahan. Selepas beberapa lama, sarang akan diabaikan dan anak merbah akan mula bebas bergerak sepertimana induk betina dan jantan. Namun begitu, anak merbah pada ketika ini belum menguasai kaedah dan masih belum mampu mencari makanan dengan sendiri tanpa bantuan induknya. Biasanya, induk merbah akan terbang bersama anaknya untuk mencari makanan dan ini akan berlangsung sehingga anak merbah mencecah dewasa dan boleh berdikari.

Sarang yang dibina juga sering mendapat perhatian daripada pemangsa walaupun biasanya terlindung diantara dedaun dan ranting pokok. Pemangsa akan menumpukan perhatian pada pergerakan induk merbah yang kerap berterbangan ulang alik dari sarang tersebut. Untuk mengaburi pemangsa daripada lokasi sebenar sarangnya, induk betina dan jantan akan hinggap berdekatan dengan sarangnyas sambil memerhatikan keadaan sekeliling supaya bebas daripada pemerhatian pemangsa, sebelum menghinggap pada sarangnya. Antara pemangsa utama kepada anak merbah yang berada dalam sarang termasuklah burung gagak, tupai, kucing, monyet, musang dan ular. Jika anak merbah yang berada dalam sarang mendapat ancaman daripada pemangsa, induk betina dan jantan akan mengeluarkan bunyi dan berterbangan berhampiran pemangsa untuk mengalih perhatian agar pemangsa menyasarkan induk betina dan jantan. Adakalanya, spesies seperti Merbah Pipi Merah (P. jocosus) akan menyamar seakan-akan dalam keadaan sakit untuk menarik perhatian pemangsa yang ingin mendekati sarangnya. Secara purata, kadar kemandirian anak merbah hanya sebanyak 10-15% sahaja.