Sunday 6 March 2016

Panduan menulis artikel

Menjadi penulis bukan sesuatu yang sukar, tetapi lebih kepada mencuba dulu (making the first-step). Di sini saya ingin kongsikan langkah-langkah untuk menulis sebuah artikel ringkas.

1. Brain-storming 
Luangkan masa antara 15 minit setiap sehari dengan menaip apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran anda.

2. Mengembangkan idea
Sediakan sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari selama 10 hari sahaja dengan menaip isi.

3. Menyusun cerita
Olah idea yang telah ditaip selama 10 hari tadi kepada sebuah cerita dengan susunan yang lebih baik.

4. Buang bahagian yang tidak ngam
Adakalanya perkara yang ditulis bagi kita adalah penting, tetapi jika tidak ngam dengan jalan cerita, maka lebih baik buangkannya.

5. Hantar kepada majalah@surat khabar/majalah-online pilihan
Perlu diingat jika kerja kita ditolak oleh editor, teruskan dengan menghantar kepada majalah lain kerana kadang-kala cerita yang ditulis tidak sesuai untuk majalah tersebut.

Nota: 
Panjang minima artikel bagi saya adalah bergantung kepada apa yang hendak diceritakan. Untuk permulaan, cuba tulis 2 muka surat A4 dengan 1.5 line-spacing dulu pada MS Word. Selepas berjaya diterbitkan, boleh mula dengan artikel dengan lebih panjang dan menarik.