Saturday 1 November 2014

University of Malaya Biodiversity Week 2014

UM Biodiversity Week 2014 dianjurkan oleh UMCares pada 27-31 October 2014 . Objektif utama ialah untuk memupuk kesedaran di kalangan warga universiti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Antara aktiviti utama yang dinantikan ialah forum 'Ekologi' yang memaparkan 3 panelis iaitu Dr Azmi Sharom (undang-undang alam sekitar), Dr Lim Boo Liat (Ekologi Hidupan Liar) dan Mr Giovanni Galuzzo (Reka Bentuk Pembolehbaharuan Ekologi Mampan).


Forum ini diadakan di Rimba Ilmu Universiti Malaya

Sebelum forum ini bermula, saya berkesempatan berbual bersama Dr. Lim Boo Liat sekitar 30 minit. Saya amat tertarik dengan nasihat beliau. Antaranya:

1. Sama-sama berkongsi dan berlajar untuk mengeluarkan hasil daripada ilmu yang dibincangkan dan tidak ada jurang di antara kita terutamanya pelajar dan pensyarah

2. Teritori dalam bidang masing-masing tidak akan memberi sebarang manfaat kepada diri sendiri mahupun masyarakat, maka galakkanlah lebih ramai orang menceburi bidang kita daripada menghalangnya. Hanya dengan cara ini barulah hasil ilmu akan lebih berbuah.

3. Apabila membuat penyelidikan yang berimpak tinggi, 3 tahun pertama adalah pengumpulan data, dan tahun-tahun berikutnya baru boleh menulis artikel yang lebih berkualiti. 

4. Jika ingin mengumpul kepelbagaian biodiversiti pada sesuatu kawasan, 70% species akan berjaya diperolehi dengan adanya kerja lapangan selama 2 minggu dalam 4 kali setahun (cth: Januari, April, Ogos, December).

5. Menghargai setiap orang yang membantu kita termasuk orang asli, pelajar, buruh dan orang bawahan. Jangan ingat kita lebih tinggi dan bagus daripada mereka kerana kita tidak mampu untuk tahu semua perkara.


Selepas selesai forum tersebut dan ingin balik, saya bergegas untuk bersalaman dengan panelis dan Dr. Lim Boo Liat berpesan kepada saya iaitu "tolong tulis lebih banyak buku untuk masyarakat kita".


No comments:

Post a Comment