Melaka Bird Park baru dibuka pada awal tahun 2013. Ia mempunyai sekurang-kurangnya 25 spesies burung yang dilepaskan di dalam sangkar yang besar. Kebanyakan spesies burung adalah dalam kategori spesies Macaw yang terdapat di negara America.
Burung Macaw
Saya tertarik dengan Jambatan Kanopi yang boleh dinaiki oleh pengunjung.
Yuran untuk masuk ke dalam Taman Burung Melaka ini adalah RM15 seorang.
Terdapat 10-12 dinosour yang dipamerkan di Taman Dinosour yang terletak di Melaka. Dinosour ini akan bergerak kepala atau ekornya jika kita melepasi sensornya. Yang amat mendukacitakan ialah harga RM15 untuk memasuki tempat ini namun hanya dapat melihat dinosour yang tidak diselenggar dengan baik. Pada pendapat saya, pameran dinosour ini tidak perlu di letak berasingan dan lebih baik letak dalam taman air yang bersebelahan. Sangat tidak berbaloi..!!
Saya cadang untuk pergi ke taman air berbanding taman dinosour ini.