Terdapat pekerjaan yang boleh memupuk minat dan mendalami ilmu pengetahuan di dalam bidang Zoologi iaitu sebagai pemandu pelancong (Nature guide). Pekerjaan ini pada mulanya nampak seperti pekerjaan rutin biasa tetapi pada hakikatnya, ia mampu meluaskan ilmu pengetahuan kita sendiri setiap kali bertemu dengan flora & fauna yang terjumpa di depan mata. Hal ini kerana sebagai pemandu pelancong, kita perlu berkongsi ilmu & menerangkan serba-sedikit mengenai flora & fauna yang terjumpa semasa membawa pelancong.
Kadang-kala, kita tidak mempunyai ilmu mengenai flora & fauna yang terjumpa di depan mata pada ketika itu. Maka amat perlu memberitahu kepada pelancong bahawa kita 'tidak tahu' daripada 'buat-buat tahu' akan subjek yang dijumpai itu. Namun, apabila pulang ke rumah, kita sebagai pemandu pelancong perlu mencari rujukan untuk mengetahu serba-sedikit mengenai subjek yang dijumpai itu. Hanya dengan cara ini, kita mampu menimba ilmu pengetahuan yang lebih luas mengenai flora & fauna yang 'perlu diketahui' di kawasan tersebut daripada membaca 'semua' dan tidak dapat dipraktikkan.
Yang menarik ialah terdapat ramai pelancong asing yang suka memberi 'tips (duit lebih)' kepada pemandu pelancong jika mereka merasakan kita menjalankan tugas dengan baik.
Terdapat peluang pekerjaan sebagai pemandu pelancong yang menarik iaitu:
a. Dark Caves (Batu Caves), Selangor
b. Taman Negara Bako, Mulu & Niah, Sarawak
Monday, 26 October 2015
Saturday, 17 October 2015
Buku rujukan bergambar
Memang tidak dinafikan bahawa pengecaman spesies memerlukan deskripsi terperinci mengenai ciri-ciri morfologi sesuatu spesies. Namun begitu, setiap penulis mendeskripsikan dengan cara, gaya dan perincian yang berbeza. Contohnya, kucing itu bewarna kuning atau warna kucing itu oren kekuningan. Spesies dan individu yang sama tetapi deskripsi dan gaya bahasa yang berbeza kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca.
Contoh: Terdapat tompok bewarna kelabu pada bahagian hidung
Contoh: Warna putih pada kaki seperti memakai stokin putih
Oleh yang demikian, deskripsi mengenai spesies haiwan memerlukan foto-foto hidup yang menarik dan di bawahnya terdapat deskripsi dan penerangan mengenai haiwan tersebut untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pembaca. Dengan cara ini, dapatlah pembaca memahami dengan lebih baik apa yang cuba disampaikan oleh penulis
Subscribe to:
Posts (Atom)