Wednesday, 1 January 2025

Projek BORA: Gajah-Napier

Pada 10 Oktober 2024, FGV telah mengadakan lawatan ke Tabin Wildlife Reserve di Lahad Datu. Dalam kawasan hutan simpan yang berkeluasan 120,000 hektar ini, terdapat sekitar 300 ekor Gajah pigmi. Pada masa sama, ladang-ladang sawit yang berdekatan berisiko untuk dimasuki oleh Gajah-gajah ini mengikut musim dan laluannya. 

BORA telah mengenalpasti sebab utama Gajah mencari sumber makanan lain di luar dari kawasan hutan, yang dikenali sebagai "Shifting Baseline Syndrom". Setiap tahun, hutan asli akan menjadi semakin tua, dedaunnya akan menutupi cahaya dari sampai ke tanah, dan akhirnya pokok-pokok rumpai yang menjadi makanan Gajah akan berkurangan. Pada masa sama, populasi Gajah pigmi di dalam Tabin Wildlife Reserve semakin bertambah kerana pemuliharaan yang berjaya. Oleh yang demikian, pihak BORA telah menyediakan sumber makanan alternatif iaitu Napier, kolam air dan juga garam di sempadan hutan-ladang sawit kepada Gajah untuk memastikan mereka tidak memasuki ladang sawit untuk mencari makanan lain.

Gambarajah 1: Napier ditanam di kawasan terbuka untuk mendapatkan sumber cahaya matahari untuk tumbesaran.

Gambarajah 2: Kolam untuk sumber air dan untuk Gajah pigmi berendam.

Gambarajah 3: Bongkah garam yang dipacak pada tanam sebagai sumber nutrisi Gajah pigmi.

Gambarajah 4: Napier perlu dipotong setiap 3 bulan untuk memastikan ia segar. Napier tua mempunyai bunga di hujungnya, dan kurang disukai Gajah.

Gambarajah 5: FGV bersama Dr Zainal Zainuddin, veteriner dan ketua projek Gajah-Napier.

Gambarajah 6: Tabin Wildlife Reserve merupakan lokasi eko-perlancongan yang disukai orang luar negara kerana keaslian hutannya.


Akhir kata, penanaman Napier sebagai sumber makanan alternatif, mudah tumbuh, kos murah boleh meminimakan kemasukan Gajah ke dalam ladang sawit. Namun begitu, adalah mustahak untuk memasang pagar elektrik di sempadan hutan-ladang sawit untuk mengelakkan Gajah pigmi memasuki ladang sawit kita.


Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang BORA: https://www.borneorhinoalliance.org/