Saya ingin berkongsi beberapa perkara penting dalam menuntut disiplin ilmu supaya mudah difahami dan diamalkan di dalam dunia Zoologi.
S: Soalan, J: Jawapan, C: Contoh.
Soalan 1
S1: Apakah itu disiplin ilmu?
J1: Cabang-cabang bidang yang diceburinya. Contohnya, taksonomi, biodiversiti, ethologi, filogenetik, toksikologi dll.
C1: Jika saya ingin mengkaji biodiversiti tikus, saya juga mampu mengaplikasikan disiplin ilmu ini dalam mengkaji biodiversiti burung.
Soalan 2
S2: Apakah itu subjek?
J2: Benda atau medium yang digunakan untuk mempelajari sesuatu disiplin ilmu. Contohnya, mamalia, serangga, ikan, parasit dll.
C2: Jika saya mengkaji filogenetik kulat, saya boleh berjumpa dengan orang yang mengkaji filogenetik burung untuk menerangkan mengenai filogetik (disiplin ilmu), dan bukan mengenai kulat (subjek).
Soalan 3
S3: Siapa saya hendak jumpa jika ingin belajar mengenai disiplin ilmu tersebut?
J3: Jumpa orang yang telah melalui proses dalam disiplin ilmu tersebut, dan bukan mencari orang yang menceburi subjek tersebut.
C3: Di dalam disiplin ilmu taksonomi itu sendiri, terdapat beberapa proses yang wajib dilalui untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai disiplin ilmu tersebut.
Soalan 4
S4: Bagaimanakah hendak mengetahui jika seseorang telah menguasai disiplin ilmu tersebut?
J4: Apabila beliau telah menerbitkan artikel yang ditulisnya di dalam jurnal sebagai penulis utama.
C4: Ramai terlibat sebagai penulis bersama dalam sesuatu projek dan menganggap diri sendiri telah menguasai disiplin ilmu tersebut, namun jika dilihat dengan lebih terperinci, berapa ramai yang benar-benar memahami disiplin ilmu tersebut?
Soalan 5
S5: Mengapakah terdapat perbezaan antara pendapat orang A dan orang B walaupun kedua-duanya menguasai disiplin ilmu yang sama?
J5: Setiap orang mempunyai cara berfikir, menterjemah dan memahami sesuatu perkara dengan pandangan yang berbeza. Kedua-dua orang A dan B mempunyai hujah masing-masing dalam memahami disiplin ilmu tersebut. Oleh itu, kita harus menghormati dan meraikan perbezaan pendapat dan mengambil yang mana terbaik untuk diri kita sendiri.
C5: Cara berfikir dan kefahaman antara orang yang menulis dengan tangan kanan dan tangan kiri adalah sangat berbeza.
Kesimpulan
Jika seseorang ahli Zoologi mampu memahami pelbagai disiplin ilmu dengan baik, maka boleh menceburi diri dalam
cross-discipline dan melibatkan diri dalam
multi-disciplinary dalam mereka-bentuk sesuatu penyelidikan (
research design) yang lebih menarik.