Saturday, 1 February 2025
Yoda
Wednesday, 1 January 2025
Projek BORA: Gajah-Napier
Pada 10 Oktober 2024, FGV telah mengadakan lawatan ke Tabin Wildlife Reserve di Lahad Datu. Dalam kawasan hutan simpan yang berkeluasan 120,000 hektar ini, terdapat sekitar 300 ekor Gajah pigmi. Pada masa sama, ladang-ladang sawit yang berdekatan berisiko untuk dimasuki oleh Gajah-gajah ini mengikut musim dan laluannya.
BORA telah mengenalpasti sebab utama Gajah mencari sumber makanan lain di luar dari kawasan hutan, yang dikenali sebagai "Shifting Baseline Syndrom". Setiap tahun, hutan asli akan menjadi semakin tua, dedaunnya akan menutupi cahaya dari sampai ke tanah, dan akhirnya pokok-pokok rumpai yang menjadi makanan Gajah akan berkurangan. Pada masa sama, populasi Gajah pigmi di dalam Tabin Wildlife Reserve semakin bertambah kerana pemuliharaan yang berjaya. Oleh yang demikian, pihak BORA telah menyediakan sumber makanan alternatif iaitu Napier, kolam air dan juga garam di sempadan hutan-ladang sawit kepada Gajah untuk memastikan mereka tidak memasuki ladang sawit untuk mencari makanan lain.
Sunday, 1 December 2024
Asiaworks Basic Training 2024
Pada 17-23 June 2024, saya telah mengikuti program Asiaworks Basic Training di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Tujuan program ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam potensi diri untuk menjadi lebih baik dan berdaya saing, berfikiran positif, berwaspada dengan keadaan sekeliling, memberanikan diri untuk mengambil risiko dan sebagainya.

Saturday, 2 November 2024
FGV Festival 2024 @ Hari Peneroka FELDA 2024
FGV is one of the largest company in the Malaysian oil palm industries. FGV Festival, combined with Hari Peneroka FELDA 2024 was held on 12-14 July 2024 at MAEPS, Serdang. In this event, FGV aims to promote and offers various aspect related to upstream and downstream. There are many activities, booths and showcase held during this event.
Tuesday, 1 October 2024
TOT MPOB 2024
Pada 4 Julai 2024, TOT MPOB 2024 telah dianjurkan di Tenera Hotel, Bangi. Anjuran ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB): https://www.niagatimes.com/mpob-lancar-enam-teknologi-baharu-di-tot-mpob-2024/.
Sunday, 1 September 2024
Genting Skyworlds
Thursday, 1 August 2024
Farm in School SK PPPTR
Pada 8 Mei 2024, sebanyak 24 buah sekolah yang telah dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan bertemakan "Farm in School". Sebanyak 3 buah sekolah yang telah dipilih untuk mewakili negeri Pahang termasuklah SK PPPTR yang bertapak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Oleh yang demikian, pihak FGV PPPTR telah cuba sedaya upaya untuk membantu dalam usaha memastikan SK PPPTR mendapat kemenangan dalam pertandingan ini.