Monday 8 April 2013

Zoo Singapore: 10 zoo terbaik dunia

Zoo Singapore merupakan antara yang tersenarai sebagai 10 zoo terbaik dunia mengikut konsep terbuka (open concept) iaitu hidupan liar di dalam zoo kelihatan seperti bebas bergerak tanpa melihat kepada penghalang untuk menyekat hidupan liar tersebut. Tambahan, terdapat monyet, orang-utan, burung dan lain-lain haiwan yang berkongsi tempat dengan laluan pelawat. Berkeluasan 70 ekar, Zoo Singapore mampu menarik pelawat dari pelbagai negara.

Papan tanda dan laluan yang menarik hati para pengunjung


Persembahan oleh haiwan-haiwan yang bijak bersama pelatihnya

Satu perkara yang ingin ditekankan ialah pelatih dan pekerja zoo ini sangat mesra pelanggan dan bersungguh-sungguh dalam kerjanya. Pada pendapat saya, pekerja di zoo Singapore suka dengan kerjayanya dan sangat minat kepada hidupan liar.




Saturday 6 April 2013

Pameran Kata: Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya

Pameran Katak & Kodok yang kini berlangsung di Muzium Alam Semula Jadi dari 22 Mac 2013- 22 April 2013. Pameran mamalia dan serangga juga boleh didapati di dalam bangunan yang sama..Inilah yang dikatakan berkhidmat kepada masyarakat melalui perkongsian ilmiah dalam bentuk yang mudah difahami dan dinikmati oleh masyarakat kita.

Pameran Katak dan Kodok berada di Tingkat 1

Gambar yang sangat menarik sebagai daya tarikan

Saya sangat gembira kerana pameran ini mendapat pengunjung yang sangat banyak dari masyarakat tempatan. Pergi dan lihat kenapa katak dan kodok merupakan haiwan yang penting dalam alam ini. Pameran ini adalah daripada kerjasama Prof.Madya.Dr.Norhayati Ahmad (Universiti Kebangsaan Malaysia) dengan Jabatan Muzium Malaysia dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.





Monday 1 April 2013

Bukit Melawati Kuala Selangor: Populasi Lutong

Lutong merupakan spesies yang berada dalam kategori 'Hampir Terancam' dan kebanyakan populasi lutong boleh dijumpai di kawasan hutan paya dan hutan tebing sungai. Namun, perkara yang sangat menakjubkan ialah kewujudan populasi Lutong Trachpithecus cristatus yang hidup dalam kelompok yang besar di Bukit Melawati Kuala Selangor. Hal ini kerana di sebelah Bukit Melawati ini terdapat Taman Alam Kuala Selangor yang memulihara hutan paya bakau. 


Menurut penjual makanan lutong yang telah bersama dengan populasi lutong tersebut selama 12 tahun, populasi lutong kian bertambah dengan baik. Sebelum ini, hanya terdapat 2 kumpulan kecil tetapi kini terdapat 4 kumpulan lutong di Bukit Melawati yang boleh dianggarkan melebihi 100-150 individu. Yang menariknya, setiap ketua kumpulan lutong diberi nama antaranya 'Verapa' merujuk kepada nama hero hindi. Tegasnya lagi, mereka juga mengenali 3 lutong yang kaki pencuri terdiri daripada 2 lutong betina dan 1 lutong jantan. 


Penjual makanan lutong itu menjual kacang panjang, kacang tanah dan bayam dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Saya amat kagum kepada penjual makanan ini kerana mereka seringkali memberi makanan ini kepada lutong setiap hari seperti haiwan peliharaannya. Mereka sering menaburkan makanan pada kuantiti yang banyak untuk dimakan oleh lutong daripada ingin untung banyak. Mainan berupa singa yang terdapat pada atas kotak yang dibawa di belakang motor itu merupakan objek yang digeruni oleh lutong. Maka, lutong tidak akan mengambil makanan yang disusun di atas kotak selagi mainan singa berada di atasnya.



Saya amat berharap agar pelawat tidak memberinya makanan selain yang berupa sayur kerana makanan lutong adalah 100% dedaun dan sayuran. Keistimewaan lutong di Bukit Melawati menarik minat saya untuk sentiasa melawat tempat tersebut jika melintasi Kuala Selangor.







Friday 1 March 2013

Wildlife photographer


Zoologist conduct field observation and sampling to determine something about ones wildlife natural history. They are the one who have the privilege to find, use traps and collect samples during their field trips. Due to that, it is important that a zoologist have a DSLR camera. Rare encounters scenario may occur and it would be a lost of opportunity not to photograph the thing happened in front of our eye as evidence.

Micro lens is important to capture photograph of small invertebrates.

Jumping spider photo before editing using Nikon D90 with  Tamron AF 90 mm F/2.8 micro lens and flash Di866 Nissin closed with lightbox
Edited using Lightroom


Zoom lens is important to capture medium to large size animal to observe at safe distance while capturing the photo. This includes mid range mammal and birds which are difficult to be caught.

Colugo photo captured in mid air with accurate focal length at the right time using
Nikon D90 with Tamron 70-300 mm zoom lens

Edited using Adobe Photoshop C5

Normal lens 105 mm are normally used to capture small mammals, birds, reptiles and amphibians

Bats captured by mist net and hand held to take photographs
Gecko found on leaves 

The most important advice is focus on what animal you would like to take photos of and do not bring along all your different lens with you. Keep all photo that had been captured for your future use in using it for your book, articles and also someone else might request your precious photo to be included in their work. 

Sunday 3 February 2013

Dewan Kosmik: Kubong Semakin Terancam

Artikel mengenai alam kehidupan Kubong telah diterbitkan di dalam Dewan Kosmik Jilid 21/01 keluaran Januari 2013. Penulisan artikel ini bertujuan bagi menyebarkan ilmu mengenai Kubong melalui pendekatan menulis & membaca dalam bahasa rasmi negara. Adakah semua rakyat Malaysia mampu memahami penulisan dalam berbahasa Inggeris jika kebanyakan buku-buku ilmiah ditulis dalam bahasa inggeris..?




Anda hanya mampu menulis jika anda banyak memahami mengenainya, dan anda hanya mampu memahami mengenainya jika anda banyak membaca. 



Tanggungjawab siapa untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat tempatan jika bukan daripada masyarakat itu sendiri..?

...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri... (Ar-Ra'd, 13: 11)


Yang menariknya, apabila menulis artikel di dewan kosmik ini, saya mendapat RM300 sebagai honorarium 

Thursday 24 January 2013

Poster: Spiders of Malaysia (Labah-labah Malaysia)

The spider of Malaysia poster was designed and written in dual languages (English & Malay) to convey the knowledge on spiders to the Malaysian communities in an interesting way.


See spiders, remember this verse:

The likeness (analogy) of those who have taken other patrons (protector) than Allah (God), is the likeness of a spider, which makes itself a dwelling (house); and the weakest of all dwellings (house) is the dwelling (house) of a spider. Would that these people had knowledge. [Al-Ankabut, (spider), verse 41].
_________________________________________________________________

Poster labah-labah Malaysia telah direka dalam bentuk yang menarik dan ditulis dalam dwi-bahasa (Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia) bagi memudahkan ilmu mengenai labah-labah disampaikan kepada  masyarakat Malaysia. 

Nampak labah-labah, ingat ayat ini:

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui (Al-Ankabut 29, 41).