Saturday 2 July 2016

Menulis artikel jurnal: Saya sepatutnya berada di tahap mana?

Setiap pelajar pascasiswazah perlu menulis dan menerbitkan artikel jurnal sebagai kriteria untuk bergraduat. Contohnya, 1 artikel untuk peringkat Ijazah Sarjana dan 2 artikel untuk peringkat Ijazah Kedoktoran. Pelajar pascasiswazah perlu menerbitkan artikel jurnal ISI (Q1-Q4) atau SCOPUS mengikut tahap pendidikan di universiti masing-masing. 

Namun, saya sering mendengar rintihan pelajar bahawa penyelia menyuruh pelajar untuk menerbitkan artikel jurnal di Q1/Q2, dan ada juga yang menyuruh untuk menulis 'review article' untuk jurnal lagi !!! Sedangkan di dalam syarat untuk bergraduat, tidak pernah dinyatakan syarat sedemikian - Perlu terangkan syarat geran penyelidikan kepada pelajar secara telus.

Dengan itu, biar saya memberi analogi tahap-tahap jurnal untuk mudah difahami.

Pertama, untuk mencapai pada tahap kecemerlangan di peringkat yang tertinggi, kita digalakkan untuk memanjat tangga satu demi satu. Jika kita melangkaui tangga tersebut untuk berada di atas dengan cepat, kemungkinan besar kita akan terjatuh dengan mudah pada bila-bila masa. 

Kedua, jika kita disuruh untuk berlari 10 km, kita akan berlari perlahan-lahan secara konsisten dalam keadaan 'bermarathon' sehingga ke garisan penamat, daripada cuba untuk memecut dengan laju, dan tidak ada stamina untuk meneruskan larian tersebut selepas beberapa saat.

Begitu juga untuk penerbitan artikel jurnal. Jika kita mempunyai tapak yang kukuh, iaitu dengan menerbitkan bilangan artikel jurnal yang banyak pada peringkat bawah dahulu, lama-kelamaan kita akan menaiki tangga dengan selamat dan tidak tersungkur dengan begitu mudah.

Maka, panduan umum yang praktikal dari kaca mata saya sendiri adalah seperti berikut:


Profesor/Profesor Madya: Q2/Q1 dan 'review article'
Pensyarah/Pensyarah kanan: Q3/Q2
Paska kedoktoran (post-doc): Q3/Q2
Pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD): Q4/Q3
Pelajar Ijazah Sarjana (Master): SCOPUS/ Q4

Dengan ini, baru kita dapat fahami mengapa ramai pelajar pascasiswazah tidak berjaya untuk memenuhi kriteria untuk bergraduat.

Kesimpulannya
1. Jika hendak menyuruh orang lain untuk menulis artikel jurnal pada peringkat yang sukar i.e. Q1/Q2 dan 'review article', tanpa melalui proses 'marathon' seperti di atas, kita sendiri harus buktikan bahawa kita sendiri mampu buat dahulu semasa kita berada pada tahap pendidikan dan kelebihan yang terhad:
a. Tempoh 2 tahun untuk Ijazah Sarjana dan 3 tahun untuk Ijazah Kedoktoran. 
b. Biasiswa yang tamat tempoh dalam masa 2 atau 3 tahun

2. Orang yang menyuruh itu boleh nilai dengan penerbitan yang ditulisnya sendiri terlebih dahulu.

3. 'Walk the Talk'


Wednesday 1 June 2016

Kubung (Natural History of the Colugo versi Bahasa Malaysia)

Tajuk    : Kubung
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Bahasa  : Bahasa Malaysia
ISBN    : 978-983-46-1918-3
Tahun   :  Mei 2016
Harga   : RM30 (termasuk postage)
Penulis  : Dzulhelmi Nasir
Pelukis  : Dzulfeqar Nasir
Foto     : Ahmad Syazwan Saidin, Dzulfeqar Nasir, Dzulhelmi Nasir, Karen Beverly Seem, Muhammad Rasul Abdullah Halim, Pui Yong Min, Siti Mariam Jamaluddin, Suriyanti Su Nyun Pau, Willy Chin Siaw Min
Bil. muka surat: 90 muka surat
Penterjemah: Suriyanti Su Nyun Pau

Sinopsis: Buku ini membincangkan biologi spesies haiwan nokturnal yang unik dan jarang diketahui umum, iaitu Kubung yang merupakan spesies haiwan mamalia di kebanyakan hutan Asia Tenggara. Sifat istimewa haiwan misteri ini didedahkan kepada umum daripada pelbagai aspek sejarah semula jadinya dan juga diselitkan dengan isu pengurusan lestari terhadap habitatnya

Thursday 12 May 2016

Did El Nino affected Malaysian animals?

El Nino is a periodic incidence where the sea surface temperatures in the pacific ocean becomes warmer, a current of warm nutrient-poor water replaces the cool nutrient-rich water within the area. This phenomenon occurs every two to seven years and last from six to twenty four months.

I had been reading several cases which may have been related to the effect from El Nino in the news. Here I list some of the cases that had been reported in the local newspapers:

1. Snakes find cooler places, 12 May 2016 - Snakes had been reported to move from close-by bushes and forests into human settlements especially schools.
Link: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/12/ular-cari-tempat-sejuk-akibat-el-nino/

2. Pheasant fatal hit-wall, 12 May 2016 - a group of pheasant were found dead after flying into the glass-wall
Link: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/12/13-ekor-burung-kuang-maut-langgar-dinding/

3. Heat wave affected Elephant, 18 March 2016 - Elephant is showered ten times to avoid misbehave from heat wave
Link: http://www.bharian.com.my/node/134878


Friday 1 April 2016

Pelajar PhD tidak mendapat pekerjaan?

Zaman ini merupakan zaman yang memerlukan kemahiran (skill) untuk mendapat pekerjaan. Oleh itu, antara perkara yang boleh dibuat ialah:
1. Membuat post-doc terutama di universiti RU.
2. Menggunakan sijil PhD dan memohon pekerjaan di luar negara
3. Downgrade menggunakan sijil Master dahulu sehingga ada kekosongan untuk jawatan PhD.


Nota penting: Universiti tidak pernah menjanjikan pekerjaan, tetapi menjanjikan ilmu pengetahuan.


Sunday 6 March 2016

Panduan menulis artikel

Menjadi penulis bukan sesuatu yang sukar, tetapi lebih kepada mencuba dulu (making the first-step). Di sini saya ingin kongsikan langkah-langkah untuk menulis sebuah artikel ringkas.

1. Brain-storming 
Luangkan masa antara 15 minit setiap sehari dengan menaip apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran anda.

2. Mengembangkan idea
Sediakan sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari selama 10 hari sahaja dengan menaip isi.

3. Menyusun cerita
Olah idea yang telah ditaip selama 10 hari tadi kepada sebuah cerita dengan susunan yang lebih baik.

4. Buang bahagian yang tidak ngam
Adakalanya perkara yang ditulis bagi kita adalah penting, tetapi jika tidak ngam dengan jalan cerita, maka lebih baik buangkannya.

5. Hantar kepada majalah@surat khabar/majalah-online pilihan
Perlu diingat jika kerja kita ditolak oleh editor, teruskan dengan menghantar kepada majalah lain kerana kadang-kala cerita yang ditulis tidak sesuai untuk majalah tersebut.

Nota: 
Panjang minima artikel bagi saya adalah bergantung kepada apa yang hendak diceritakan. Untuk permulaan, cuba tulis 2 muka surat A4 dengan 1.5 line-spacing dulu pada MS Word. Selepas berjaya diterbitkan, boleh mula dengan artikel dengan lebih panjang dan menarik.

Friday 19 February 2016

Job Interview

I just had my job interview on 18th February 2016..the following question were addressed (in general):

1. Tell me about yourself

2. Brief me about your past working experience

3. Please summarize on one of your product (e.g. articles, book, poster etc.)

4. Then, the interviewer gave few scenarios relating to the job position (zoology)
      a. What do you think of zoos? Do you agree or oppose to animals being kept in zoos?
      b. Which is more important? the clients or the animals?

5. How do you think you can handle this job using your past experience?


I also ask few important questions to the interviewer:

1. What is needed to be achieve within the next 3 months?

2. Is this job position available to be replaced or is the company expanding?

3. What special criteria are you really looking for to fit this job position?


The job interview took about 1 hour to end.



Thursday 21 January 2016

Apa tujuan penulisan tesis

Ada orang pernah mengajukan persoalan dalam konteks berikut:

Soalan:
Saya telah buat semua kerja yang sepatutnya, telah menerbitkan artikel di dalam jurnal, menghadiri seminar & persidangan, tetapi kenapa saya perlu tulis tesis ?

Gambaran:
Si A telah membuat sesuatu kerja dan telah menyelesaikan kerja tersebut. Pada waktu tersebut, rakan-rakan telah memuji hasil kerja beliau. Selepas 10 tahun berlalu, ada Si B mempersoalkan kerja-kerja yang telah dibuat oleh Si A. Si B beranggapan bahawa Si A tidak membuat kerja tersebut tetapi dibuat oleh pihak lain. Maka Si A tidak berkata apa-apa, terus pulang ke rumah dan mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kerja-kerja yang dipertikaikan itu dan menunjukkan kepada Si B. Si B pun baca dan terus membisu.

Jawapan:
Tesis adalah "proses yang anda telah lalui secara bertulis" dan digunakan sebagai 'bukti formal".