Friday 4 August 2017

Kaedah Mencari Rujukan untuk Penulisan Tesis dan Jurnal

Dalam mencari rujukan untuk penulisan tesis dan artikel untuk jurnal memerlukan kata kunci iaitu subjek dan disiplin yang betul. Di sini saya ingin berkongsi kaedah umum dalam mencari rujukan untuk manfaat bersama.


Kaedah A: https://scholar.google.com/



Kaedah B: https://www.google.com/



Pada masa yang sama, anda juga boleh mencari 'pakar-pakar' bagi "subjek dan disiplin" menerusi laman berikut:
a. https://www.academia.edu/
b. https://www.researchgate.net/home
c. https://scholar.google.com/citations

Nota penting: 
Dalam mencari rujukan bagi sesuatu topik, anda dinasihatkan untuk menukar pencarian subjek mahupun disiplin dan membandingkan rujukan tersebut. 

Tuesday 4 July 2017

Apa itu Little Napolean?

Sumber: http://www.dobot.com.my/?p=1010

Little Napoleon merujuk kepada penjawat awam yang berada pada sesuatu kedudukan (pangkat) tetapi tidak menghayati prinsip integriti. Dia menunjukkan kuasa dengan cara melambatkan kerja dan keputusan, dan akhirnya memberi kesan dan mencemarkan nama baik perkihdmatan. Kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Little Napolean perlu dibantu agar ia sedar dalam memahami bahawa tugas yang dipikulnya memainkan peranan yang besar dan merupakan satu ibadah. Justeru, mampu membawa negara ke arah yang lebih cemerlang.

Untuk mengetahui mengenai Little Napolean dengan lebih lanjut, boleh layari laman yang tertera di atas.





Tuesday 4 April 2017

Majalah dan Buletin

Terdapat banyak majalah dan buletin yang mengalu-alukan penulisan ilmiah, pandangan dan pendapat daripada penulis yang gemar menulis mengenai sesuatu subjek di dalam bidang Zoologi dalam Bahasa Malaysia. Di sini, saya senaraikan beberapa majalah dan buletin yang boleh dihantar untuk penilaian untuk penerbitan bercetak.

Dalam Bahasa Malaysia / Indonesia / Brunei:
1. Dewan Kosmik - Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Majalah Mata Air Indonesia
3. Majalah Sains Indonesia
4. Bahana - Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
5. Majalah Sawit Indonesia
6. Majalah 1000 Guru
7. Majalahhewan.com
8. Trubus
9. Warung Sains Teknologi - https://warstek.com/
10. Majalah Burung Pas
11. Majalah IMPAK UKM

Perkataan saintifik boleh rujuk di sini:
1. https://appsmu.ukm.my/etisas/
2. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online

Nota penting: Sediakan foto yang berkualiti



Wednesday 1 March 2017

Pemilihan jurnal untuk penerbitan

Pengenalan
Pemilihan jurnal untuk menerbitkan artikel penyelidikan kita adalah sangat penting untuk menjadi penyelidik yang berdaya saing di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, saya akan memberi panduan untuk pemilihan jurnal dalam bentuk analogi untuk difikirkan bersama:

Gambaran
Pertama, kita perlu lihat bahawa artikel kita seperti duit dan jurnal seperti tempat pelaburan. Oleh itu, kita akan melaburkan duit (artikel) kita di tempat yang berbeza. Jika tempat pelaburan (jurnal) kita bankrap (hilang prestij), maka kita masih mempunyai pelaburan duit (artikel) pada tempat lain.



Rajah 1: Jurnal yang mempunyai Impact Factor pada tahun 2008-2013 tetapi telah hilang prestij pada tahun 2014-2016. Impact factor boleh disemak dengan menaip nama penuh jurnal dan disertakan dengan perkataan 'biox'. Contoh: Sains Malaysiana biox.


Kedua, dunia ini mempunyai lebih 170 buah negara. Jika kita hendak mendapat pengiktirafan antarabangsa, adalah lebih baik menerbitkan artikel yang ditulis pada negara yang berbeza-beza tanpa melihat sangat kepada Impact Factor atau Q1-Q4/SCOPUS/DOAJ. Hal ini kerana kebanyakan jurnal tidak mahu terlibat dengan sistem 'Ranking' seperti ini. Setiap negara mempunyai cara melihat kualiti artikel dalam keadaan yang berbeza. Namun, jika tidak yakin untuk menghantar artikel ke luar negara untuk penilaian, sekurang-kurangnya hantar ke jurnal tempatan yang berlainan.


Rajah 2: Peta Dunia. Bulatan merujuk kepada negara yang telah menerima artikel saya antara tahun 2009-2017 untuk diterbitkan dalam jurnal mereka.


Ketiga, jika ingin tahu bahawa artikel yang kita terbit adalah bagus, lebih baik lihat kepada bilangan 'Citation' bagi setiap artikel yang kita tulis kerana ia menunjukkan bahawa artikel tersebut bukan ditulis dalam keadaan 'syok sendiri' tetapi dirujuk oleh penyelidik lain.


Rajah 3: Graf Citation dan h-index boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti artikel yang telah ditulis.


Renungan
Sebagai penyelidik, adalah lebih baik untuk kekalkan momentum dengan menerbitkan artikel di jurnal secara berkala dari tahun ke tahun dalam jurnal Q3/Q4 atau SCOPUS/DOAJ daripada menghabiskan kesemua 'stamina' selepas menerbitkan 1 atau 2 artikel dalam jurnal Q1/Q2. Persoalan yang anda perlu tanya diri sendiri ialah: Anda ingin berusaha untuk mendapatkan 1 pingat emas (Q1/2) atau 3 pingat gangsa (Q3/4) ?  

Wednesday 1 February 2017

Habitat Hidupan Liar Terancam?

Habitat hidupan liar kini semakin hari semakin terancam kesan daripada penerokaan hutan demi pembangunan. Antara kisah-kisah yang jelas akibat daripada aktiviti manusia terhadap hidupan liar dilaporkan oleh agensi-agensi berita tempatan:

Harimau
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/viral-sah-pak-belang-di-lpt2-wujud-1.608058

Tapir
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/tapir-pula-dikesan-lintas-lpt2-1.611932

Buaya
http://www.bharian.com.my/node/235646

Babi
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/30/wild-boar-crossing-one-killed-4-injured-in-crash/

Saya sangat berharap agar sekurang-kurangnya 50-70% hutan akan dipelihara demi pembangunan mampan dan seimbang untuk menjadi sebuah negara yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain.