Saturday 2 October 2021

Program Taklimat Sawit MPOB Lahad Datu-UiTM Tawau

Program Taklimat Sawit MPOB Lahad Datu bersama UiTM Tawau telah diadakan pada 30 September 2021. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ini mengenai aspek-aspek yang berkaitan dengan pengurusan ladang sawit. Terdapat 8 topik yang disampaikan oleh 8 staf mengikut bidang masing-masing. Hasil daripada program ini, MPOB Lahad Datu dan UiTM Tawau dapat menjalin hubungan yang baik dalam jangka panjang.

Gambarajah 1: Ketibaan MPOB Lahad Datu ke UiTM Tawau.

Gambarajah 2: Ice-breaking MPOB Lahad Datu-UiTM Tawau

Gambarajah 3: Staf MPOB memberi taklimat secara dalam talian

Gambarajah 4: Staf MPOB memberi taklimat secara bersemuka

Gambarajah 5: Pelajar menghuraikan mengenai program ini pada sesi penutupan program 

Gambarajah 6: Sesi foto bersama MPOB Lahad Datu-UiTM Tawau







Sunday 1 August 2021

Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah

Program lawatan sambil belajar ke Tanjung Labian telah diadakan pada 7 Julai 2021, yang bertujuan untuk mempelajari kaedah menternak udang dan rusa yang sedang dijalankan oleh YB Assafal. Pendedahan seperti ini boleh membuka minda untuk menjadi usahawan pada suatu hari nanti.


Rajah 1: Rumah rehat YB Assafal, DUN Tunku, Lahad Datu


Rajah 2: Penternakan rusa bertintegrasi dengan sawit yang berkeluasan 2 ekar. Rusa akan memakan dedaun dan rumpai yang terdapat di tanah dan juga di batang pokok sawit.



Rajah 3: Penternakan kolam udang berkeluasan 20 x 30 kaki yang boleh memuat sehingga 400,000 ekor udang. Kemasinan air adalah sekitar 25-28, dan penggunaan mikrob untuk mengurai tahi udang. Kos pembinaan kolam ini adalah RM15,000.


Rajah 4: Penternakan udang secara besar-besaran yang boleh mencecah sehingga RM100,000 setiap 90 hari.


Rajah 5: Saiz udang dewasa yang sudah boleh dijual. 1 kilogram sekitar RM25.






Thursday 1 July 2021

Program Vaksinasi Covid-19 2021

Sejak 18 Mac 2020, malaysia telah dilanda dengan wabak Covid-19 yang amat dasyat, dan telah melumpuhkan sistem ekonomi negara dan juga seluruh dunia. Ramai telah jatuh sakit dan juga mati disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19 ini. Pada 1 Jun 2021, Stesen Penyeldikan MPOB Lahad Datu telah menganjurkan program vaksinasi untuk seluruh warganya yang bertugas di tempat kerja ini. Program ini bertujuan untuk mencapai saranan kerajaan iaitu memastikan 70% rakyat di negara ini telah mendapatkan vaksin untuk mencapai imuniti kelompok dan akhirnya mengekang penularan Covid-19 di seluruh negara.


Rajah 1: Pendaftaran vaksin oleh staf MPOB Lahad Datu.


Rajah 2: Mengenalpasti tahap kesihatan setiap individu sebelum melaksanakan vaksinasi.


Rajah 3: Menyuntik vaksin yang mengambil masa tidak sampai 1 minit.


Rajah 4: Individu yang telah divaksin untuk dos pertama akan dipanggil semula untuk penyuntikan vaksin dos kedua selepas 2-3 minggu.


Rajah 5: Imuniti kelompok akan tercapai setelah 70% rakyat negara ini menyuntik vaksin.


Rajah 6: Suntikan vaksin dos pertama (1 Jun 2021) dan dos kedua (26 Jun 2021) telah berjaya.



 

Saturday 1 May 2021

Pertandingan Memanah Tertutup Lahad Datu 2021

Memanah merupakan satu acara sunnah yang perlu diraikan oleh masyarakat negara kita. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu” (Riwayat Bazzar & Thabarani). Terdapat banyak kelebihan dalam acara memanah ini antaranya, (i) mampu membaiki kedudukan dan keseimbangan tangan dan mata (ii) tangan dan jari menjadi lebih fleksibel (iii) membina kekuatan otot (iv) meningkatkan kesabaran dan tahap focus dan (v) merehatkan minda. Secara teorinya, acara memanah dapat melatih seseorang menjadi lebih positif, penyabar, tenang, berfikiran terbuka dan rasional dalam mengatasi masalah.

Oleh yang demikian, Kelab Sukan, Sosial dan Rekreasi MPOB Lahad Datu (KSSR) dengan kerjasama Kelab Memanah Traditional Segama Lahad Datu (SEGATRAC), dan Persatuan Memanah Lahad Datu (LADARC) telah bersepakat untuk menganjurkan Pertandingan Memanah Tertutup Lahad Datu 2021 pada 3 April 2021 bertempat di PLASMA Inn MPOB Lahad Datu. Di dalam program ini, terdapat dua kategori memanah iaitu traditional dan recurve yang dipertandingkan di dalam satu pentas. Oleh kerana terdapat peserta yang baru mengenali dan ingin berjinak dengan acara memanah ini, pihak penganjur telah bersepakat untuk melonggarkan syarat-syarat penggunaan peralatan memanah ini.


Gambar 1: Sebahagian peserta memanah yang terlibat di dalam pertandingan ini.


Gambar 2: Seramai 27 peserta kategori recurve memanah sedang beraksi.


Gambar 3: Seramai 97 peserta kategori traditional memanah sedang beraksi.


Gambar 4: Peserta MPOB yang baru belajar sukan memanah dan telah berjaya memenangi pingat.


Gambar 5: Sebahagian ahli jawatankuasa perlaksana bagi program ini.


Thursday 1 April 2021

Hari Menanam Pokok Sedunia 2021

Setiap tahun, hari menanam pokok sedunia akan diadakan pada 21 Mac 2021. Bagi meraikan hari ini, warga MPOB Lahad Datu telah mengadakan program menanam pokok hutan di dalam kawasan sawit. Di dalam Islam, Hazrat Sayyidina Jabir RA berkata, Rasullullah s.a.w bersabda, 

"Sesiapa dalam kalangan orang islam yang menanam pokok, maka apa-apa sahaja yang dimakan daripada pokok itu menjadi sedekah untk orang yang menanamnya. Apa-apa sahaja yang dicuri daripada pokok itupun menjadi sedekah, apa-apa sahaja yang dimakan oleh binatang pun menjadi sedekah, apa-apa sahaja yang dimakan oleh burung menjadi sedekah, (Ringkasnya) Apa-apa sahaja daripada pokok itu yang diambil untuk apa-apa manfaat menjadi sedekah (Untuk si penanam)" (HR Muslim).


Gambar 1: Bacaan doa untuk mendapat berkat bagi program ini.


Gambar 2: Peserta turun untuk meraikan program ini secara sukarela.


Gambar 3: Ketua Stesen MPOB Lahad Datu menanam anak pokok.


Gambar 4: Anak pokok hutan yang dibeli dari INFPRO pada harga RM3-RM10.


Gambar 5: Peserta yang terlibat menyambut Hari Tanam Pokok Sedunia 2021 di Stesen Penyelidikan MPOB Lahad Datu.