Saturday 1 January 2022

Pemimpin Berwibawa

Encik Ahmad Afandi Murdi merupakan Ketua Stesen MPOB Lahad Datu dari tahun 2013 hingga 2021. Saya berpeluang mengenali beliau semasa saya dipindahkan dari Ibu Pejabat MPOB Bangi ke MPOB Lahad Datu pada 6 Ogos 2018. Selama 3 tahun bersama beliau di MPOB Lahad Datu, saya telah melihat karisma beliau sebagai pemimpin yang berwibawa. Jadi, apakah kelebihan yang menyebabkan beliau disegani, dihormati dan disayangi oleh warga MPOB Lahad Datu?


Beliau merupakan tokoh pemimpin yang dihormati, dan disayangi kerana:

1. Sentiasa mengamalkan sikap rendah diri, tidak ego, mudah didekati untuk bersembang, berkongsi pandangan dan pencapaian dengan beliau. Jika beliau tidak tahu mengenai sesuatu perkara, beliau akan bertanya dan belajar dengan sesiapa saja tidak kira orang itu adalah pekerja bawahan.

2. Beliau tidak pernah mengharapkan untuk dihormati walaupun sudah berumur, berpendidikan, berpangkat dan berjawatan tinggi. 

3. Ikhlas dalam sedaya upaya membantu mencari penyelesaian secara berhikmah dari masalah kecil hingga yang sukar untuk diselesaikan. Beliau bersikap empati, pendengar yang baik dan sentiasa memahami masalah yang diadukan.

4. Walaupun bukan bidang tugas staf itu, beliau akan sentiasa memberi peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja untuk mengasah bakat, belajar dan meningkatkan kemahiran supaya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan oleh orang lain 

5. Bersangka baik dan tidak memandang serong atau negatif kepada sesiapa yang terlibat dengan apa-apa tuduhan mahupun yang telah menerima hukuman, tetapi mencari titik kebaikan yang ada pada orang itu supaya dia boleh belajar daripada kesilapannya.


Gambarajah 1: Ahmad Afandi Murdi merupakan mentor dan guru saya dari 6 Ogos 2018 hingga 26 November 2021 di MPOB Lahad Datu.


Gambarajah 2: Majlis perpisahan bersama beliau pada 24 November 2021 di Dewan PLASMA MPOB Lahad Datu


Gambarajah 3: Memotong kek selepas 25 tahun berkhidmat di MPOB Lahad Datu.


Gambarajah 4: Saya dengan rakan sekerja menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kami kepada beliau.


Gambarajah 5: Kenangan bersama keluarga MPOB Lahad Datu 2021


Gambarajah 6: Hari terakhir beliau di pejabat Ketua Stesen MPOB Lahad Datu


Gambarajah 7: Sebahagian besar warga MPOB Lahad Datu mengiringi beliau hingga ke lapangan terbang Lahad Datu

#Biar Jasa Jadi Kenangan


Firman Allah s.w.t,
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (Asy-Syura, 20)



Sepanjang lima tahun perkhidmatan saya di MPOB, ketua akan sentiasa bersilih ganti, namun pemimpin yang berwibawa, dihormati dan disayangi seperti Ahmad Afandi Murdi ini sangat sukar untuk dijumpai. Kerana itu, saya menulis artikel ini.

Wednesday 1 December 2021

Archery 3D Challenge Lahad Datu 2021



Pada 20 November 2021, Kelab Pemanah Segangan (PSG) telah menganjurkan pertandingan 'Archery 3D Challenge' terbuka Sabah. Pertandingan ini menyaksikan pemanah kategori traditional dan barebow dari negeri Sabah. Peserta perlu menyasarkan "haiwan-haiwan 3D" dan juga "target face" yang pelbagai bentuk dan jarak yang tidak diketahui. Format pertandingan ini melibatkan 11 checkpoint bagi haiwan-haiwan 3D dan 8 checkpoint bagi sasaran taktikal.


Gambarajah 1: Penganjur sedang memberi taklimat sebelum acara bermula.


Gambarajah 2: Peserta barebow yang sentiasa ceria sepanjang acara ini berlangsung.


Gambarajah 3: Peserta barebow lelaki dan wanita.


Gambarajah 4: Sebahagian daripada peserta yang terlibat bersama penaja daripada Jabatan Ketua Menteri Sabah


Menang kalah merupakan adat pertandingan, tetapi yang lebih utama adalah menjalinkan ukhwah di kalangan peserta yang terlibat di dalam acara ini. Akhir kata, belajar memanah merupakan antara aktiviti sunnah yang dituntut dalam Islam. Diharapkan acara seperti ini boleh menghidupkan sunnah dalam jangka masa panjang.



Monday 1 November 2021

Bukit Belacon, Lahad Datu, Sabah

Bukit Belacon yang terletak di Segama, Lahad Datu ini merupakan tempat rekreasi untuk para peminat yang suka mendaki. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak. Ramai pengunjung akan bergerak seawal jam 5.30 pagi untuk sampai ke puncak kerana ingin melihat terbitnya matahari.


Gambarajah 1: Laluan untuk mendaki Bukit Belacon.

Gambarajah 2: Puncak Bukit Belacon.

Gambarajah 3: Para pendaki yang pelbagai latar belakang mampu sampai ke puncak.

Gambarajah 4: Bukit Belacon sangat kondusif untuk dilawati untuk yang baru berjinak untuk mendaki.


Saturday 2 October 2021

Program Taklimat Sawit MPOB Lahad Datu-UiTM Tawau

Program Taklimat Sawit MPOB Lahad Datu bersama UiTM Tawau telah diadakan pada 30 September 2021. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ini mengenai aspek-aspek yang berkaitan dengan pengurusan ladang sawit. Terdapat 8 topik yang disampaikan oleh 8 staf mengikut bidang masing-masing. Hasil daripada program ini, MPOB Lahad Datu dan UiTM Tawau dapat menjalin hubungan yang baik dalam jangka panjang.

Gambarajah 1: Ketibaan MPOB Lahad Datu ke UiTM Tawau.

Gambarajah 2: Ice-breaking MPOB Lahad Datu-UiTM Tawau

Gambarajah 3: Staf MPOB memberi taklimat secara dalam talian

Gambarajah 4: Staf MPOB memberi taklimat secara bersemuka

Gambarajah 5: Pelajar menghuraikan mengenai program ini pada sesi penutupan program 

Gambarajah 6: Sesi foto bersama MPOB Lahad Datu-UiTM Tawau







Sunday 1 August 2021

Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah

Program lawatan sambil belajar ke Tanjung Labian telah diadakan pada 7 Julai 2021, yang bertujuan untuk mempelajari kaedah menternak udang dan rusa yang sedang dijalankan oleh YB Assafal. Pendedahan seperti ini boleh membuka minda untuk menjadi usahawan pada suatu hari nanti.


Rajah 1: Rumah rehat YB Assafal, DUN Tunku, Lahad Datu


Rajah 2: Penternakan rusa bertintegrasi dengan sawit yang berkeluasan 2 ekar. Rusa akan memakan dedaun dan rumpai yang terdapat di tanah dan juga di batang pokok sawit.



Rajah 3: Penternakan kolam udang berkeluasan 20 x 30 kaki yang boleh memuat sehingga 400,000 ekor udang. Kemasinan air adalah sekitar 25-28, dan penggunaan mikrob untuk mengurai tahi udang. Kos pembinaan kolam ini adalah RM15,000.


Rajah 4: Penternakan udang secara besar-besaran yang boleh mencecah sehingga RM100,000 setiap 90 hari.


Rajah 5: Saiz udang dewasa yang sudah boleh dijual. 1 kilogram sekitar RM25.






Thursday 1 July 2021

Program Vaksinasi Covid-19 2021

Sejak 18 Mac 2020, malaysia telah dilanda dengan wabak Covid-19 yang amat dasyat, dan telah melumpuhkan sistem ekonomi negara dan juga seluruh dunia. Ramai telah jatuh sakit dan juga mati disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19 ini. Pada 1 Jun 2021, Stesen Penyeldikan MPOB Lahad Datu telah menganjurkan program vaksinasi untuk seluruh warganya yang bertugas di tempat kerja ini. Program ini bertujuan untuk mencapai saranan kerajaan iaitu memastikan 70% rakyat di negara ini telah mendapatkan vaksin untuk mencapai imuniti kelompok dan akhirnya mengekang penularan Covid-19 di seluruh negara.


Rajah 1: Pendaftaran vaksin oleh staf MPOB Lahad Datu.


Rajah 2: Mengenalpasti tahap kesihatan setiap individu sebelum melaksanakan vaksinasi.


Rajah 3: Menyuntik vaksin yang mengambil masa tidak sampai 1 minit.


Rajah 4: Individu yang telah divaksin untuk dos pertama akan dipanggil semula untuk penyuntikan vaksin dos kedua selepas 2-3 minggu.


Rajah 5: Imuniti kelompok akan tercapai setelah 70% rakyat negara ini menyuntik vaksin.


Rajah 6: Suntikan vaksin dos pertama (1 Jun 2021) dan dos kedua (26 Jun 2021) telah berjaya.