Saturday 1 July 2023

Poster umum artropoda di Malaysia

Terdapat banyak kaedah dalam memberi infomasi untuk menarik orang tempatan dalam mengenali dan menghargai hidupan liar yang terdapat di negara ini. Di sini, saya ingin menyenaraikan poster dalam dwi-bahasa yang boleh dimuat turun daripada Researchgate di bawah nama Dzulhelmi Nasir:

1. Labah-labah Malaysia @ Spiders of Malaysia, oleh Rimba Ilmu Botanical Garden Universiti Malaya, 2013

2. Kupu-kupu & rama-rama Malaysia @ Butterflies & moths of Malaysia, oleh Science Bridge Academy, 2015

3. Pepatung & pepatung jarum Malaysia @ Dragonflies & damselflies of Malaysia, oleh Malaysian Nature Society, 2016

4. Kumbang Malaysia @ Beetles of Malaysia, oleh Centre for Insect Systematics Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

5. Kumbang pendebunga sawit @ Oil palm pollinating weevil, oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018

6. Tarantula Malaysia @ Malaysia tarantula, oleh Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020

7. Serangga Malaysia @ Malaysian Insects, oleh Universiti Malaysia Sabah, 2021

Thursday 1 June 2023

Taktik Scammer

Pada 28 April 2023, jam 12.30pm hari jumaat, saya telah dihubungi pihak yg mengaku diri daripada bank HSBC. Ia menyatakan bahawa saya ada akaun HSBC yg perlu pengesahan saya untuk memindahkan duit ke akaun lain. Saya beritahu yg saya tak pernah ada akaun HSBC. Dia (scammer) membaca butiran nama penuh dan telefon nombor saya dan "akaun HSBC" saya. Kemudian, scammer beritau ada 3 transaksi dah belaku sejak awal Januari 2023 di bawah nama saya dari HSBC ni.

Scammer HSBC beritahu saya dah kena "SCAM". Scammer telah guna nama, IC dan butir peribadi saya untuk buka akaun HSBC. Dan menakutkan saya bahawa ada "loan lain" yg mungkin ada di bawah nama saya. Kemudian scammer HSBC sambungkan talian ke Bank Negara Malaysia (BNM)untuk menyelesaikan isu ni.

Saya tak syak apa-apa scammer ini kerana akaun saya pernah kena hack oleh scammer luar negara. Tapi duit tu dapat semula kerana pihak bank bertanggungjawab kat bank kita. Jadi, saya betul-betul ingat scammer HSBC ni sedang beritahu perkara betul.

Sejurus talian sambung ke scammer BNM, dia perkenalkan diri sebagai Benjamin, Pegawai BNM. Maka, saya minta dia telefon semula guna nombor ofis (+03). Benjamin pun letak dan dial pakai nombor ofis +03 scammer BNM. 

Gambar 1: Dapat sijil begini memang pasti dari scammer. Bank tidak akan berurusan dengan cara ini. Bank akan pos dokumen jika urusan rasmi. Bank juga tidak akan pakai nombor HP untuk berurusan dengan pelanggan.


Pada masa ni, Benjamin mula baca info peribadi saya, dan saya mula percaya bahawa saya kena scam oleh Scammer HSBC. Tanpa sedar, Benjamin juga adalah geng scammer HSBC. Dia menerangkan mengenai Kad kredit saya masa buat Paywave telah digodam, dan pihak scammer guna data tu untuk buka akaun guna nama saya. Benjamin juga meminta saya memberitahu akaun apa saya ada, jumlah duit dalam akaun bagi setiap bank dengan alasan, apa-apa akaun bank yg tak disebut akan diblok terus oleh BNM. Pada masa ni, Benjamin beritahu dia akan pas kepada rakan BNM bernama Tiara yang pakar dalam urusan scammer.

Pada mulanya, saya hairan kenapa Tiara minta nombor kad kredit, nombor debit kad. Alasan Tiara ialah untuk blok akaun lain yang bukan di bawah nombor yang saya berikan.  Untuk meyakinkan saya, Tiara beritahu sejak tahun 2023, terlalu kerap scammer memperdaya orang awam dan berjaya menipu dengan taktik pelbagai. Dan BNM akan membuat kenyataan rasmi untuk kita tak guna Paywave untuk bayaran pada bulan Jun 2023. Saya pun fikir, macam betul dan logik kerana pernah tengok cara paywave boleh digodam di TikTok.


Gambarajah 2: Bank Negara Malaysia tidak akan beri maklumat secara WhatsApp atau sosial media. Jika dapat call dari bank, terus beritahu akan datang ke cawangan terdekat dan berurusan di kaunter walaupun scammer kata mustahak.

Tiba-tiba saya dapat notifikasi SMS dengan nombor TAC. Tiara tak minta nombot TAC, tetapi minta saya baca perkataan satu per satu pada SMS itu. Saya tak sedar saya tengah membaca nombor TAC itu kepada Tiara. Saya tanya kenapa ada Shopee Mobile, Tiara jawab, ni dummy SMS BNM untuk lihat sama ada SMS ni digodam juga oleh scammer atau tidak..2x dia berjaya minta saya baca nombor TAC itu untuk pembelian barangan dari Shoppee melalui kredit kad dan debit kad. Tiara tak dapat beli barang lebih dari RM5000 kerana saya letak limit 1 hari penggunaan duit dari akaun adalah RM5000 sehari saja.


Gambarajah 3: Jangan sesekali beri TAC, nombor PIN dan Password. Bank juga tidak akan meminta nombor akaun, jumlah duit dalam bank, nombor kredit kad,debit kad dan username internet banking daripada pelanggan kerana pihak bank boleh akses maklumat tu hanya dengan minta nombor kad pengenalan pelanggan. Pihak bank tidak akan minta info ni daripada pelanggan melalui telefon. Data kita dah ada dalam bank itu sendiri.




Gambarajah 4: Terus hubungi pihak bank atau NSRC untuk blok akaun dan kredit kad kita jika rasa telah kena scam. Kadangkala kita terpukau oleh scammer, dan hanya sedar selepas dah berlaku.


 

Monday 1 May 2023

Eid Mubarak @ Sunway Lagoon

 

Fig 1: Family gathering at Sensory Residence, Southville City


Fig 2: Syawal Lagoon 22 May 2023


Fig 3: Vuvuzela, world largest water entrance


Fig 4: Water slide


Fig 5:  Buy Quack Express to cut line and save time.


Fig 6: Night Park 8.00-11.00pm


Fig 7: Best water ride for family


Fig 8: Night roller coaster


Fig 9: There were two night shows



Fig 10: RM139 ticket for all ride + RM85 Quack Xpress is worth it







Thursday 30 March 2023

Mini Zoo Taman Teruntum, Pahang

Dinosaur Encounter @ Mini Zoo Taman Teruntum telah menjadi zoo hibrid antara benda hidup dan hidupan robotik. Harga tiket dewasa (RM29) dan kanak-kanak (RM26). 


Gambarajah 1: Pintu utama


Gambarajah 2: Peta keseluruhan 


Gambarajah 3: T-rex sebagai tarikan utama apabila masuk ke taman ini. 


Gambarajah 4: Dinosour akan bergerak apabila kita lalu kawasan itu. 


Gambarajah 5: Ada tempat untuk bergambar bersama keluarga


Gambarajah 6: harga untuk VR ni berasingan dengan tiket masuk. 


Gambarajah 7: Terdapat show untuk kanak-kanak


Gambarajah 8: Saiz dinosour sangat besar jika dibandingkan dengan manusia

 

Friday 3 March 2023

Program FGV-USM-AMCO-KADA dengan Pesawah

Pada 21-24 Februari 2023, FGV dan Universiti Sains Malaysia telah mengadakan program dengan KADA untuk melihat masalah tikus perosak di kawasan padi sawah. Program ini bertujuan untuk memberi infomasi mengenai kaedah mengawal tikus perosak secara biologi (burung hantu) dan kimia (racun tikus). Tikus perosak utama yang dikesan merosakkan hasil tanaman padi adalah spesies Tikus Sawah Rattus argentiventer. Kami berharap agar pesawah dapat sedikit sebanyak ilmu berkaitan kawalan tikus perosak di kawasan padi.
 

Gambarajah 1: Taklimat FGV mengenai racun tikus BUTIK S untuk mengawal tikus perosak di padi.


Gambarajah 2: Ceramah mengenai kawalan tikus perosak oleh Dr Hasber Salim dari Barn Owl Research Group (BORG), Universiti Sains Malaysia (http://borg.usm.my/).


Gambarajah 3: FGV dan USM turun ke lapangan untuk melihat masalah tikus perosak di sawah padi.


Gambarajah 4: Pasukan FGV, USM dan AMCO di sawah padi, Bachok, Kelantan.


Gambarajah 5: Demonstrasi racun tikus BUTIK S yang diberikan kepada tikus perosak.


 

Wednesday 1 February 2023

Places to visit in Perak

There are many places of interest in Perak, and due to limited time and budget, its best to visit some places with your family. These places of interest that you may visit during weekend are as follows:


Fig.1: Birch Memorial Clock Tower, Ipoh - Built in 1909 at $25,000


Fig.2: Perak Tong Cave Temple, Ipoh - Buddhism and Hinduism statue can be seen inside this cave.


Fig.3: Gunung Lang Recreational Park, Ipoh - Boat ride (RM3) and a walk in the park


Fig.4: Lao Zi Temple, Ipoh - Has the longest dragon trail in Malaysia


Fig.5: Lao Zi Temple, Ipoh - Dinosour and animal statues are also displayed


Fig.6: Gaharu Tea Valley, Gopeng - Malaysia's largest Gaharu plantation


Fig.7: Gaharu Tea Valley, Gopeng -Tour ride 45-minutes (RM10) inside the Gaharu plantation


Fig.8: Victoria Bridge, Kuala Kangsar - Opened in year 1900


Fig.9: Victoria Bridge, Kuala Kangsar - 351 meters long

Sunday 1 January 2023

Destinasi Perlancongan di Sekitar Pahang

Terdapat destinasi perlancongan yang boleh membawa keluarga dan rakan-rakan untuk pergi bercuti. Dengan merancang masa bagi setiap destinasi dengan baik, anda berpeluang untuk melawat beberapa tempat menarik ini dalam masa 3 hari 2 malam di kawasan Jengka, Temerloh dan Kuala Gandah.

Menyambut Hari Gajah Sedunia pada 12 Ogos 2022 di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.


Pertunjukan gajah pada jam 10.30 pagi. Masuk percuma dan boleh juga memberi gajah makan dengan harga tebu RM3 seikat.


Lanchang Deerland Park dalam 15 minit dari Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah. Harga tiket bawah RM15 untuk seorang dewasa.


Ada hidupan lain juga seperti mini zoo di Lanchang Deerland Park.


Gua Gelanggi di Tekam, Pahang. Sejarah orang zaman dulu yang tinggal di Gua ini. RM5 untuk seorang.


Menaiki bot untuk ke perkampungan orang asli di Taman Negara. Harga bot yang muat 5 orang ialah RM160 untuk 1 bot. Pejalanan sungai ini sangat mendebarkan dan seronok kerana bot bergerak melawan arus, dan percikan air yang banyak akan terkena kita. Jadi, bawa 1 set pakaian baru untuk salin.


Perkampungan orang asli di Taman Negara. 


Titian gantung (canopy walk), meredah hutan (jungle trekking) dan air terjun ada di Taman Negara.


Galeri Mat Kilau ada di Tekam, Pahang. Harga tiket RM5 untuk seorang.


Titik tengah semenanjung berada di Temerloh, dan boleh kelihatan di tepi jalan utama.


Tugu ini menghala ke arah kiblat.


Daya tarikan di dalam kawasan Titik Tengah Semenanjung ialah suasana untuk penggambaran.


Jengka Wonderland @ Taman Tema Air yang sangat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. RM15 untuk seorang