Ramai di kalangan pelajar mahupun pensyarah tidak dapat membezakan di antara TAXA (cth:
mammal, reptiles, amphibians, insects, invertebrates, birds dsb) dan BIDANG (cth: c
ommunity ecology, behavior, taxonomy, genetic diversity, phylogenetic dsb).
Maka saya akan terangkan secara am perbezaan mengenai TAXA dan BIDANG ini. Sebagai contoh, saya ingin mengkaji mengenai
behavioural ecology (BIDANG) untuk labah-labah (TAXA), Maka labah-labah (TAXA) digunakan sebagai MODEL untuk menguasai
disiplin ilmu dalam
behavioural ecology (BIDANG).
Jika saya ingin mengkaji t
axonomy (BIDANG) untuk labah-labah (TAXA), saya perlu mempelajari
disiplin ilmu dalam bidang
taxonomy (BIDANG) pula bagi menguasai disiplin ilmu tersebut. Maka, saya tidak boleh mengatakan saya adalah PAKAR LABAH-LABAH hanya kerana saya mempelajari mengenai labah-labah (TAXA) kerana saya hanya menguasai
SATU sahaja
disiplin ilmu iaitu dalam
taxonomy (BIDANG).
Sebagai contoh , jika ada sesiapa yang ingin mempelajari mengenai labah-labah (TAXA), tetapi mengenai
community ecology (BIDANG), dia hanya boleh merujuk kepada saya untuk mengenali spesies labah-labah (TAXA) tersebut, dan perlu MERUJUK kepada AHLI di dalam
community ecology (BIDANG) untuk memahami BIDANG tersebut.
Sama juga, jika saya ingin mengkaji
phylogenetic (BIDANG) mengenai labah-labah (TAXA), saya perlu merujuk kepada AHLI di dalam
phylogenetic (BIDANG) dan bukan kepada AHLI yang pernah mengkaji
gene expression atau
molecular cloning (BIDANG) hanya kerana perkataan
genetic atau
molecular yang ada di dalam BIDANG tersebut.
Oleh yang demikian, jika saya ingin mempelajari mengenai
community ecology (BIDANG) dan menggunakan burung (TAXA) sebagai MODEL untuk memahami
disiplin ilmu dalam BIDANG tersebut, adakah saya perlu merujuk kepada orang yang pernah mengkaji BURUNG (TAXA) atau orang yang telah memahami
disiplin ilmu dalam
community ecology (BIDANG) ?
Jawapannya, sudah pasti saya perlu merujuk kepada AHLI yang telah memahami
community ecology (BIDANG),
behavioural ecology (BIDANG) jika berkaitan, dan juga yang memang mengenali mengenai spesies-spesies burung (TAXA) tersebut.
Maka, untuk mengenali siapa yang AHLI di dalam BIDANG tersebut, cari artikel yang telah ditulis dan diterbitkan sebagai penulis pertama (
1st author) oleh AHLI tersebut untuk lebih meyakinkan. Hal ini kerana kebiasaannya
1st author telah melalui
PROSES yang paling banyak untuk menguasai
DISIPLIN ILMU di dalam
BIDANG itu dan juga dalam menjayakan penerbitkan artikel tersebut.