Thursday, 19 March 2026

Ramadan dan Hari Raya 2026

Di Malaysia, puasa bermula pada 18 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026. Pada tahun ini, pelbagai program telah dilaksanakan. Saya merasai nikmat dan kesyukuran kerana dapat melaksanakan ibadah puasa di samping mengadakan outreach program bersama masyarakat.

Gambarajah 1: Berbuka puasa dengan keluarga di Keramat, Kuala Lumpur.


Gambarajah 2: Majlis penyampaian saguhati kepada asnaf FGV-FELDA.


Gambarajah 3: Majlis penyampaian saguhati & duit raya dari Divisyen R&D dan Execlub kepada asnaf Pertubuhan Anak-anak Yatim Baitul Izzah, Temerloh.


Gambarajah 4: Perasmian surau An-Najah kompleks Kota Gelanggi, Jengka.


Gambarajah 5: Foto sempena Hari Raya di PPPTAR


Gambarajah 6: Jabatan IPM & WC.


Puasa di bulan Ramadan dan Hari Raya tahun ini sangat bermakna dalam hidup, dan telah membuka minda saya untuk sentiasa berharap dan tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH dalam apa jua keadaan.

Sunday, 1 February 2026

Majlis Apresiasi Petugas Zon PPPTAR 2025

Setelah bertugas di FGV Zon PPPTAR bermula 1 Jun 2022 hingga kini, saya telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membangunkan PPPTAR. Dengan sokongan En.Zaharuddin Mohd Said, Ketua PPPTAR dan Hj.Hisham Hamid, CEO FGVRD, banyak projek-projek dan program kemasyarakatan telah berjaya dilaksanakan. 

Kejayaan ni juga adalah kerana dorongan dan sokongan keluarga dan isteri yang saya kasihi. Saya sangat beruntung kerana mendapat mereka dalam hidup ni.

Gambarajah 1: Komiti Majlis Apresiasi Petugas

Gambarajah 2: Seramai 950+ petugas hadir pada majlis ini.

Setelah 3 tahun berlalu, dengan usaha yang konsisten dan sokongan masyarakat tempatan, saya telah dinobatkan untuk menerima anugerah petugas terbaik FGV R&D. Antara kriteria penting yang dinilai adalah projek yang berjaya dilaksanakan, sukan yang disertai, idea yang membawa pembaharuan, dan inovasi yang boleh diimplementasi di FGV.

Gambarajah 3: Anugerah petugas terbaik FGV R&D Sdn Bhd.

Gambarajah 4: Sijil, voucher Mydin dan plak

Pada majlis ini juga, terdapat persembahan daripada petugas FGV PPPTAR iaitu kumpulan Ex-hausted yang diketuai oleh Mohamad Faris (Gambarajah 5). Kumpulan band ini telah mempersembahkan 3 buah lagu iaitu (i) have you ever seen the rain (ii) realiti insan dan (iii) Panah beracun.

Gambarajah 5: Mohamad Faris sebagai vokalis

Kemudian, persembahan oleh Fakhrul Illusionz yang mempamerkan pelbagai silap mata yang sangat mempesonakan warga PPPTAR (Gambarajah 6). Lebih 10 silap mata yang dipersembahkan dalam 20 minit ini telah menjadi daya tarikan pada majlis apresiasi ini.

Gambarajah 6: Fakhrul Illusionz

Saturday, 3 January 2026

Great British Circus: Legend of the sea

 The show tours at Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur from 5 Dec 2025 until 11 Jan 2026, and the move to Juru Auto City, Penang from 16 Jan 2026 until 8 Feb 2026. The ticket price range from RM40 and RM150. The Great British Circus often perform at Malaysia since 2014, bringing new theme to the audience to cherish the moments.

Fig.1: Family members with the main character.

Fig.2: Acrobatic.

Fig.3: Singing.

Fig.4: Juggling

Fig.5: Dancing

Fig.6: Family members with performer

Fig.7: Family members

For more information: https://www.greatbritishcircus.com/buy-tickets