Sunday, 1 February 2026

Majlis Apresiasi Petugas Zon PPPTAR 2025

Setelah bertugas di FGV Zon PPPTAR bermula 1 Jun 2022 hingga kini, saya telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membangunkan PPPTAR. Dengan sokongan En.Zaharuddin Mohd Said, Ketua PPPTAR dan Hj.Hisham Hamid, CEO FGVRD, banyak projek-projek dan program kemasyarakatan telah berjaya dilaksanakan. 

Gambarajah 1: Komiti Majlis Apresiasi Petugas

Gambarajah 2: Seramai 950+ petugas hadir pada majlis ini.

Setelah 3 tahun berlalu, dengan usaha yang konsisten dan sokongan masyarakat tempatan, saya telah dinobatkan untuk menerima anugerah petugas terbaik FGV R&D. Antara kriteria penting yang dinilai adalah projek yang berjaya dilaksanakan, sukan yang disertai, idea yang membawa pembaharuan, dan inovasi yang boleh diimplementasi di FGV.

Gambarajah 3: Anugerah petugas terbaik FGV R&D Sdn Bhd.

Gambarajah 4: Sijil, voucher Mydin dan plak

Pada majlis ini juga, terdapat persembahan daripada petugas FGV PPPTAR iaitu kumpulan Ex-hausted yang diketuai oleh Mohamad Faris (Gambarajah 5). Kumpulan band ini telah mempersembahkan 3 buah lagu iaitu (i) have you ever seen the rain (ii) realiti insan dan (iii) Panah beracun.

Gambarajah 5: Mohamad Faris sebagai vokalis

Kemudian, persembahan oleh Fakhrul Illusionz yang mempamerkan pelbagai silap mata yang sangat mempesonakan warga PPPTAR (Gambarajah 6). Lebih 10 silap mata yang dipersembahkan dalam 20 minit ini telah menjadi daya tarikan pada majlis apresiasi ini.

Gambarajah 6: Fakhrul Illusionz

No comments:

Post a Comment