Wednesday 23 December 2015

Pembantu penyelidik atau guru ganti / guru tuition: Yang mana berbaloi?

Sejak kebelakangan ini, saya seringkali terfikir berapa banyak upah yang selayaknya diterima sebagai pembantu penyelidik (Research assistant@RA) di universiti. Hal ini kerana ramai yang berkata bahawa ia bergantung kepada geran yang diterima. Tetapi berapa ramai yang tahu akan hal ini?

Sebagai contoh, saya mendapat geran untuk membayar upah kepada RA sebanyak RM2000 sebulan untuk setiap seorang. Tetapi kerana saya memerlukan 'man power' sebanyak 2 orang, maka saya akan 'upah' setiap seorang sebanyak RM1000 dan menjadikan jumlahnya sebanyak RM2000 juga.

Katakan jika saya bekerja sebagai RA dan mendapat upah sebanyak RM1500, maka saya sebenarnya mendapat upah sebanyak RM75 sehari x 20 hari bekerja. Namun, tugas RA bukan seperti waktu pejabat yang bekerja selama 6-8 jam sehari, tetapi ia memerlukan usaha yang lebih dari itu, termasuk memikirkan mengenai projek itu apabila berada di rumah.

Kini, saya bandingkan pula dengan tugas sebagai guru ganti yang akan mendapat upah sebanyak RM100 sehari jika bekerja. Apabila pulang dari tempat kerja, kita tidak perlu berfikir lagi mengenai kerja kita yang ada di sekolah. Kita juga boleh mendapat sebanyak RM100 sehari x 20 hari = RM2000 sebulan.

Begitu juga jika bekerja sebagai guru tuition yang diupah sebanyak RM25-RM40 sejam. Hanya bekerja selama 2 jam x 20 hari = RM1000 dalam sebulan. Selain itu, kita juga mempunyai masa yang lebih banyak di waktu pagi berbanding dengan tugas sebagai RA.

Ini hanya pandangan. Fikir-fikirkanlah.

Sunday 13 December 2015

Job Hunting for Wildlife Biologist / Zoologist

During my job hunting for the field in wildlife biologist@zoologist in Malaysia, I came across several companies, organization and department that provides an opportunity to work with. Here are of the few that exists in Malaysia:

1. Malaysian Nature Society @ Kelab Pencinta Alam (MNS)
2. World Wildlife Fund Malaysia (WWF)
3. Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS)
4. Rimba (myrimba.org)
5. Dark Cave Malaysia (www.darkcavemalaysia.com)
6. Zoo Melaka
7. Zoo Negara
8. Marecet (marecet.org)
9. Global Environment Centre (www.gec.org.my)
10. Entopia by @ Penang butterfly farm (www.butterfly-insect.com)
11. Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
12. Department of Wildlife and National Park (PERHILITAN)
13. Apemalaysia (www.apemalaysia.com)
14. Ecoteer (http://ecoteerresponsibletravel.com/about-ecoteer/careers/)
15. Friends of the Orangutan (FOTO) (http://www.fotomalaysia.org/)
16. Rentokil (http://www.rentokil.com.my/careers/)
17. Malaysian Palm Oil Board (http://www.mpob.gov.my/)
18. Malaysian Cocoa board (www.koko.gov.my/)

Tuesday 24 November 2015

Memandulkan haiwan peliharaan satu penyelesaian?

Ramai di kalangan masyarakat Malaysia yang berminat untuk memelihara kucing di rumah. Namun, terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi. Antaranya:

1. Kucing jantan:
    a. Membuat 'marking' pada usia seawal 1 tahun pada tempat tertentu di dalam mahupun di luar rumah. Ini membuatkan rumah berbau dan 'marking' adalah dikategorikan sebagai najis (tidak boleh buat solat jika terkena).

    b. Sering bergaduh dengan jantan lain untuk menjaga 'kawasan'. Ia akan cedera selalu dan perlu mendapatkan rawatan, maka perlu penjagaan yang sewajarnya


2. Kucing Betina:
    a. Mengandungkan anak-anak kucing dengan kerap, maka kerja menjaga ibu kucing beserta dengan anak-anak kucing yang baru menjadi satu cabaran.

    b. Anak-anak kucing yang lahir akan membesar, dan proses kelahiran ini akan berterusan.

Oleh yang demikian, memandulkan kucing peliharaan dapat membantu banyak perkara terutamanya dalam mengurangkan cabaran yang dihadapi di atas.


Kucing yang baru dimandulkan tidak akan membuat lagi 'marking' pada bucu rumah. Ia juga akan lebih manja dengan tuannya. Maka, amatlah penting untuk tuannya bermain dengan kucing ini selama 1 jam setiap hari bagi mengisi masa kucing ini.

Monday 16 November 2015

Kamera: Satu keperluan untuk ahli zoologi

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kamera amat diperlukan oleh ahli zoologi untuk mendapatkan detik-detik penting semasa pengembaraan dalam mengkaji sesuatu subjek. Malangnya, rata-rata dari kalangan ahli zoologi tidak mempunyai alat ini dengan sebab-sebab tertentu. Antaranya, kekurangan kewangan, tidak berminat untuk belajar teknik fotografi dan juga tidak tahu kepentingan kamera.

Harga keperluan kamera asas dalam RM800-RM1300 (second-hand). 

Bagi pendapat saya, adalah lebih baik membeli kamera second-hand daripada berbelanja untuk membeli kamera yang baru bagi ahli zoologi yang baru berjinak dengan fotografi. Hal ini kerana "orang yang menangkap foto dengan teknik yang betul adalah lebih penting daripada kamera baru yang belum tentu kita tahu menggunakannya dengan teknik yang betul"


Boleh cari kamera second-hand di Malaysia:
1. www.mudah.my
2. www.lelong.com.my


Monday 26 October 2015

Pemandu Pelancong (Nature guide): Pekerjaan yang menarik

Terdapat pekerjaan yang boleh memupuk minat dan mendalami ilmu pengetahuan di dalam bidang Zoologi iaitu sebagai pemandu pelancong (Nature guide). Pekerjaan ini pada mulanya nampak seperti pekerjaan rutin biasa tetapi pada hakikatnya, ia mampu meluaskan ilmu pengetahuan kita sendiri setiap kali bertemu dengan flora & fauna yang terjumpa di depan mata. Hal ini kerana sebagai pemandu pelancong, kita perlu berkongsi ilmu & menerangkan serba-sedikit mengenai flora & fauna yang terjumpa semasa membawa pelancong.

Kadang-kala, kita tidak mempunyai ilmu mengenai flora & fauna yang terjumpa di depan mata pada ketika itu. Maka amat perlu memberitahu kepada pelancong bahawa kita 'tidak tahu' daripada 'buat-buat tahu' akan subjek yang dijumpai itu. Namun, apabila pulang ke rumah, kita sebagai pemandu pelancong perlu mencari rujukan untuk mengetahu serba-sedikit mengenai subjek yang dijumpai itu. Hanya dengan cara ini, kita mampu menimba ilmu pengetahuan yang lebih luas mengenai flora & fauna yang 'perlu diketahui' di kawasan tersebut daripada membaca 'semua' dan tidak dapat dipraktikkan.

Yang menarik ialah terdapat ramai pelancong asing yang suka memberi 'tips (duit lebih)' kepada pemandu pelancong jika mereka merasakan kita menjalankan tugas dengan baik.

Terdapat peluang pekerjaan sebagai pemandu pelancong yang menarik iaitu:
a. Dark Caves (Batu Caves), Selangor
b. Taman Negara Bako, Mulu & Niah, Sarawak


Saturday 17 October 2015

Buku rujukan bergambar

Memang tidak dinafikan bahawa pengecaman spesies memerlukan deskripsi terperinci mengenai ciri-ciri morfologi sesuatu spesies. Namun begitu, setiap penulis mendeskripsikan dengan cara, gaya dan perincian yang berbeza. Contohnya, kucing itu bewarna kuning atau warna kucing itu oren kekuningan. Spesies dan individu yang sama tetapi deskripsi dan gaya bahasa yang berbeza kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca.

Contoh: Terdapat tompok bewarna kelabu pada bahagian hidung

Contoh: Warna putih pada kaki seperti memakai stokin putih

Oleh yang demikian, deskripsi mengenai spesies haiwan memerlukan foto-foto hidup yang menarik dan di bawahnya terdapat deskripsi dan penerangan mengenai haiwan tersebut untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pembaca. Dengan cara ini, dapatlah pembaca memahami dengan lebih baik apa yang cuba disampaikan oleh penulis

Saturday 26 September 2015

Pekerjaan di dalam bidang Zoologi

1. Sejak kebelakangan ini, saya sering tertanya-tanya kepada diri sendiri, di manakah saya akan berada selepas tamat pengajian di peringkat universiti? Saya akan kerja sebagai apa dan bagaimanakah pekerjaan saya di dalam dunia sebenar dalam bidang Zoologi ini?

2. Jika dilihat dalam Career Fair, Job Fair dan seumpamanya, amat sukar untuk mencari pekerjaan di dalam bidang Zoologi ini jika dibandingkan dengan pekerjaan seperti akauntan, jurutera, IT dan sebagainya.

3. Maka, saya seringkali berfikir bahawa bidang Zoologi ini sudah termasuk di dalam bidang yang sangat khusus dan sangat jarang dikenali orang awam. Contohnya, jika orang bertanya kepada saya, "bidang apa kamu ambil di universiti?", dan saya akan menjawab 'Zoologi'. Orang yang bertanya akan terus berfikir sama ada saya akan menjadi 'doktor haiwan' ataupun kerja di 'Zoo'.

4. Namun, hakikatnya, bidang zoologi ini sangat luas kerjayanya seperti menjadi pegawai penyelidik atau sains, penyelia di zoo dan taman-taman negara, pensyarah, penasihat polisi dalam perlindungan hidupan liar, penceramah bebas mengenai kepentingan hidupan liar, pemandu pelancong, penulis buku dan magazine, jurufoto hidupan liar dan sebagainya.

5. Walau bagaimanapun, kita perlu bijak dalam mengatur kerjaya kita sendiri sebelum menjadi orang yang diperlukan di dalam bidang Zoologi ini. Hal ini kerana terdapat ramai orang daripada luar negara yang amat menyukai hidupan liar yang terdapat di dalam negara kita, tetapi amat sukar untuk mencari 'pakar-pakar di dalam disiplin tertentu' untuk dirujuk.

6. Oleh itu, untuk mengembangkan kerjaya kita sebagai ahli di dalam bidang Zoologi ini, amatlah wajar untuk mengenali dan mengambil pengajaran daripada kisah jalan hidup pakar-pakar Zoologi yang terkenal di dalam dan luar negara dalam mencari ilham dan inspirasi untuk berjaya seperti mereka pada suatu hari nanti.