Saturday 9 December 2017

Jinakknya haiwan-haiwan ini

Di Malaysia, haiwan yang dekat di hati manusia adalah kucing dan anjing kerana sifat dan rupanya yang comel. Pada masa sama, tempat-tempat seperti di zoo menyediakan haiwan yang mungkin tidak sesuai untuk dipelihara, kerana harga yang mahal, polisi kerajaan dan demi keselamatan secara amnya. Oleh yang demikian, mengambil peluang yang ada dalam mengenali haiwan ini adalah sangat penting untuk menanamkan sikap kasih sayang antara kita dan haiwan-haiwan lain. 

Walaupun Ular Sawa ini nampak seperti jinak, ia mampu membunuh dengan melilit mangsanya dengan kuat sehingga tidak boleh bernafas dan akhirnya mati.


Burung Kakak Tua mampu mencederakan jari dengan teruk jika menggigit menggunakan paruhnya yang amat tajam


Nota: Walaupun haiwan-haiwan ini sangat jinak, adalah mustahak untuk menjaga keselamatan diri anda dalam mengendalikan haiwan seperti ini.