Saturday 2 December 2023

How to design slide presentation?

 On 28-30 November 2023, FGVRD Sdn Bhd organised an workshop entitled "Maximizing the impact of your research through communication and presentation" at Swiss Garden Hotel, Melaka. The idea of this workshop was to improve on (i) slide presentation design and (ii) deliver the information through effective communication.

Fig.1: Ice-breaking session


Fig.2: Treasure hunt with 40 questions at Melaka city


Fig.3: Team Madani won the "most sporting spirit team"


Fig.4: Class on slide presentation


Fig.5: Team 3 won runner-up as "best slide design"


Fig.6: Team 3 won 2nd runner up as "best presentation skill"


Fig.7: Crop Protection & Bio-solutions department won "all the categories". Tn Haji Norhisham and Dr Zairi are the key to this success.


Fig.8: 65 participant from FGVRD Sdn Bhd

Fig.9: New FGVRD jacket

At the end of this workshop, the transformation in slide design improved tremendously. This workshop has impact the whole FGVRD Sdn Bhd. We are very thankful to Ts Dr Mohamad Zairi Baharom from Universiti Malaysia Pahang for his knowledge and effort to make us become a great slide designer.

Wednesday 1 November 2023

Wetlands Studio Putrajaya

Tema Wetlands Studio Putrajaya adalah untuk memberi infomasi berkonsepkan Edutainment. Terdapat konsep dari zaman purba, dinosour, hidupan liar di udara, darat dan lautan. Harga tiket adalah antara RM18 (kanak²) dan RM30 (dewasa).

Gambar 1: Serangga

Gambar 2: Zaman purba

Gambar 3: Dinosour

Gambar 4: Hidupan liar darat

Gambar 5: Edutainment

Gambar 6: Hidupan liar udara

Gambar 7: VR 

Gambar 8: Infomasi BI-BM

Gambar 9: Hidupan di dalam laut

 

Sunday 1 October 2023

Penulisan Ilmiah Sebagai Penyelidik Zoologi

Saya mula berkecimpung di dalam dunia zoologi pada umur 19 tahun semasa melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains & Pengurusan Sumber Haiwan). Semasa mula pengajian di peringkat Sarjana (Zoologi), saya mula berjinak dan berusaha dalam mengkaji, menulis dan menerbitkan hasil kajian ke dalam jurnal. Kemudian, saya meneruskan pengajian saya ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ekologi & Biodiversiti) dan meneruskan penulisan hasil kajian ke dalam jurnal dan buku.

Fokus saya adalah untuk memahami disiplin tertentu, dan menggunakan taxa haiwan tertentu sebagai subjek. Walaupun sasaran untuk menerbitkan hasil kajian di dalam jurnal berimpak tinggi adalah penting, namun ia bukan matlamat utama saya. Hal ini adalah kerana setiap kajian yang saya lakukan adalah kerana minat untuk mempelajari dan memahami perkara baru. Kita juga memerlukan asas yang kukuh, stamina dan momentum untuk maju ke hadapan. Dan orang seperti saya sentiasa perlu memulakan sesuatu dari bawah. Selama 15 tahun, antara tahun 2008-2023 senarai artikel jurnal dan buku yang saya telah tulis sebagai penulis adalah seperti berikut:


A. Jurnal Non-Index

1. Dzulhelmi MN & Abdullah MT. 2009. An Ethogram Construction for the Malayan Flying Lemur (Galeopterus variegatus) in Bako National Park, Sarawak, Malaysia. Journal of Tropical Biology and Conservation, 5(1): 31-42.

2. Dzulhelmi MN & Suriyanti SNP. 2011. Bahaviours of the Sunda Colugo Galeopterus variegatus in Bako National Park, Sarawak, Malaysia. Journal of Science and Technology in the Tropics, 9: 85-89.

3. Dzulhelmi MN, Wong CX, Goh TG, Juhaida H & Faszly R. 2014. Spider fauna (Arachnida, Araneae) from Sabah, Malaysia. Journal of Entomology and Zoology Studies, 2(5): 335-344.

4. Dzulhelmi MN, Wong CX, Nur-Syahirah M, Pui YM, Badiozaman S. 2016. New records of the spider fauna from Sarawak, Malaysia. Jurnal Biologi Indonesia, 12(2): 307-312.

5. Dzulhelmi MN, Goh TG, Zulqarnain M & Norma-Rashid Y. 2018. Relationships between morphology and web characteristics of four spider species (Araneae, Tetragnathidae) in Malaysia. Taiwanese Journal of Entomological Studies, 3(1): 1-11.

6. Dzulhelmi MN, Suriyanti S, Badiozaman S, Madihah H, Nur-Syahirah M, Farah-Nadiah R & Faszly R.  2019. Field survey of foliage-dwelling spiders (Arachnida, Araneae) in Peninsular Malaysia. Jurnal Entomologi Indonesia, 16(3): 129-137.

7. Dzulhelmi MN, Ahmad-Afandi M, Irman-Fareez K, Muhammad-Nurul-Yaqin S, Mohd-Yazid H, Siti-Rashidah M, Ahmad-Nasir H, Sindy MG, Jumain S & Ramlan AJ. 2020. Biodiversity assessment in a forest in an oil palm plantation, Lahad Datu, Sabah. Oil Palm Bulletin, 80(1): 15-25.

8. Dzulhelmi MN, Luqman HA, Izfa-Riza H, Muhammad-Luqman HZ, Saharul-Abillah M & MuhammadNurul-Yaqin S, Suriyanti S & Nursyereen N. 2023. Life cycle and development rates of oil palm pollinating weevil Elaeidobius kamerunicus (Coleoptera: Curculionidae) in Malaysia. The Planter, 99(1170): 579-589.

9. Dzulhelmi MN, Irham R, Nursyereen MN & Nur-Amalina MI. 2024. Observation on artificial snakes deceiving wild macaques in oil palm-salak integration area. The Planter, 100 (1174): 29-36.


B. Jurnal-SCOPUS

1. Dzulhelmi MN & Abdullah MT. 2009. Foraging Ecology of the Sunda Colugo (Galeopterus variegatus) in Bako National Park, Sarawak, Malaysia. Malayan Nature Journal, 61(4): 285-294.

2. Dzulhelmi MN & Abdullah MT. 2010. Distribution of the Sunda Colugo (Galeopterus variegatus) in Malaysia (Peninsular, Sabah and Sarawak). Tropical Life Sciences Research, 21(2): 69-83.

3. Dzulhelmi MN & Suriyanti SNP. 2012. Field notes on the Malayan Colugo Galeopterus variegatus in Bako National Park (Sarawak) and Pulau Langkawi (Kedah). Sarawak Museum Journal, 91: 255-258.

4. Dzulhelmi MN & Suriyanti SNP. 2013. Determining the Colugo sexes by gliding motion photographs. PERTANIKA Journal of Tropical and Agricultural Sciences, 36(2): 123-126.

5. Dzulhelmi MN, Wong CX, Asraf B, Faszly R & Norma-Rashid Y. 2016. Fifty new records and a description of a new Leucauge species from Sabah, Malaysia. Biodiversitas, 17(2): 799-807.

6. Dzulhelmi MN, Radzmin I, Nursyereen MN, Assyira H, Philip Y, Norkaspi K, Christarina SG & Kamil AT. 2023. Diversity of arthopod in an oil palm plantation in Sabah. Borneo Journal of Resource Science and Technology, 12(2): 82-87.


C. Jurnal-ISI

1. Dzulhelmi MN & Norma-Rashid Y. 2014. Spiders assemblages in Rimba Ilmu Botanical Gardens, Kuala Lumpur, MalaysiaSains Malaysiana. 43(4): 497-502.

2. Dzulhelmi MN, Suriyanti SNP, Zulqarnain M & Norma-Rashid Y. 2014. New distributional records of spiders (Arachnida: Araneae) from the west coast of Peninsular Malaysia. Pakistan Journal of Zoology, 46(6): 1573-1584.

3. Dzulhelmi MN, Suriyanti SNP, Zulqarnain M & Norma-Rashid Y. 2015. Two new Opadometa species (Araneae, Tetragnathidae) from Sarawak, Malaysia. Annales Zoologici, 65(1): 101-107.

4. Dzulhelmi MN, Suriyanti SNP & Norma-Rashid Y. 2015. A new Cyphalonotus species (Araneae, Araneidae) from Malaysia. Turkish Journal of Zoology. 39(3): 530-534.

5. Dzulhelmi MN, Goh TG, Asraf B, Faszly R, Zulqarnain M & Norma-Rashid Y. 2017. Web characteristics determine niche partitioning for orb-web spiders (Araneae, Tetragnathidae) in Malaysia. Oriental Insects, 51(3): 262-275.

6. Dzulhelmi MN, Thary GG & Suriyanti S. 2018. Coexistence of four orb-web spiders in an oil palm plantation in Peninsular Malaysia. Turkish Journal of Entomology, 42(4): 295-303.

7. Dzulhelmi MN, Suriyanti SNP & Sugumaran M. 2019. Population, behavior and conservation status of long-tailed macaque, Macaca fascicularis and southern pig-tailed macaque Macaca nemestrina in paya bakau park, Perak, Malaysia. Journal of Animal and Plant Sciences, 29(2): 611-618.

8. Dzulhelmi MN, Nur-Syahirah M, Meilina-Ong A, Nabeel-Ata M, Nurul-Fatihah AL & Izfa RH. 2020. Morphometric analysis of the oil palm pollinating weevil, Elaeidobius kamerunicus (Faust, 1878) (Coleoptera: Curculionidae) from oil palm plantations in Malaysia. Journal of the Entomological Research Society, 22(3): 275-291.

9. Dzulhelmi MN, Suriyanti S, Nursyereen N & Sugumaran M. 2022. Assessment on the parental care strategy of the yellow-vented bulbul Pynonotus goiavier. Journal of Animal and Plant Sciences, 32(6): 1784-1990.

10. Dzulhelmi MN, Norhisham AR, Nurshafiqah K, Izfa RH, Suriyanti S & Afandi AM. 2022. Assessment on the pollen load and carrying capacity of oil palm pollinating weevil Elaeidobius kamerunicus (Coleoptera: Curculionidae). The Philippine Agricultural Scientist, 105(3): 309-314.

11. Dzulhelmi MN, Suriyanti S, Low VL, Zulqarnain M & Norma-Rashid Y. 2023. DNA barcodes of tetragnathid spiders (Araneae: Tetragnathidae) in Malaysia. Pakistan Journal of Zoology, 55(2): 881-891.

12. Dzulhelmi MN, Norhisham AR, Nur-Syahirah M, Nursyereen N, Suriyanti S, Rosli FN, Madihah H, Wan-Nurul-Ain WMN, Muslim SA, Yaakop S, Bunawan H. 2023. Morphological variation, feeding capacity and screening of proteobacteria Wolbachia in the Yellow-assassin bug Cosmolestes picticeps. Sains Malaysiana, 52(10): 2733-2745.


D. Buku

1. Dzulhelmi Nasir, 2013. Natural History of the Colugo, UKM Press, ms 102.

2. Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su, 2015. Common Malaysian Spiders, UPM Press, ms 197.

3. Dzulhelmi Nasir, 2016. Kubung, Dewan Bahasa & Pustaka Press, ms 90.

4. Khairul Azmi Rahman, Dzulhelmi Nasir & Halis Fadil, 2023. Ulu Gombak Forest Reserve, Dewan Bahasa & Pustaka Press, ms.

5. Dzulhelmi Nasir, Wong Chun Xing, Suriyanti Su & Nursyereen Nasir. Field Guide to Insects of Malaysia, UMS Press, accepted

6. Dzulhelmi Nasir, Nurul Fatihah Abd Latip & Wan Nurul Ain Wan Mohd Nor. A Photographic Guide to the Fauna of Sabah oil palm plantation, UTHM Press, submitted.

Saturday 2 September 2023

Pemakaian Pendakap Gigi


Tujuan pemakaian pendakap gigi atau braces pada gigi adalah untuk memastikan tiada gigi yang berlapis yang boleh menyukarkan pembersihan semasa menggosok gigi dan ini boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan mulut yang berbau. Kos untuk pemakaian pendakap gigi adalah RM5,500 dengan deposit RM1,200 dan RM150 setiap bulan semasa check-up dan pengekatan braces, sehingga pendakap gigi dibuka.

Gambarajah 1: Pada 19 Februari 2023, acuan gigi saya telah diambil untuk menentukan gigi mana yang perlu dicabut sebelum pemakaian pendakap gigi.


Gambarajah 2: Pada 27 Mei 2023 dan 3 Jun 2023, dua gigi telah dicabut



Gambarajah 3: Pemakaian pendakap gigi bawah telah dipasang pada 2 September 2023 sejak 12 Jun 2023. Ketidakselesaan dalam 3 bulan dalam mulut akan berlaku.
 

Tuesday 1 August 2023

Petrosains KLCC: The Discovery Centre

Pada tahun 1999, Petrosains KLCC telah dibuka untuk orang awam. Ia bertempat di Tingkat 4, KLCC Suria. Terdapat pelbagai bahan interaktif yang boleh diterokai dengan keluarga, rakan-rakan. Harga tiket adalah RM25 untuk seorang dewasa.

Gambarajah 1: Bahan interaktif yang boleh dicuba oleh pelbagai lapisan umur


Gambarajah 2: Asas sains yang boleh diaplikasi dalam dunia pekerjaan


Gambarajah 3: Petroleum yang digali merupakan bahan fosil hidupan dinosour pada zaman dahulu kala


Gambarajah 4: Zaman moden yang menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI)


Gambarajah 5: Menaiki capsul dengan harga RM5 seorang


Gambarajah 6: Kesedaran mengenai perubahan iklim yang boleh mengakibatkan kehancuran dunia jika tidak mengambil langkah proaktif untuk menanganinya pada masa sekarang

 

Saturday 1 July 2023

Poster umum artropoda di Malaysia

Terdapat banyak kaedah dalam memberi infomasi untuk menarik orang tempatan dalam mengenali dan menghargai hidupan liar yang terdapat di negara ini. Di sini, saya ingin menyenaraikan poster dalam dwi-bahasa yang boleh dimuat turun daripada Researchgate di bawah nama Dzulhelmi Nasir:

1. Labah-labah Malaysia @ Spiders of Malaysia, oleh Rimba Ilmu Botanical Garden Universiti Malaya, 2013

2. Kupu-kupu & rama-rama Malaysia @ Butterflies & moths of Malaysia, oleh Science Bridge Academy, 2015

3. Pepatung & pepatung jarum Malaysia @ Dragonflies & damselflies of Malaysia, oleh Malaysian Nature Society, 2016

4. Kumbang Malaysia @ Beetles of Malaysia, oleh Centre for Insect Systematics Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

5. Kumbang pendebunga sawit @ Oil palm pollinating weevil, oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018

6. Tarantula Malaysia @ Malaysia tarantula, oleh Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020

7. Serangga Malaysia @ Malaysian Insects, oleh Universiti Malaysia Sabah, 2021

Thursday 1 June 2023

Taktik Scammer

Pada 28 April 2023, jam 12.30pm hari jumaat, saya telah dihubungi pihak yg mengaku diri daripada bank HSBC. Ia menyatakan bahawa saya ada akaun HSBC yg perlu pengesahan saya untuk memindahkan duit ke akaun lain. Saya beritahu yg saya tak pernah ada akaun HSBC. Dia (scammer) membaca butiran nama penuh dan telefon nombor saya dan "akaun HSBC" saya. Kemudian, scammer beritau ada 3 transaksi dah belaku sejak awal Januari 2023 di bawah nama saya dari HSBC ni.

Scammer HSBC beritahu saya dah kena "SCAM". Scammer telah guna nama, IC dan butir peribadi saya untuk buka akaun HSBC. Dan menakutkan saya bahawa ada "loan lain" yg mungkin ada di bawah nama saya. Kemudian scammer HSBC sambungkan talian ke Bank Negara Malaysia (BNM)untuk menyelesaikan isu ni.

Saya tak syak apa-apa scammer ini kerana akaun saya pernah kena hack oleh scammer luar negara. Tapi duit tu dapat semula kerana pihak bank bertanggungjawab kat bank kita. Jadi, saya betul-betul ingat scammer HSBC ni sedang beritahu perkara betul.

Sejurus talian sambung ke scammer BNM, dia perkenalkan diri sebagai Benjamin, Pegawai BNM. Maka, saya minta dia telefon semula guna nombor ofis (+03). Benjamin pun letak dan dial pakai nombor ofis +03 scammer BNM. 

Gambar 1: Dapat sijil begini memang pasti dari scammer. Bank tidak akan berurusan dengan cara ini. Bank akan pos dokumen jika urusan rasmi. Bank juga tidak akan pakai nombor HP untuk berurusan dengan pelanggan.


Pada masa ni, Benjamin mula baca info peribadi saya, dan saya mula percaya bahawa saya kena scam oleh Scammer HSBC. Tanpa sedar, Benjamin juga adalah geng scammer HSBC. Dia menerangkan mengenai Kad kredit saya masa buat Paywave telah digodam, dan pihak scammer guna data tu untuk buka akaun guna nama saya. Benjamin juga meminta saya memberitahu akaun apa saya ada, jumlah duit dalam akaun bagi setiap bank dengan alasan, apa-apa akaun bank yg tak disebut akan diblok terus oleh BNM. Pada masa ni, Benjamin beritahu dia akan pas kepada rakan BNM bernama Tiara yang pakar dalam urusan scammer.

Pada mulanya, saya hairan kenapa Tiara minta nombor kad kredit, nombor debit kad. Alasan Tiara ialah untuk blok akaun lain yang bukan di bawah nombor yang saya berikan.  Untuk meyakinkan saya, Tiara beritahu sejak tahun 2023, terlalu kerap scammer memperdaya orang awam dan berjaya menipu dengan taktik pelbagai. Dan BNM akan membuat kenyataan rasmi untuk kita tak guna Paywave untuk bayaran pada bulan Jun 2023. Saya pun fikir, macam betul dan logik kerana pernah tengok cara paywave boleh digodam di TikTok.


Gambarajah 2: Bank Negara Malaysia tidak akan beri maklumat secara WhatsApp atau sosial media. Jika dapat call dari bank, terus beritahu akan datang ke cawangan terdekat dan berurusan di kaunter walaupun scammer kata mustahak.

Tiba-tiba saya dapat notifikasi SMS dengan nombor TAC. Tiara tak minta nombot TAC, tetapi minta saya baca perkataan satu per satu pada SMS itu. Saya tak sedar saya tengah membaca nombor TAC itu kepada Tiara. Saya tanya kenapa ada Shopee Mobile, Tiara jawab, ni dummy SMS BNM untuk lihat sama ada SMS ni digodam juga oleh scammer atau tidak..2x dia berjaya minta saya baca nombor TAC itu untuk pembelian barangan dari Shoppee melalui kredit kad dan debit kad. Tiara tak dapat beli barang lebih dari RM5000 kerana saya letak limit 1 hari penggunaan duit dari akaun adalah RM5000 sehari saja.


Gambarajah 3: Jangan sesekali beri TAC, nombor PIN dan Password. Bank juga tidak akan meminta nombor akaun, jumlah duit dalam bank, nombor kredit kad,debit kad dan username internet banking daripada pelanggan kerana pihak bank boleh akses maklumat tu hanya dengan minta nombor kad pengenalan pelanggan. Pihak bank tidak akan minta info ni daripada pelanggan melalui telefon. Data kita dah ada dalam bank itu sendiri.




Gambarajah 4: Terus hubungi pihak bank atau NSRC untuk blok akaun dan kredit kad kita jika rasa telah kena scam. Kadangkala kita terpukau oleh scammer, dan hanya sedar selepas dah berlaku.


 

Monday 1 May 2023

Eid Mubarak @ Sunway Lagoon

 

Fig 1: Family gathering at Sensory Residence, Southville City


Fig 2: Syawal Lagoon 22 May 2023


Fig 3: Vuvuzela, world largest water entrance


Fig 4: Water slide


Fig 5:  Buy Quack Express to cut line and save time.


Fig 6: Night Park 8.00-11.00pm


Fig 7: Best water ride for family


Fig 8: Night roller coaster


Fig 9: There were two night shows



Fig 10: RM139 ticket for all ride + RM85 Quack Xpress is worth it







Thursday 30 March 2023

Mini Zoo Taman Teruntum, Pahang

Dinosaur Encounter @ Mini Zoo Taman Teruntum telah menjadi zoo hibrid antara benda hidup dan hidupan robotik. Harga tiket dewasa (RM29) dan kanak-kanak (RM26). 


Gambarajah 1: Pintu utama


Gambarajah 2: Peta keseluruhan 


Gambarajah 3: T-rex sebagai tarikan utama apabila masuk ke taman ini. 


Gambarajah 4: Dinosour akan bergerak apabila kita lalu kawasan itu. 


Gambarajah 5: Ada tempat untuk bergambar bersama keluarga


Gambarajah 6: harga untuk VR ni berasingan dengan tiket masuk. 


Gambarajah 7: Terdapat show untuk kanak-kanak


Gambarajah 8: Saiz dinosour sangat besar jika dibandingkan dengan manusia

 

Friday 3 March 2023

Program FGV-USM-AMCO-KADA dengan Pesawah

Pada 21-24 Februari 2023, FGV dan Universiti Sains Malaysia telah mengadakan program dengan KADA untuk melihat masalah tikus perosak di kawasan padi sawah. Program ini bertujuan untuk memberi infomasi mengenai kaedah mengawal tikus perosak secara biologi (burung hantu) dan kimia (racun tikus). Tikus perosak utama yang dikesan merosakkan hasil tanaman padi adalah spesies Tikus Sawah Rattus argentiventer. Kami berharap agar pesawah dapat sedikit sebanyak ilmu berkaitan kawalan tikus perosak di kawasan padi.
 

Gambarajah 1: Taklimat FGV mengenai racun tikus BUTIK S untuk mengawal tikus perosak di padi.


Gambarajah 2: Ceramah mengenai kawalan tikus perosak oleh Dr Hasber Salim dari Barn Owl Research Group (BORG), Universiti Sains Malaysia (http://borg.usm.my/).


Gambarajah 3: FGV dan USM turun ke lapangan untuk melihat masalah tikus perosak di sawah padi.


Gambarajah 4: Pasukan FGV, USM dan AMCO di sawah padi, Bachok, Kelantan.


Gambarajah 5: Demonstrasi racun tikus BUTIK S yang diberikan kepada tikus perosak.