Thursday 1 June 2023

Taktik Scammer

Pada 28 April 2023, jam 12.30pm hari jumaat, saya telah dihubungi pihak yg mengaku diri daripada bank HSBC. Ia menyatakan bahawa saya ada akaun HSBC yg perlu pengesahan saya untuk memindahkan duit ke akaun lain. Saya beritahu yg saya tak pernah ada akaun HSBC. Dia (scammer) membaca butiran nama penuh dan telefon nombor saya dan "akaun HSBC" saya. Kemudian, scammer beritau ada 3 transaksi dah belaku sejak awal Januari 2023 di bawah nama saya dari HSBC ni.

Scammer HSBC beritahu saya dah kena "SCAM". Scammer telah guna nama, IC dan butir peribadi saya untuk buka akaun HSBC. Dan menakutkan saya bahawa ada "loan lain" yg mungkin ada di bawah nama saya. Kemudian scammer HSBC sambungkan talian ke Bank Negara Malaysia (BNM)untuk menyelesaikan isu ni.

Saya tak syak apa-apa scammer ini kerana akaun saya pernah kena hack oleh scammer luar negara. Tapi duit tu dapat semula kerana pihak bank bertanggungjawab kat bank kita. Jadi, saya betul-betul ingat scammer HSBC ni sedang beritahu perkara betul.

Sejurus talian sambung ke scammer BNM, dia perkenalkan diri sebagai Benjamin, Pegawai BNM. Maka, saya minta dia telefon semula guna nombor ofis (+03). Benjamin pun letak dan dial pakai nombor ofis +03 scammer BNM. 

Gambar 1: Dapat sijil begini memang pasti dari scammer. Bank tidak akan berurusan dengan cara ini. Bank akan pos dokumen jika urusan rasmi. Bank juga tidak akan pakai nombor HP untuk berurusan dengan pelanggan.


Pada masa ni, Benjamin mula baca info peribadi saya, dan saya mula percaya bahawa saya kena scam oleh Scammer HSBC. Tanpa sedar, Benjamin juga adalah geng scammer HSBC. Dia menerangkan mengenai Kad kredit saya masa buat Paywave telah digodam, dan pihak scammer guna data tu untuk buka akaun guna nama saya. Benjamin juga meminta saya memberitahu akaun apa saya ada, jumlah duit dalam akaun bagi setiap bank dengan alasan, apa-apa akaun bank yg tak disebut akan diblok terus oleh BNM. Pada masa ni, Benjamin beritahu dia akan pas kepada rakan BNM bernama Tiara yang pakar dalam urusan scammer.

Pada mulanya, saya hairan kenapa Tiara minta nombor kad kredit, nombor debit kad. Alasan Tiara ialah untuk blok akaun lain yang bukan di bawah nombor yang saya berikan.  Untuk meyakinkan saya, Tiara beritahu sejak tahun 2023, terlalu kerap scammer memperdaya orang awam dan berjaya menipu dengan taktik pelbagai. Dan BNM akan membuat kenyataan rasmi untuk kita tak guna Paywave untuk bayaran pada bulan Jun 2023. Saya pun fikir, macam betul dan logik kerana pernah tengok cara paywave boleh digodam di TikTok.


Gambarajah 2: Bank Negara Malaysia tidak akan beri maklumat secara WhatsApp atau sosial media. Jika dapat call dari bank, terus beritahu akan datang ke cawangan terdekat dan berurusan di kaunter walaupun scammer kata mustahak.

Tiba-tiba saya dapat notifikasi SMS dengan nombor TAC. Tiara tak minta nombot TAC, tetapi minta saya baca perkataan satu per satu pada SMS itu. Saya tak sedar saya tengah membaca nombor TAC itu kepada Tiara. Saya tanya kenapa ada Shopee Mobile, Tiara jawab, ni dummy SMS BNM untuk lihat sama ada SMS ni digodam juga oleh scammer atau tidak..2x dia berjaya minta saya baca nombor TAC itu untuk pembelian barangan dari Shoppee melalui kredit kad dan debit kad. Tiara tak dapat beli barang lebih dari RM5000 kerana saya letak limit 1 hari penggunaan duit dari akaun adalah RM5000 sehari saja.


Gambarajah 3: Jangan sesekali beri TAC, nombor PIN dan Password. Bank juga tidak akan meminta nombor akaun, jumlah duit dalam bank, nombor kredit kad,debit kad dan username internet banking daripada pelanggan kerana pihak bank boleh akses maklumat tu hanya dengan minta nombor kad pengenalan pelanggan. Pihak bank tidak akan minta info ni daripada pelanggan melalui telefon. Data kita dah ada dalam bank itu sendiri.




Gambarajah 4: Terus hubungi pihak bank atau NSRC untuk blok akaun dan kredit kad kita jika rasa telah kena scam. Kadangkala kita terpukau oleh scammer, dan hanya sedar selepas dah berlaku.