Monday 1 July 2024

Kursus Asas Drone Bersama Allied Aeronautic Training Centre

 

Di bawah HRD Corp, kami telah mengambil peluang untuk mengikuti kursus asas drone yang dikemudi oleh Allied Aeronautic Training Centre bermula November 2023-March 2024. Kursus ini perlu menghadiri kelas secara online pada jam 8pm-10pm dan juga praktikal pada hari Sabtu atau Ahad pada jam 9am-2pm. Kursus ini melibatkan peperiksaan secara teori dan amali. Jika amali tidak lulus, maka keseluruhan kursus ini dianggap gagal.

Gambarajah 1: Kelas praktikal mingguan bersama rakan-rakan dari Tekam, Pahang yang turun ke Kuala Lumpur.


Gambarajah 2: Kelas praktikal sebelum peperiksaan amali.


Gambarajah 3: Selesai peperiksaan teori di ibu pejabat Allied Aeronautic Training Centre.


Gambarajah 4: Peserta kursus Batch 2023/2024 dari pelbagai latar belakang.


Kami sangat berterima kasih kepada tenaga pengajar yang sangat membantu untuk kami memahami akan kepentingan drone dalam aplikasi di dalam industri kami. Akhir kata, kami menggalakkan masyarakat untuk mengambil peluang menghadiri apa-apa kursus di bawah HRD Corp di mana kita tidak perlu keluarkan apa-apa kewangan.