Thursday 1 August 2024

Farm in School SK PPPTR

Pada 8 Mei 2024, sebanyak 24 buah sekolah yang telah dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan bertemakan "Farm in School". Sebanyak 3 buah sekolah yang telah dipilih untuk mewakili negeri Pahang termasuklah SK PPPTR yang bertapak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Oleh yang demikian, pihak FGV PPPTR telah cuba sedaya upaya untuk membantu dalam usaha memastikan SK PPPTR mendapat kemenangan dalam pertandingan ini.


Gambarajah 1: Guru-guru bertungkus lumus menghiasi laman.


Gambarajah 2: Laman dihiasi dengan ulam-ulam yang berkhasiat.


Gambarajah 3: Maskot Lembu turut ada.


Gambarajah 4: Ketua PPPTR merasmikan laman usahasama FGV-SK PPPTR.


Gambarajah 5: Murid-murid menjadi ikon Farm in School (FIS).


Gambarajah 6: Laman Kawalan Tanaman dari FGV.


Gambarajah 7: Ucapan pembukaan Guru Besar semasa pertandingan FIS berlangsung.


Gambarajah 8: Penutupan pertandingan FIS yang dihadiri wakil Farm Fresh, Kementerian Pendidikan Daerah Jerantut, FGV dan SK PPPTR.


Pengumuman pemenang akan diadakan pada 15 Mei 2024 di Melaka oleh pihak Farm Fresh.

Monday 1 July 2024

Kursus Asas Drone Bersama Allied Aeronautic Training Centre

 

Di bawah HRD Corp, kami telah mengambil peluang untuk mengikuti kursus asas drone yang dikemudi oleh Allied Aeronautic Training Centre bermula November 2023-March 2024. Kursus ini perlu menghadiri kelas secara online pada jam 8pm-10pm dan juga praktikal pada hari Sabtu atau Ahad pada jam 9am-2pm. Kursus ini melibatkan peperiksaan secara teori dan amali. Jika amali tidak lulus, maka keseluruhan kursus ini dianggap gagal.

Gambarajah 1: Kelas praktikal mingguan bersama rakan-rakan dari Tekam, Pahang yang turun ke Kuala Lumpur.


Gambarajah 2: Kelas praktikal sebelum peperiksaan amali.


Gambarajah 3: Selesai peperiksaan teori di ibu pejabat Allied Aeronautic Training Centre.


Gambarajah 4: Peserta kursus Batch 2023/2024 dari pelbagai latar belakang.


Kami sangat berterima kasih kepada tenaga pengajar yang sangat membantu untuk kami memahami akan kepentingan drone dalam aplikasi di dalam industri kami. Akhir kata, kami menggalakkan masyarakat untuk mengambil peluang menghadiri apa-apa kursus di bawah HRD Corp di mana kita tidak perlu keluarkan apa-apa kewangan.








Saturday 1 June 2024

Malaysia Heritage Studio Melaka

Melaka merupakan negeri yang bersejarah sejak beribu tahun dahulu. Di negeri ini, Malaysia Heritage Studio telah mempamerkan warisan, adat budaya dan cerita dongeng secara berpusat untuk kita memahami asal usul masyarakat yang terdapat di negara Malaysia yang tercinta. 


Fig 1: Harga tiket RM45 seorang dewasa.


Fig.2: Rekabentuk rumah di setiap negeri sangat berbeza


Fig.3: Adat dan budaya dipamerkan di dalam setiap rumah.


Fig.4: Permainan 'maze' dan teka-teki yang perlu dijawab semasa memasuki kawasan ini.


Fig.5: Cerita dongeng dan mitos di tanah melayu.


Fig.6: Pemandangan dari atas 'Immortal Maze'





Saturday 4 May 2024

Taman Botanikal Melaka

Taman Botanikal Melaka adalah kawasan yang sangat unik, berorientasikan keseimbangan alam dan pada masa sama, terdapat aktiviti yang boleh dibuat untuk mendekati alam. Untuk memasukinya adalah percuma, namun semasa berada di dalam taman ini, terdapat aktiviti menarik yang Skytrex sediakan iaitu flying fox dengan harga RM50-80 seorang mengikut pakej. Trek untuk berbasikal dan buggy, berjalan 10,000 langkah dan berlari juga turut disediakan.


Fig.1: Menaiki buggy RM50 sejam untuk meronda-ronda di dalam taman ini.

Fig.2: Aktiviti 'flying fox' dengan masa 2 jam turut disediakan


Fig.3: Laluan flying fox dari pokok ke pokok.


Fig.4: Pameran dinosour di dalam kawasan taman ini untuk menarik minat pengunjung.


Fig.5: Taman permainan berorientasikan dinosour & sang kancil.


Monday 1 April 2024

Sime Darby Palm Oil Leadership Series (POLES)

On 22-23 February 2024, Sime Darby organised a Palm oil leadership series (POLES) program. About 45 participants from various background in the industry joined the two days program. The main objective of this program was to provide exposure on the current technology and development Sime Darby is progressing. The two days event is an eye opening for the participant, and given future networking among participant.

Fig 1. Participant for POLES.

Fig 2. Explanation on Good Agriculture Practice (GAP).

Fig 3. Field demonstration

Fig.4. Mechanisation usage

Fig.5. MERBA rat baiting dispenser.

Fig.6. Palm oil processing at mill.



 

Saturday 2 March 2024

Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Uniknya daya tarikan taman ini ialah ia mempunyai hidupan liar, pet dan juga permainan air di dalam kawasannya. Dengan harga RM19 dewasa, dan fasiliti yang sedia ada, ia sangat berbaloi untuk dikunjung.

Fig.1: Sangkar buaya


Fig.2: Memberi seekor buaya makan 10-15 ekor ayam setiap hari


Fig.3: Sangkar besar untuk burung. 


Fig.4: Pameran reptilia dan amfibia


Fig.5: Tugu dan mercu tanda dibina secara berpusat.


Fig.6: Memberi makanan kepada haiwan peliharaan


Fig.7: Memberi makanan kepada kambing untuk menanam sifat kasih sayang.


Fig.8: Hedgehog untuk dipegang


Saturday 3 February 2024

Perintis projek Kubung

Setelah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains dan pengurusan sumber haiwan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), saya telah mengambil kursus asas untuk menjadi pemandu pelancong khusunya untuk Taman Negara Bako, di Sarawak. Pada waktu malam, ternampak sejenis haiwan melunsur dari pokok ke pokok di kafeteria. Dengan nada ingin tahu, apakah haiwan tu? jawab orang kampung, tu kami panggil Kubung, memang selalu sangat jumpa di sini. 
       Dengan rasa kagum, hari-hari saya cuba mengambil tahu di mana haiwan ini berada. Kemudian sentiasa bertanya pada orang kampung kalau ada ternampak haiwan itu setiap hari. Selepas 3 bulan, saya pun pergi mencari pensyarah yang sudi menjadi penyelia saya untuk mengkaji haiwan ini sehingga projek kubung ini menjadi tarikan utama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.


Gambarajah 1: Jurnal pertama saya tulis dan berjaya diterbitkan pada 2009. Terdapat 6 jurnal berkaitan dengan kubung yang berjaya dihasilkan.


Gambarajah 2: Artikel diterbitkan di Dewan Kosmik, Dewan Bahasa Pustaka pada 2012.


Gambarajah 3: Buku diterbitkan di Penerbit UKM pada tahun 2013 sehingga berjaya di luar negara.



Gambarajah 4: Saya telah ditemuramah dalam e-suratkabar Mongabay: 
https://news.mongabay.com/2018/05/first-record-of-ultrasound-communication-in-the-mysterious-sunda-colugo/


Gambarajah 5: Ditemuramah oleh ScienceNews berpangkalan di US pada 2020: https://www.sciencenews.org/


Gambarajah 6: Program youtube bersama Layar Liar pada 2021: https://www.youtube.com/watch?v=u1H7_NQ341s


Gambarajah 7: Foto yang ditangkap telah digunakan oleh E-ensiklopedia di Eropah: 
https://www.monaconatureencyclopedia.com/galeopterus-variegatus/

 

Gambarajah 6: Terbit bab dalam buku Life from headwaters to the coast-Bako-Biodiversity between the land and the sea, Penerbit UNIMAS pada 2023.


Gambarajah 7: Discovery Channel telah meminta foto yang telah saya ambil.


Gambarajah 8: BBC Wildlife telah menghubungi saya untuk ditemuramah mengenai tabiat Kubung.