Thursday 1 April 2021

Hari Menanam Pokok Sedunia 2021

Setiap tahun, hari menanam pokok sedunia akan diadakan pada 21 Mac 2021. Bagi meraikan hari ini, warga MPOB Lahad Datu telah mengadakan program menanam pokok hutan di dalam kawasan sawit. Di dalam Islam, Hazrat Sayyidina Jabir RA berkata, Rasullullah s.a.w bersabda, 

"Sesiapa dalam kalangan orang islam yang menanam pokok, maka apa-apa sahaja yang dimakan daripada pokok itu menjadi sedekah untk orang yang menanamnya. Apa-apa sahaja yang dicuri daripada pokok itupun menjadi sedekah, apa-apa sahaja yang dimakan oleh binatang pun menjadi sedekah, apa-apa sahaja yang dimakan oleh burung menjadi sedekah, (Ringkasnya) Apa-apa sahaja daripada pokok itu yang diambil untuk apa-apa manfaat menjadi sedekah (Untuk si penanam)" (HR Muslim).


Gambar 1: Bacaan doa untuk mendapat berkat bagi program ini.


Gambar 2: Peserta turun untuk meraikan program ini secara sukarela.


Gambar 3: Ketua Stesen MPOB Lahad Datu menanam anak pokok.


Gambar 4: Anak pokok hutan yang dibeli dari INFPRO pada harga RM3-RM10.


Gambar 5: Peserta yang terlibat menyambut Hari Tanam Pokok Sedunia 2021 di Stesen Penyelidikan MPOB Lahad Datu.


Monday 1 March 2021

Kejayaanku adalah untuk Agamaku

APAKAH MATLAMAT HIDUPKU ?

 

  • Menerapkan AGAMA ISLAM di dalam aspek kehidupan harian (ruhani & jasmani).
  • Memajukan diri sendiri dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dunia & akhirat.
  • Mengeksploitasikan ilmu islam beserta dengan ilmu dunia.
  • Menyebarkan ilmu yang sedia ada kepada rakyat malaysia khususnya & dunia amnya.
  • Membawa ISLAM ke dalam rumahku.

 

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian”(Al-Isra, 17:82) 


“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya) sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”(At-Thalaq, 65: 2-3)


“Apakah tidak cukup bagi mereka bahawa kami telah menurunkan kepadamu kitab (Al-Quran) yang dibacakan kepada mereka? sungguh, dalam (al-Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman" (Al-Ankabut, 29: 51).


“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin akan menemui tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadanya” (Al-Baqarah, 2: 45-46).


“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya, Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar” (An-Nahl, 16: 125-126).


“Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) al-Quran? sekiranya (al-Quran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya” (An-Nisa, 4: 82).


“Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikannya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. sungguh Allah maha mendengar, maha mengetahui” (Al-Anfal,8:53).


“Demi masa. sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran” (Al-Asr, 103:1-3).


“Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) disbanding kehidupan akhirat. Dan orang-orang kafir berkata, “mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?” Katakanlah (Muhammad), “ Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan member petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya,” (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Al-Ra'd, 13: 26-28).


 “Wahai manusia! sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa & bersuku-suku agar kamu saling mengenal. sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. sungguh, Allah maha mengetahui, mahateliti” (Al-Hujurat, 49: 13).


“Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang lengah” (Al-Araf,7:179).


“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridaan kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang baik” (Ar-Rum, 30:69).


“Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. bacalah, dan tuhanmulah yang maha mulia. yang mengajar (manusia) dengan pena. dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” (Al-Alaq, 96: 1-5).


“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh ke atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan ( di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka kerjakan” (Hud, 11: 15-16).


DOA HARIAN

Dia antara doa yang disusun oleh Al-Imam Al-Ghazali yang sangat baik untuk kita amalkan sehari-hari iaitu:

 

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu nikmat yang sempurna, penjagaan yang senantiasa, rahmat yang meliputi, afiat yang tetap, kehidupan yang paling menyenangkan, umur yang paling membahagiakan, kebaikan yang paling sempurna, nikmat yang paling merata, anugerah yang paling enak, pemberian yang paling dekat, amal yang paling baik, ilmu yang paling bermanfaat, dan rezeki yang paling luas. Ya Allah, jadilah engkau sebagai penolong kami, bukan lawan kami.

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan kebahagiaan, wujudkanlah amal kami semakin bertambah, sertailah saat pagi dan petang kami dengan afiat, jadikanlah akhir perjalanan kami dan harapan kami menuju rahmat-Mu, tuangkanlah limpahan-limpahan ampunan-Mu atas dosa-dosa kami, berikanlah kepada kami anugerah diperbaikinya kekurangan-kekurangan kami, jadikanlah taqwa sebagai bekal kami, agama sebagai perjuangan kami, serta tawakal dan ketergantungan kami hanya kepada-Mu.

Tuhan kami, Tuhan kami, Tuhan, kami, tetapkanlah kami pada jalur istiqamah, lindungilah kami dari hal-hal yang menyebabkan penyesalan di hari kiamat, ringankanlah beratnya beban-beban dosa kami, berikanlah kepada kami kehidupan orang-orang yang baik. Peliharalah kami dan lindungilah kami dari kejahatan orang-orang yang berkarakter jahat, bebaskanlah kami, ayah-ayah kami dan ibu-ibu kami dari neraka, hutang, dan kezaliman, Wahai Yang Maha Mulia, Wahai Yang Maha Pengampun, Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Menutupi, Wahai Yang Maha Penyantun, Wahai Yang Maha Perkasa, dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Paling Penyayang di antara yang Penyayang.

Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya kepada makhluk terbaik-Nya, Nabi Muhammad SAW, juga kepada keluarga dan para sahabatnya.


NOTA: PEKERJAANKU ADALAH IBADAHKU

Monday 1 February 2021

Lokasi menarik di Mesilau, Sabah

Untuk menikmati keindahan di negeri di bawah bayu seperti Sabah, anda boleh melawat lokasi di Mesilau yang terletak pada ketinggian 1,700 meter dari aras laut. Perkara yang paling mustahak ialah membawa baju, seluar dan stokin yang tebal kerana kawasan ini sangat sejuk terutamanya pada waktu malam dan awal pagi.



Rajah 1: Gunung Kinabalu boleh kelihatan dengan sangat jelas pada jam 5.30 pagi di belakang Hotel H Benjamin Residence.


Rajah 2: Hotel H Residence ini adalah di Mesilau yang terletak pada ketinggian 1700 meter dari aras laut. 


Rajah 3: Little New Zealand atau Desa Dairy Farm yang boleh menunjukkan cara pemprosesan susu lembu.


Rajah 4: Memetik strawberi pilihan sendiri di Mesilau Strawberry Farm.


Sunday 1 November 2020

Program Penanaman Pokok di Sepanjang Sungai dalam Ekosistem Sawit

Program penanaman pokok di sepanjang sungai yang terdapat di ladang sawit Stesen Penyelidikan MPOB Lahad Datu telah dijalankan pada 23 September 2020. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk staf akan kepentingan kelestarian ekosistem di dalam ladang sawit. Di samping itu, penanaman pokok di sepanjang tepi sungai bertujuan untuk membina koridor atau laluan kepada hidupan liar untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain di dalam ekosistem sawit. Diharapkan agar program seperti ini akan berterusan untuk manfaat jangka panjang.


Gambar 1: Seramai 20 peserta yang terpilih telah terlibat dalam program ini.


Gambar 2: Penyediaan lubang pada tanah untuk menanam anak pokok.


Gambar 3: Anak-anak pokok yang telah dibeli di INFRAPRO digunakan untuk melaksanakan program ini.


Gambar 4: Perasmian program penanaman pokok di sepanjang tepi sungai dalam ekosistem sawit di peringkat Stesen Penyelidikan MPOB Lahad Datu.



Gambar 5: Setiap peserta yang terpilih perlu menanam anak pokok di plot masing-masing.

 

Thursday 1 October 2020

Pusat Luar Lembah Danum

Pusat Luar Lembah Danum (PLLD) terletak kira-kira 80 km dari bandar Lahad Datu Sabah. Untuk melawat tempat ini, anda perlu mendaftarkan diri dan juga kenderaan yang ingin digunakan di Pejabat Danum yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Lahad Datu. Di sini saya senaraikan harga-harga asas untuk memasuki Pusat Luar Lembah Danum ini.

Bajet asas:

  • Kenderaan  : RM20 setiap kenderaan
  • Yuran          : RM30 seorang
  • Hostel         : RM120 sebilik - 2 orang
  • Dapur          : RM45 tong gas
  • Makanan     : RM90 sehari

Rajah 1: Lawatan sambil belajar warga MPOB Lahad Datu ke Pusat Luar Lembah Danum pada 14-15 September 2020.


Rajah 2: Aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dibuat di PLLD.


Rajah 3: Hostel yang mempunyai 10 bilik. Terdapat juga tempat memasak di hostel yang menyediakan katil-katil saja untuk penginapan dengan harga RM50 sekatil.


Rajah 3: Titian gantung untuk memasuki hutan asli.


Rajah 4: Lawatan sambil belajar ke nurseri INFAPRO.


Rajah 5: Anda boleh membeli bibit pokok pada harga RM3-RM9.



Di Pusat Luar Lembah Danum, jika anda mengambil servis untuk Night Safari menaiki 4x4 dengan harga RM160, atau servis Night Walk dengan harga RM20 sejam pada waktu malam, anda berpeluang bertemu dengan pelbagai spesies haiwan yang aktif pada waktu malam.

Rajah 6: Kera Hantu atau Western Tarsier yang hanya terdapat di Borneo sahaja.


Rajah 7: Payau atau Sambar Deer yang banyak kelihatan pada waktu malam di kawasan hostel.