Pada 19 November 2022, Malaysia telah mengadakan PRU15. Buat pertama kali, komponen terbesar iaitu Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73) dan Barisan Nasional (30) tidak mendapat majoriti 112 dan menyebabkan parlimen Malaysia tergantung. Pada, 24 November 2022, kebijaksanaan Agung dan Majlis Raja-raja Melayu telah bersidang dan melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Malaysia ke-10. Kerajaan perpaduan telah terbentuk antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.
Thursday, 1 December 2022
Piliharaya Umum 15
Tuesday, 1 November 2022
Kampung Sikuati, Kudat
Saturday, 1 October 2022
Kenangan Bersama Warga Lahad Datu, Sabah
Thursday, 1 September 2022
Senarai artikel umum yang telah diterbitkan
Majalah atas talian (on-line)
Penulis utama
1. Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2013). Keunikan dua primat malam, Majalahsains: https://www.majalahsains.com/keunikan-dua-primat-malam/
2. Dzulhelmi Nasir, Suriyanti Su & Khairunnisa Syarippudin (2015). Tiga primat Bako: Bolehkah mereka hidup bersama kita? The rimba project: http://umrimba.wixsite.com/umrimba1/single-post/2015/09/01/Tiga-Primat-Bako-Bolehkah-mereka-hidup-bersama-kita
3. Dzulhelmi Nasir (2018). Labah-labah pembina sarang bulat, Warstek: https://warstek.com/2018/03/13/laba/
4. Dzulhelmi Nasir & Syahirah Zoilani (2018). Mengungkap kehidupan laba-laba, Majalah1000guru: http://majalah1000guru.net/2018/01/kehidupan-laba-laba/
5. Dzulhelmi Nasir, Wan Nor Ain Wan Mohd Nor & Farah Nadiah Rosli (2019). Kepelbagaian fungsi arthropoda, Majalahsains: https://www.majalahsains.com/kepelbagaian-fungsi-artropoda/
6. Dzulhelmi Nasir, Irham Razak & Farah Nadiah Rosli (2020). Anai-anai sebagai jurutera ekosistem. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/anai-anai-sebagai-jurutera-ekosistem/
7. Dzulhelmi Nasir & Nursyereen Nasir (2020). Rodensia perusak di dalam ekosistem sawit, Majalah Sawit Indonesia: https://sawitindonesia.com/rodensia-perusak-di-dalam-ekosistem-sawit-2/
8. Dzulhelmi Nasir, Assyira Hasi & Radzmin Ishak (2020). Burung ciak urasia sebagai biopenunjuk kualiti udara. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/burung-ciak-urasia-sebagai-biopenunjuk-kualiti-udara/
Penulis bersama
1. Farawahida Abu Zaharin, Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2018). The spectacular Rafflesia. dzulhelminasir.blogspot.com: http://dzulhelminasir.blogspot.com/2018/07/the-spectacular-rafflesia.html
2. Halis Fadil & Dzulhelmi Nasir (2020). Peranan semut dalam mengenali Pencipta. Majalahsains: https://www.majalahsains.com/peranan-semut-dalam-mengenali-pencipta/
Penulis utama
1. Dzulhelmi Nasir (2011). Keistimewaan flora & fauna Taman Negara Bako, Madah Samarahan, ms 17.
2. Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2013). Kubong semakin terancam, Dewan Kosmik, ms 46-47.
3. Dzulhelmi Nasir (2017). Labah-labah di ladang sawit, Sawit Indonesia, ms 48-49.
4. Dzulhelmi Nasir, Halis Fadil & Nur-Syahirah Mamat (2017). Si laba-laba yang berjasa, Mata Air, ms 17-21.
5. Dzulhelmi Nasir & Nursyereen Nasir (2018). Going batty for bats, Malaysian Naturalist, ms 22-25.
6. Dzulhelmi Nasir & Ainul Syazwin (2018). Kumbang pendebungaan sawit Elaeidobius kamerunicus, Warta Sawit, ms 8-10.
7. Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su (2019). Kingfishers and water pollution, Malaysian Naturalist, ms 22-23.
8. Dzulhelmi Nasir, Shafiqah Kalog & Angeline David Dass (2020). Spesies kucing hutan terancam, Dewan Kosmik, ms 34-37.
1. Muhammad Luqman Hakim Azhari & Dzulhelmi Nasir (2018). Kumbang pendebunga kelapa sawit, Dewan Kosmik, ms 22-26.
2. Farehan Ismail, Fahmi Halil & Dzulhelmi Nasir (2018). Kepinding agen kawalan biologi, Dewan Kosmik, ms 54-57.
3. Siti Asmah Muslim, Dzulhelmi Nasir & Chun Xing Wong (2019). Kupu-kupu dan rama-rama biopenunjuk alam, Dewan Kosmik, ms 18-21.
4. Angeline Davis Dass, Dzulhelmi Nasir, Idris Abd Ghani (2019). Alam kepinding pembunuh, Dewan Kosmik, ms 17-21.
5. Irham Razak & Dzulhelmi Nasir (2019). Hairy secrets, Malaysian Naturalist, ms 24-29.
6. Irham Razak & Dzulhelmi Nasir (2020). Babi bodoh bertaring panjang, Dewan Kosmik, ms 52-55.
Monday, 1 August 2022
Burung Pemangsa Malaysia
Penulis: Dzulhelmi Nasir, Nursyereen Mohd Nasir & Adnan Amin-Safwan
Foto: Syadan Ginu & Oleg Chernyshov
Malaysia adalah salah satu kawasan di Asia Tenggara yang terletak sepenuhnya di kawasan tropika, dan merupakan tumpuan utama biodiversiti terbesar di dunia. Selantaran itu, burung melambangkan ciri terpenting di landskap Asia Tenggara yang mana menyumbang kepada lebih daripada 2000 spesies, merangkumi sekitar 20% daripada jumlah burung di dunia. Raptor, yang juga turut dikenali sebagai burung pemangsa (Order Accipitriformes) merupakan spesies burung yang lebih dikenali berbanding yang lain. Mereka mewakili lebih dari 5% fauna burung di rantau Asia Tenggara ini. Ketiga keluarga yang terdapat dalam Order Accipitriformes adalah Accipitridae, Pandionidae dan Sagittariidae, iaitu, keluarga burung dengan paruh berbentuk 'cangkuk' yang kuat dan morfologinya berubah berdasarkan diet. Kebiasaannya, mereka memakan pelbagai jenis mangsa termasuk serangga, mamalia bersaiz sederhana, bangkai dan beberapa makanan buah.
Burung
pemangsa atau raptor biasanya melakukan rondaan di atas udara dan mencari
mangsa di bawah dengan bantuan penglihatan yang tajam, paruh cangkuknya yang
kuat dan sepasang talon atau cakar yang tajam. Secara amnya, mereka terbahagi
kepada dua jenis utama, iaitu burung pemangsa nokturnal dan diurnal. Burung
pemangsa nokturnal kebiasaannya memburu pada waktu malam, seperti, burung hantu
yang memburu mangsanya secara senyap. Sementara itu, burung pemangsa diurnal seperti
helang, hawk dan falcon pula lazimnya memburu pada waktu siang hari dan
kebiasannya mereka adalah peluncur yang luar biasa. Keluarga Accipitridae
terdiri daripada burung pemangsa diurnal termasuk helang, hawk, layang-layang,
harrier dan burung nasar Dunia Lama. Keluarga ini tersebar secara meluas ke
seluruh pelusuk dunia termasuk di kawasan hutan hujan, tundra, kawasan
bergunung, kawasan padang rumput, kawasan pantai dan lain-lain. Berbeza dari
burung Falcon yang mempunyai sayap yang panjang, burung dari keluarga
Accipitridae memiliki sayap yang lebar iasanya bulat di ujung dan cakar yang
kuat. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan beberapa butiran mengenai
spesies burung pemangsa yang terdapat di Malaysia.
Burung Baza hitam Aviceda leuphotes (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor kecil dengan puncak yang menonjol dan mempunyai sepasang kaki yang pendek, tebal dengan talon yang kuat. Mereka mempunyai dua gigi seperti lekukan di bahagian hujung paruh atas. Burung Baza jantan mempunyai skapula putih dan penutup sekunder putih pada bahagian sekunder. Sementara itu, bagi burung Baza betina pula hanya bahagian skapula sahaja berwarna putih dan mempunyai jalur berwarna chestnut yang lebih banyak di bahagian bawahnya berbanding Baza jantan. Burung Baza hitam boleh didapati di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Habitat mereka berada di dalam hutan tebal, berdekatan kawasan hutan terbuka dan juga sungai. Kebiasaannya, mereka akan hidup dalam kelompok kecil dan membuat sarang di sebatang pokok. Spesies ini sering membuat bunyi lantang ketika sedang terbang dan ketika sedang bertenggek dengan membuat suara "chu-weep". Baza hitam sering dilihat bertenggek menghadap kanopi hutan. Mangsa mereka kebanyakannya adalah serangga namun burung, kelawar dan katak juga turut berada dalam julat makanan bagi spesies ini. Burung Baza hitam akan bertengger pada kawasan yang tinggi di bahagian kanopi hutan bagi membuat tinjauan awal sebelum menangkap mangsanya iaitu serangga di kawasan dedaun. Baza hitam telah dilaporkan berpartisipasi dalam kawanan burung spesies bercampur-campur yang lain untuk mendapatkan kelebihan dari segi makanan dengan memangsa serangga yang dikeluarkan dari kawanan. Status spesies ini semakin menurun, tetapi trennya tidak cepat, sehingga telah diklasifikasikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) oleh Daftar Merah IUCN.
Burung
Helang Malam Macheiramphus alcinus
(Keluarga: Accipitridae) adalah raptor bersaiz sederhana dan ramping
dengan puncak berwarna hitam yang unik di kepalanya. Helang malam dewasa mempunyai
bulu lembut yang berwarna coklat gelap atau hitam dengan tompok putih di
bahagian kerongkongnya (atas dada). Jenis bulunya yang lembut merupakan faktor
utama yang membantu dalam penerbangan yang senyap. Matanya yang besar dan
kuning membantu mereka memburu pada waktu subuh dan senja. Helang malam ataupun
julukannya "bat hawk" diambil dari diet utamanya iaitu kelawar,
selain itu, burung walit juga turut menjadi salah satu dari diet burung helang
malam. Oleh kerana mereka mempunyai waktu berburu yang pendek iaitu pada waktu
subuh dan senja, raptor ini secara amnya menangkap, menelan dan mencerna
makanan mereka sepanjang penerbangan. Oleh itu, gape (bukaan mulut) raptor ini
lebih besar berbanding dengan gape raptor yang lain, yang mana lebih menyerupai
burung layang-layang, burung walit dan burung goatsucker. Saiz gape burung
helang malam akan berkembang bagi mempercepatkan proses memakan vertebrata
kecil yang tangkas. Selain itu, sistem pencernaan helang malam ini juga lebih
besar berbanding burung hawk lain kerana mereka perlu mencerna mangsanya dengan
cepat dalam waktu berburu yang singkat. Burung helang malam boleh didapati di
Borneo, Semenanjung Malaysia, Afrika dan New Guinea. Di wilayah Borneo /
Semenanjung Malaysia, spesies ini paling sering dijumpai di sekitar gua batu
kapur yang sering dikunjungi oleh kelawar dan burung walit. Ia juga dapat
dijumpai di hutan yang matang dan terganggu dengan lindungan yang tinggi.
Helang malam yang biasanya senyap akan mengeluarkan suara nada tinggi semasa
berburu atau mengawan yang berbunyi seperti 'kwiek-kwiek'. Spesies ini
disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) dalam Daftar Merah IUCN
kerana populasi dikatakan stabil kerana tidak ada bukti untuk adanya ancaman
besar.
Burung Lang Siput Haliaetus leucogaster (Keluarga: Accipitridae) mempunyai warna putih di bahagian kepala, rump, dan bahagian sisi bawah, manakala, bahagian belakang dan sayapnya pula berwarna kelabu gelap. Bulu bahagian bawah sayap yang berwarna hitam merupakan kontras kepada bahagian penutupnya yang berwarna putih. Paruhnya yang besar dan berbentuk cangkuk berwarna kelabu dengan bahagian hujungnya lebih gelap, manakala, matanya pula berwarna coklat gelap. Bahagian kakinya mempunyai talon hitam panjang. Burung jantan dari spesies ini sedikit lebih kecil daripada betina. Spesies burung Lang Siput ini berasal dari India dan Sri Lanka, China, melalui Asia Tenggara dan Australia di kawasan pesisir dan laluan air utama. Kebiasaannya, mereka bertengger tinggi di sebatang pokok atau melayang di kawasan laluan air utama. Mereka akan terbang dan melayang di kawasan berhaba (burung akan mencari poket udara panas untuk mengangkatnya lebih tinggi tanpa mengepakkan sayap mereka) dan menahan sayap mereka dalam bentu "V", berbeza dengan raptor lain yang menahan sayap mereka secara mendatar. Makanan burung Lang Siput terdiri dari haiwan akuatik, seperti ikan, kura-kura dan ular laut, namun mereka juga memakan burung dan mamalia. Lang Siput akan memanfaatkan akan fenomena pusaran air yang kerap berlaku, kerana haiwan akuatik yang terpegun oleh pusaran air akan muncul ke permukaan sehingga memudahkan proses mencari makannya. Mereka juga memakan bangkai seperti biri-biri dan ikan di sepanjang garis air. Selain itu, mereka menyerang jaring ikan untuk memudahkan memburu mangsa. Burung Lang Siput akan membunyikan suara seperti angsa dengan nyaring, yang biasanya kedengaran ketika musim mengawan. Biasanya, mereka membina sarang di atas pokok / struktur / tempat tertinggi di dekat pantai. Spesies ini telah dinilai sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) dalam Senarai Merah IUCN kerana julatnya yang besar walaupun jumlah penduduknya dilaporkan kecil.
Burung Lang Kuik Spilornis cheela (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor bersaiz sederhana besar dengan spesiesnya yang dewasa mempunyai bahagian atas dan kepala yang berwarna coklat gelap, dan terdapat banyak tompok putih pada bahagian bawahnya. Bahagian penutup bawah sayapnya berwarna coklat pucat. Ketika mereka sedang terbang secara melayang, sayap lebarnya akan ditahan dalam bentuk "V" mendepa. Bahagian ekor dan sisi bawah bulu pelepahnya berwarna hitam dengan jalur putih yang lebar. Puncak mereka hampir tidak terlihat, namun, mereka akan menaikkannya bersama-sama dengan membuat suara yang nyaring ketika mereka merasa terancam. Dari sisi hadapan, burung Lang Kuik kelihatan seperti burung hantu kerana bentuk wajah dan kedudukan matanya yang hampir serupa. Mereka dikatakan memiliki pelbagai jenis panggilan secara vokal namun kebiasaaanya yang bernada tinggi dan menaik seperti "Kluee-wip-wip" dibuat ketika bertengger sebagai menanda wilayahnya. Spesies ini boleh didapati di Asia Selatan hingga Asia Tenggara, China dan Taiwan. Spesies ini lazimnya lebih gemar akan habitat yang terdiri dari kawasan hutan terbuka, berhampiran sumber air tawar seperti sungai dan paya bakau. Nama julukan mereka di dalam inggeris "serpent eagle" diambil dari kepakaran mereka dalam memburu haiwan reptilia seperti ular ataupun cicak. Pada bahagian kaki mereka terdapat beberapa sisik yang melindungi mereka dari dipatuk ular. Selain itu, diet mereka juga terdiri daripada amfibia, mamalia kecil, burung dan ikan. Corak memburu mereka adalah secara menunggu, dengan memerhati mangsa dengan bertengger di atas pokok sebelum menyambar mereka. Spesies mereka juga diperhatikan mencari makan di tanah dan memangsa haiwan di jalanan. Spesies ini mempunyai julat yang besar dan trend penduduknya stabil, sehingga diklasifikasikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) di bawah Daftar Merah IUCN.
Burung Lang Lebah Pernis ptilorhynchus (Keluarga: Accipitridae) mempunyai dua populasi yang berbeza, populasi selatan Indo-Malayan, dan populasi utara yang berhijrah. Populasi yang berhijrah, P. ptilorhynchus, akan menghabiskan musim sejuknya di India dan Asia Tenggara, dan membiak di kawasan Palearctic timur dari selatan Siberia ke utara Mongolia, timur laut China, Korea Utara dan Jepun. Spesies ini mempunyai sistem navigasi yang berfungsi dengan baik pada waktu siang mahupun waktu malam dan mampu merentasi beratus-ratus kilometer di atas air. Mereka akan mengambil laluan paling selamat dengan mempertimbangkan keadaan angin berbahaya di seberang laut dan mungkin juga mengambil jalan yang lebih lama dari satu persinggahan ke persinggahan yang lain. Mereka menghabiskan musim tanpa pembiakan di Asia selatan dan tenggara dan berhijrah untuk membiak di Eropah, Timur Tengah, benua Afrika.
Burung Lang Bahu Hitam, Elanus caeruleus (Keluarga: Accipitridae) adalah seekor raptor terkenal yang mendiami kawasan terbuka dengan pokok-pokok yang tersebar dan mendapat manfaat daripada penubuhan tanah baru dan kawasan pertanian baru seperti kelapa sawit dan sawah. Kawasan-kawasan ini memberi mereka sumber makanan yang terdiri daripada 64-97% tikus kecil, dan kadang-kadang mereka juga memakan burung yang lalu kawasan mereka. Umumnya, sarang burung lang bahu hitam berbentuk mangkuk, terdiri dari batang kayu dan ranting, dan diselaraskan dengan rumput, jerami atau bulu mamalia dengan variasi pada ukuran saiz sarangnya. Gangguan dari spesies lain seperti House Crow, Corvus splendens dan Asian Koel, Eudynamys scolopaceus dan juga dari keadaan cuaca yang tidak menentu juga boleh mempengaruhi keberhasilan pembiakanburung lang bahu hitam.
Burung
Helang Tiram, Pandion haliaetus (Keluarga: Pandionidae) merupakan salah satu
daripada burung yang tersebar luas, yang boleh dijumpa di seluruh pelusuk benua
kecuali Antartika. Helang tiram memperlihatkan morfologi yang berbeza
bergantung atas kawasan sama ada tropika dan subtropika. Helang tiram jantan
kadang-kadang membuat persembahan 'tarian langit' di kawasan langit berdekatan
dengan sarangnya semasa musim mengawan bagi menarik minat pasangan ataupun bagi
mengancam penceroboh. Setelah mendapat
pasangan, mereka bersama akan mengumpulkan bahan untuk membuat sarang dan
kebanyakannya pihak betina yang akan menyusunnya menjadi sarang. Sarang
sebelumnya biasanya digunakan semula dari tahun ke tahun dan boleh menjadi
cukup besar dan ketara. Sarang umumnya terletak dalam jarak tiga hingga lima
kilometer dari sumber air, tetapi helang tiram yang ingin membiak dilaporkan
akan menempuh perjalanan lebih dari 10 km untuk memburu. Helang tiram akan
membina sarang mereka di bahagian puncak pokok mati yang besar dan terpencil,
selain itu, mereka juga lazimnya membina sarang mereka pada struktur buatan
manusia, seperti tiang, penanda saluran, tirai itik, dan platform sarang.
Namun, mereka pernah dilihat membina sarang mereka secara langsung di atas
tanah apabila kawasan tersebut tidak ada ancaman dari pemangsa. Kebiasaanya,
helang tiram betina akan menjaga telur mereka sementara yang jantan akan
mencari makanan untuk sang betina. Secara amnya, spesies ini bersifat monogami,
dengan kes polyandry (betina mempunyai banyak pasangan) dan polygyny (jantan
mempunyai banyak pasangan) yang jarang berlaku.
Helang tiram adalah pakar dalam memburu ikan, dengan beberapa
penyesuaian fizikal termasuk lapisan berduri di telapak kakinya, talon panjang
yang melengkung, dan bahagian luar jari kaki yang boleh dibalik untuk membantu
menangkap dan menahan ikan licin. Juga, bulu mereka yang berminyak dan saluran
nasal yang efisien menghalang mereka dari basah dan lemas ketika menyelam ke
dalam air. Helang tiram akan menyelamkan kakinya dahulu ke dalam air untuk
mengambil ikan dari kedalaman hingga kira-kira satu meter. Burung helang lain
dipercayai sering mencuri mangsa burung helang tiram dengan mengejar mereka dan
memaksa mereka untuk melepaskan ikan yang ditangkap oleh mereka, dan kemudian
menangkap ikan tersebut di udara. Helang tiram dapat berfungsi sebagai
bioindikator yang memainkan peranan penting dalam menjaga kualiti ala sekitar
dalam sistem akuatik kerana mereka pantas dalam mengumpulkan bahan kimia
tercemar yang terkandung di dalam ikan.
Secara umumnya, burung pemangsa memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan keseimbangan ekosistem. Mereka bertugas dalam tugas menyeimbangkan dengan berada pada puncak rantaian makanan, yang juga dikenali sebagai penunjuk dalam ekosistem. Sebagai contoh, sekiranya bilangan mangsa seperti ular dan tikus lebih tinggi di dalam sesebuah ekosistem, saintis dapat memerhatikan dan mengenal pasti populasi tertentu dengan hanya mempelajari jumlah raptor yang ada. Secara logiknya, semakin meningkat jumlah mangsa, maka jumlah pemangsa juga akan meningkat secara signifikan. Kedua, raptor ini juga penting ebagai "barometer ekologi" yang mana bermaksud mereka membantu kita mengukur kesihatan sesebuah habitat. Raptor ini sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran mereka. Oleh itu, jika persekitaran tercemar, ini akhirnya akan mengurangkan bilangan mangsa burung ini. Selain itu, raptor juga dikenali sebagai sahabat kepada petani yang biasanya bertindak sebagai "kawalan biologi" dengan memakan serangga dan haiwan perosak seperti tikus. Burung pemangsa ini juga penting bagi pengawalan penyakit, kerana beberapa dari spesies mereka menjadikan bangkai dan binatang mati sebagai makanan mereka. Tabiat makan ini sebenarnya membantu persekitaran dengan menyingkirkan haiwan yang sakit atau bangkainya yang secara tidak langsung berjaya mencegah penyebaran penyakit dari semakin meluas.
Raptor juga dikenali sebagai spesies "payung dan unggulan" dalam pemuliharaan. Mereka dikenali oleh komuniti tertentu, dan mampu membangkitkan minat dan emosi dalam kalangan populasi. Lebih-lebih lagi, hakikat bahawa raptor memiliki luas kawasan yang besar bererti bahawa usaha untuk memulihara mereka akan memberi banyak manfaat kepada spesies lain yang terdapat di habitat yang sama dan memelihara ekosistem juga. Walaupun status raptor tertentu diklasifikasikan sebagai yang paling tidak diingini, namun kebanyakan raptor di seluruh dunia biasanya menghadapi ancaman yang sama iaitu kehilangan dan penurunan habitat terutamanya oleh penebangan hutan. Senario ini juga berlaku di Malaysia, kerana landskap kita telah berubah melalui pengubahsuaian yang belum pernah terjadi sebelumnya kerana tujuan pembangunan, pembalakan, dan kegiatan pertanian telah menjadi penyebab utama kehilangan habitat dan faktor penurunan burung liar. Lebih-lebih lagi, kesan dari jumlah raptor yang menurun disebabkan akan kehilangan habitat, beberapa dari mereka juga dikaitkan dengan kehilangan mangsa mereka. Kehilangan fauna mamalia besar di rantau ini yang berterusan disebabkan oleh kehilangan habitat dan aktiviti memburu bermaksud pengurangan sumber makanan yang ada untuk mereka. Oleh itu, sangat penting untuk mempunyai kesedaran yang lebih besar, bersama dengan program berterusan yang berkaitan dengan penghayatan alam dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, adalah tugas dan tanggungjawab kita untuk memelihara harta karun negara kita untuk generasi akan datang. Mari bersama bekerjasama bagi membentuk masa depan yang lebih baik!
Friday, 1 July 2022
Kura-Kura
Oleh Suhaidah Masri, Irham Razak & Dzulhelmi Nasir
Kura-kura adalah spesies penyu yang tinggal di daratan dan tidak boleh tinggal di air. Kura-kura mempunyai kaki yang berbonggol dan bersisik. Saiz Kaki kura-kura lebih kecil berbanding saiz kaki penyu laut. Terdapat lebih kurang 49 spesies kura-kura yang mempunyai pelbagai saiz. Bermula dari saiz yang paling kecil iaitu padlopers (Homopus) berasal daripada afrika selatan sehingga ke saiz kura-kura yang paling besar iaitu galapagos dan aldabra. Kura-kura mempunyai jangka hidup yang panjang iaitu di antara 30 hingga 150 tahun.
Secara umumnya, jantan dan betina kura-kura boleh dibezakan melalui ekor. Jantan mempunyai ekor yang lebih panjang iaitu biasanya ditarik ke atas dan ke sisi cangkerang belakang, manakala betina mempunyai ekor yang lebih kecil dan jatuh ke bawah. Kura-kura dapat berkomunikasi sesama sendiri menggunakan beberapa teknik seperti visual, sentuhan dan olfaktori (bau). Apabila kura-kura jantan bertemu dengan kura-kura jantan, kura-kura tersebut akan mula berinteraksi dengan menggerakkan kepalanya keatas dan kebawah berulang ulang kali. Manakala, apabila kura-kura jantan bertemu dengan kura-kura betina, kura-kura betina akan berundur sebagai tindak balas terhadap kura-kura jantan, dan kura-kura jantan kemudian akan meningkatkan pergerakan kepalanya dan cuba mengelilingi kura-kura betina berkenaan.
Wednesday, 1 June 2022
Peranan Induk Burung Merbah Jantan Dan Betina Dalam Penjagaan Anaknya
Oleh Dzulhelmi Nasir & Nursyereen Nasir
Foto: Vijay Anand Ismavel & Syadan Ginu
Di dalam Al-Quran,
Allah ada menyebut tentang burung dan bagaimana sifat aerodinamiknya
menunjukkan kekuasaan Allah. “Tiadakah mereka memerhatikan burung yang mudah
terbang diudara? Tiada yang menahannya, melainkan Allah. Sungguh pada demikian
itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.” 16:79
(An-Nahl). Perkataan “yumsikuhunna” di dalam ayat bermaksud “memegang”. Dengan
ini, ia boleh dimaksudkan dengan Allah memegang burung di udara dan terbang
dengan perintahNya.
Burung merbah atau juga dikenali sebagai ‘bulbul’ tergolong dalam spesies passerines saiz-sederhana yang dikategorikan dalam famili Pycnonotidae. Terdapat lebih 138 spesies merbah yang boleh dijumpai di benua America, Afrika, Asia dan Australia. Daripada jumlah tersebut, terdapat sebanyak 27 spesies merbah di negara Malaysia. Dua spesies merbah telah dikategorikan sebagai ‘Sangat Terancam’, tujuh sebagai ‘Hampir Terancam’ manakala yang lain-lain sebagai ‘Kurang Membimbangkan’. Secara amnya, burung merbah mudah didapati di hutan paya bakau, hutan primer dan sekunder, kebun, dan juga kawasan bandar dan luar bandar yang didiami manusia. Namun taburan dan jenis habitat adalah bergantung kepada spesies merbah.
Setiap spesies burung merbah mempunyai kaedah tersendiri dalam menawan pasangannya. Sebagai contoh, burung jantan Merbah Pipi Merah (P. jocosus) akan membuat beberapa pergerakan badan seperti menundukkan kepala, mengembangkan ekor dan kepaknya untuk menarik perhatian burung betina. Setelah berjaya menawan pasangan, burung merbah akan mula bergerak bersama pasangannya semasa mencari makanan dan menjalankan aktiviti harian. Walaupun kebanyakan spesies merbah biasanya kelihatan bersendirian atau berpasangan, terdapat juga spesies merbah seperti Merbah Siam (P. atriceps) yang hidup dalam kumpulan kecil merangkumi 6-8 individu pada satu-satu masa. Toleransi burung merbah terhadap spesies burung lain sangat tinggi terutamanya dalam perkongsian kawasan pencarian makanan mahupun tempat pembinaan sarangnya. Sebagai contoh, beberapa spesies burung seperti Ciak Rumah (Passer montanus), Murai Gila Biasa (Rhipidura javanica), Perenjak Pisang (Orthotomus sutorius), Tiong Jawa (Acridotheres javanicus) dan Zebra Dove (Geopelia striata) pernah kelihatan menghinggap bersebelahan dalam linkungan kurang dari satu meter dengan Merbah Kapur tetapi tidak menyebabkan reaksi negatif.
Merbah mengambil masa antara 3-8 hari sebelum bertelur untuk membina sarang. Sarang dibina berdasarkan variasi tumbuhan, rumput, daun-daun, ranting-ranting dan lumut di habitat. Merbah mengeramkan telur sehingga sekurang-kurangnya 2 minggu. Apabila menetas, pengeraman mengambil masa lebih kurang 11 ke 12 hari. Anak merbah mampu terbang pada hari ke 11. Masa pengeraman telur adalah antara telur terakhir yang keluar dan telur pertama yang menetas. Sesetengah induk memulakan pengeraman setelah habis proses bertelur dan anak menetas bersama ia disebut “hatching synchrony”. Sesetengah induk memulakan pengeraman sebelum habis proses bertelur dan anak-anak menetas pada masa berlainan. Ini disebut “hatching asynchrony”. Induk jantan dan betina Streak-eared bulbul (P.blandfordi) akan mengutip dan menelan tahi anak merbah sehari sebelum anak merbah mampu terbang. Anak merbah belum mampu lagi mencari makanan sendiri akan tunggu di dahan pokok. Induk akan terbang ke tanah untuk mengutip batu kecil dan daun bersama serangga yang telah ditangkap untuk diberi kepada anak. Bagi P.jocosus (red whiskered bulbul), induk akan bertelur sebiji sehari berturut-turut sehingga telur terakhir dikeluarkan. Kedua-dua induk mempunyai peranan yang berlainan. Kedua-dua induk memberi makan anak dan membersihkan najis tetapi hanya satu induk yang akan membersihkan dan merapikan anak merbah setelah makan. Frekuensi pencarian makanan dan pembersihan najis adalah lebih rendah bagi induk yang mempunyai peranan membersihkan anak merbah.
Burung merbah membina sarang berbentuk seperti mangkuk atau cawan yang dibina daripada ranting, dedaun kering, rumput, akar dan kulit pokok. Kedua-dua burung jantan dan betina akan mengambil peranan bersama dalam pembinaan sarang tesebut. Bergantung kepada kawasan yang difikirkan selamat untuk membina sarang dan membesarkan anak, Merbah Siam (P. atriceps) biasanya membina sarangnya pada ketinggian antara 30-150 cm dalam belukar di bawah pokok rotan, manakala Merbah Kapur (P. goiavier) pula lebih gemar membuat sarang di atas tiang lampu, pagar mahupun di dalam pasu bunga sekiranya berada di kawasan bandar. Masa yang diambil untuk membina sarang bagi kebanyakan spesies Merbah mencecah sehingga 7 hari.
Setelah sarang siap dibina, burung betina akan duduk di dalam sarang dan bertelur antara satu hingga empat biji pada satu-satu masa, manakala burung jantan pula akan duduk berdekatan dengan sarang tersebut. Apabila telur dihasilkan, burung betina akan mengambil peranan mengeram dan memastikan suhu optimum selama lebih kurang dua minggu sehingga telur itu menetas. Pada masa ini, burung betina akan membahagikan masa antara mengeram dan mencari makanan untuk dirinya. Kadangkala, terdapat juga telur yang tidak berjaya menetas. Sekiranya ia menetas sekalipun, anak burung tersebut mungkin akan berada dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Oleh sedemikian, burung betina akan menolak anaknya keluar dari sarang kerana anak tersebut tidak akan berupaya untuk meneruskan hidup dan membesar dengan baik. Selepas telur menetas, burung betina akan menghabiskan lebih 40% masanya bersama anaknya setiap hari. Pada masa ini, burung betina dan burung jantan akan berusaha mencari makanan yang terdiri daripada serangga kecil dan buah-buahan kecil untuk anak-anak mereka.
Seawal matahari terbit, burung betina dan jantan akan terbang berulang-alik antara 4-10 kali setiap jam dengan anggaran masa antara 5-8 minit setiap kali dengan membawa makanan untuk anak-anaknya di dalam sarang. Walau bagaimanapun, tidak semua usaha mencari makanan berjaya mendatangkan hasil. Adakalanya, burung betina dan jantan akan pulang tanpa makanan untuk diberikan kepada anak mereka. Makanan anak burung merbah terdiri daripada serangga seperti belalang, pepatung, labah-labah, rama-rama, larva kumbang dan haiwan kecil seperti cicak. Ia bergantung kepada nic kawasan makanan yang disukainya. Sebagai contoh, Barau Barau (P. zeylanicus) boleh kelihatan mencari makanan pada kanopi pokok tinggi, manakala Merbah Jambu Hitam (P. flaviventris) mendapatkan makanannya di kawasan belukar.
Pada peringkat awal usia anak merbah, induk betina dan jantan akan memberi makanan berupa serangga kecil yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Apabila anak merbah semakin membesar, induk betina dan jantan akan mula memberi makanan yang terdiri daripada buah-buahan, serangga kecil dan haiwan kecil seperti cicak. Dengan usia anak merbah yang semakin meningkat, keperluan zat makanannya juga turut meningkat. Dalam penjagaan anak, induk betina dan jantan akan berusaha mencari makanan dengan lebih berganda seiring dengan tumbesaran anak-anaknya. Pada masa yang sama, induk merbah turut perlu mencari makanan untuk diri sendiri supaya mempunyai tenaga yang cukup untuk membesarkan anaknya. Pencarian makanan akan berlarutan sehingga matahari mula terbenam. Pada waktu malam, induk betina akan tidur di dalam sarang manakala induk jantan pula akan tidur bersebelahan dengan sarang tersebut.
Anak merbah akan mula keluar dari sarangnya dan berjalan di atas dahan pokok berhampiran seawal usia hari ke-9 hingga ke-11. Anak merbah akan mampu terbang berdekatan dengan sarangnya antara hari ke-11 hingga ke-16. Walau bagaimanapun, anak merbah masih bergantung kepada induk betina dan jantan untuk pencarian makanan untuk dirinya walaupun mampu terbang pada jarak yang dekat. Induk betina dan jantan akan terbang bersama anaknya. Apabila anak tersebut lapar, induk betina dan jantan akan terbang mencari makanan manakala anaknya hanya akan menunggu di atas dahan. Selepas beberapa lama, sarang akan diabaikan dan anak merbah akan mula bebas bergerak sepertimana induk betina dan jantan. Namun begitu, anak merbah pada ketika ini belum menguasai kaedah dan masih belum mampu mencari makanan dengan sendiri tanpa bantuan induknya. Biasanya, induk merbah akan terbang bersama anaknya untuk mencari makanan dan ini akan berlangsung sehingga anak merbah mencecah dewasa dan boleh berdikari.
Sarang yang dibina juga sering mendapat perhatian daripada pemangsa walaupun biasanya terlindung diantara dedaun dan ranting pokok. Pemangsa akan menumpukan perhatian pada pergerakan induk merbah yang kerap berterbangan ulang alik dari sarang tersebut. Untuk mengaburi pemangsa daripada lokasi sebenar sarangnya, induk betina dan jantan akan hinggap berdekatan dengan sarangnyas sambil memerhatikan keadaan sekeliling supaya bebas daripada pemerhatian pemangsa, sebelum menghinggap pada sarangnya. Antara pemangsa utama kepada anak merbah yang berada dalam sarang termasuklah burung gagak, tupai, kucing, monyet, musang dan ular. Jika anak merbah yang berada dalam sarang mendapat ancaman daripada pemangsa, induk betina dan jantan akan mengeluarkan bunyi dan berterbangan berhampiran pemangsa untuk mengalih perhatian agar pemangsa menyasarkan induk betina dan jantan. Adakalanya, spesies seperti Merbah Pipi Merah (P. jocosus) akan menyamar seakan-akan dalam keadaan sakit untuk menarik perhatian pemangsa yang ingin mendekati sarangnya. Secara purata, kadar kemandirian anak merbah hanya sebanyak 10-15% sahaja.