Saturday 17 October 2015

Buku rujukan bergambar

Memang tidak dinafikan bahawa pengecaman spesies memerlukan deskripsi terperinci mengenai ciri-ciri morfologi sesuatu spesies. Namun begitu, setiap penulis mendeskripsikan dengan cara, gaya dan perincian yang berbeza. Contohnya, kucing itu bewarna kuning atau warna kucing itu oren kekuningan. Spesies dan individu yang sama tetapi deskripsi dan gaya bahasa yang berbeza kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca.

Contoh: Terdapat tompok bewarna kelabu pada bahagian hidung

Contoh: Warna putih pada kaki seperti memakai stokin putih

Oleh yang demikian, deskripsi mengenai spesies haiwan memerlukan foto-foto hidup yang menarik dan di bawahnya terdapat deskripsi dan penerangan mengenai haiwan tersebut untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pembaca. Dengan cara ini, dapatlah pembaca memahami dengan lebih baik apa yang cuba disampaikan oleh penulis

Saturday 26 September 2015

Pekerjaan di dalam bidang Zoologi

1. Sejak kebelakangan ini, saya sering tertanya-tanya kepada diri sendiri, di manakah saya akan berada selepas tamat pengajian di peringkat universiti? Saya akan kerja sebagai apa dan bagaimanakah pekerjaan saya di dalam dunia sebenar dalam bidang Zoologi ini?

2. Jika dilihat dalam Career Fair, Job Fair dan seumpamanya, amat sukar untuk mencari pekerjaan di dalam bidang Zoologi ini jika dibandingkan dengan pekerjaan seperti akauntan, jurutera, IT dan sebagainya.

3. Maka, saya seringkali berfikir bahawa bidang Zoologi ini sudah termasuk di dalam bidang yang sangat khusus dan sangat jarang dikenali orang awam. Contohnya, jika orang bertanya kepada saya, "bidang apa kamu ambil di universiti?", dan saya akan menjawab 'Zoologi'. Orang yang bertanya akan terus berfikir sama ada saya akan menjadi 'doktor haiwan' ataupun kerja di 'Zoo'.

4. Namun, hakikatnya, bidang zoologi ini sangat luas kerjayanya seperti menjadi pegawai penyelidik atau sains, penyelia di zoo dan taman-taman negara, pensyarah, penasihat polisi dalam perlindungan hidupan liar, penceramah bebas mengenai kepentingan hidupan liar, pemandu pelancong, penulis buku dan magazine, jurufoto hidupan liar dan sebagainya.

5. Walau bagaimanapun, kita perlu bijak dalam mengatur kerjaya kita sendiri sebelum menjadi orang yang diperlukan di dalam bidang Zoologi ini. Hal ini kerana terdapat ramai orang daripada luar negara yang amat menyukai hidupan liar yang terdapat di dalam negara kita, tetapi amat sukar untuk mencari 'pakar-pakar di dalam disiplin tertentu' untuk dirujuk.

6. Oleh itu, untuk mengembangkan kerjaya kita sebagai ahli di dalam bidang Zoologi ini, amatlah wajar untuk mengenali dan mengambil pengajaran daripada kisah jalan hidup pakar-pakar Zoologi yang terkenal di dalam dan luar negara dalam mencari ilham dan inspirasi untuk berjaya seperti mereka pada suatu hari nanti.


Thursday 3 September 2015

Mengapa sukar mendapat pekerjaan?

Seringkali saya mendengar keluhan para graduan tidak kira di peringkat Diploma mahupun ke peringkat Sarjana bahawa mereka sukar mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian walaupun belajar sehingga ke menara gading.

Maka saya ajukan soalan-soalan untuk dijawab terlebih dahulu:

1. Berapakah orang lain yang kamu tidak kenal graduat setiap tahun pada peringkat pengajian kamu?

2. Mengapa kamu rasa kamu lebih layak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut berbanding orang lain yang setaraf kelulusan dengan kamu?

3. Siapa yang kamu kenal lebih baik daripada kamu dalam bidang kamu dan apakah yang menyebabkan kamu rasa dia lebih baik daripada kamu?

4. Apakah kelebihan yang kamu rasa kamu ada yang orang lain tidak ada dalam pekerjaan yang dipohon?

5. Apakah perkara atau projek mini yang kamu 'initiate sendiri' tanpa disuruh dan berjaya dihasilkan atau dilaksanakan semasa di sekolah atau universiti?

Jawapan daripada soalan 1-4 memang dapat dijawab dengan baik tetapi apabila mengajukan soalan 5, rata-rata akan senyap atau tidak dapat menjawab dengan baik.

Kesimpulan: Rata-rata majikan ingin mencari pekerja yang proaktif iaitu yang 'initiate sendiri' sesuatu perkara tanpa disuruh semasa di sekolah atau universiti. Justeru, apabila orang lain ada satu produk, saya akan mempunyai dua produk.

Dengan itu, jika pekerjaan terutamanya dalam bidang Zoologi yang sangat khusus dan peluang pekerjaan yang sangat terhad di dalam bidang ini di Malaysia, maka X-faktor amat diperlukan untuk bersaing dengan graduan lain yang semuanya mempunyai kelulusan yang sama.

Friday 14 August 2015

Spider workshop with Kazakhstan student

The spider workshop with Kazakhstan student (13-16 years old) were aim to nurture their interest to our precious spiders that is found in Malaysia. The workshop started with student experiencing to hunt and find spiders in the botanical garden by themselves. Searching for such small creatures like spiders hiding in dense shrubs and complexed plants can be very challenging for first timers. However, most of the students managed to find at least 1 individual spider each.

Briefing on how to look for spiders (Photo by Prasad Vasudevon)

Next, in the laboratory, students were provided with dissecting microscope, forceps, petri dish, ethanol and a spider book. They would need to examine the spider they captured using these provided equipments. Everything is hands-on done by the students themselves.

Identifying spiders captured using the spider book (Photo by Prasad Vasudevon)


I am very lucky to be one of the facilitator for this spider workshop. Hopefully, they enjoy the session and at least bring great memory from this short session.


Saturday 1 August 2015

Perbezaan antara Taxa dan Bidang

Ramai di kalangan pelajar mahupun pensyarah tidak dapat membezakan di antara TAXA (cth: mammal, reptiles, amphibians, insects, invertebrates, birds dsb) dan BIDANG (cth: community ecology, behavior, taxonomy, genetic diversity, phylogenetic dsb).

Maka saya akan terangkan secara am perbezaan mengenai TAXA dan BIDANG ini. Sebagai contoh, saya ingin mengkaji mengenai behavioural ecology (BIDANG) untuk labah-labah (TAXA), Maka labah-labah (TAXA) digunakan sebagai MODEL untuk menguasai disiplin ilmu dalam behavioural ecology (BIDANG).

Jika saya ingin mengkaji taxonomy (BIDANG) untuk labah-labah (TAXA), saya perlu mempelajari disiplin ilmu dalam bidang taxonomy (BIDANG) pula bagi menguasai disiplin ilmu tersebut. Maka, saya tidak boleh mengatakan saya adalah PAKAR LABAH-LABAH hanya kerana saya mempelajari mengenai labah-labah (TAXA) kerana saya hanya menguasai SATU sahaja disiplin ilmu iaitu dalam taxonomy (BIDANG).

Sebagai contoh , jika ada sesiapa yang ingin mempelajari mengenai labah-labah (TAXA), tetapi mengenai community ecology (BIDANG), dia hanya boleh merujuk kepada saya untuk mengenali spesies labah-labah (TAXA) tersebut, dan perlu MERUJUK kepada AHLI di dalam community ecology (BIDANG) untuk memahami BIDANG tersebut.

Sama juga, jika saya ingin mengkaji phylogenetic (BIDANG) mengenai labah-labah (TAXA), saya perlu merujuk kepada AHLI di dalam phylogenetic (BIDANG) dan bukan kepada AHLI yang pernah mengkaji gene expression atau molecular cloning (BIDANG) hanya kerana perkataan genetic atau molecular yang ada di dalam BIDANG tersebut.

Oleh yang demikian, jika saya ingin mempelajari mengenai community ecology (BIDANG) dan menggunakan burung (TAXA) sebagai MODEL untuk memahami disiplin ilmu dalam BIDANG tersebut, adakah saya perlu merujuk kepada orang yang pernah mengkaji BURUNG (TAXA) atau orang yang telah memahami disiplin ilmu dalam community ecology (BIDANG) ?

Jawapannya, sudah pasti saya perlu merujuk kepada AHLI yang telah memahami community ecology (BIDANG), behavioural ecology (BIDANG) jika berkaitan, dan juga yang memang mengenali mengenai spesies-spesies burung (TAXA) tersebut.

Maka, untuk mengenali siapa yang AHLI di dalam BIDANG tersebut, cari artikel yang telah ditulis dan diterbitkan sebagai penulis pertama (1st author) oleh AHLI tersebut untuk lebih meyakinkan. Hal ini kerana  kebiasaannya 1st author telah melalui PROSES yang paling banyak untuk menguasai DISIPLIN ILMU di dalam BIDANG itu dan juga dalam menjayakan penerbitkan artikel tersebut.

Thursday 9 July 2015

Menunggang Kuda di Bukit Fraser

Kuda merupakan haiwan yang sangat taat kepada tuannya. Ia memerlukan penjagaan yang rapi termasuk rutin harian seperti mandi, mendandan, memberi makanan yang berkhasiat dan membersihkan tempat tidurnya. Jika tuannya terjatuh semasa menunggang di ladang atau di hutan, kuda akan mencari bantuan dengan kembali ke bangsalnya untuk menunjukkan kepada orang yag berada di sana bahawa tuannya tidak menunggangnya. Maka, orang yang faham akan mengikuti kuda tersebut untuk pergi ke tempat tuan empunya kuda di mana ia terjatuh dan seumpamanya.

Harga menunggang kuda adalah RM8 di Bukit Fraser.


Kuda akan tidur berdiri