Wednesday 15 May 2013

BUKU: Kehidupan Kubung


Tajuk    : Natural History of the Colugo
Penerbit: UniversitiKebangsaanMalaysia
Bahasa  : Bahasa Inggeris
ISBN    : 978-967-412-074-0
Tahun   :  Mei 2013
Harga   : RM65 (termasuk postage)
Penulis  : Dzulhelmi Nasir (dzul_3my@yahoo.com)
Pelukis  : Dzulfeqar Nasir
Foto     : Ahmad Syazwan Saidin, Dzulfeqar Nasir, Dzulhelmi Nasir, Karen Beverly Seem, Muhammad Rasul Abdullah Halim, Pui Yong Min, Siti Mariam Jamaluddin, Suriyanti Su Nyun Pau, Willy Chin Siaw Min
Bil. muka surat: 102 muka surat

1. Sementara menunggu untuk penyemakan tesis oleh pemeriksa yang mengambil masa dua bulan, saya mula mencari buku haiwan dan meneliti gaya bahasa, susunan, kualiti gambar dan isi kandungan yang dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara penerbit yang menarik perhatian saya ialah Natural History Publication (Borneo) dan New Holland Publishing. Dengan masa yang ada, saya menulis buku ini yang mengambil masa sehingga 3 bulan penuh (non-stop) - 6 pagi sehingga 7 petang setiap hari tanpa sebarang gangguan.

2. Oleh kerana buku yang ditulis adalah separa ilmiah, maka setiap muka surat perlu mempunyai sekurang-kurangya 1 foto untuk menerangkan mengenai petikan yang ditulis. Kadangkala-kala, saya ada meminta foto dari 'rakan' atau 'kenalan', tetapi ada juga yang tidak memberi walaupun kita tahu dia ada foto tersebut. Namun, saya masih meneruskan 'memburu' untuk mencari gambar yang diperlukan. Saya juga ada membeli foto dari Shashinki photo dan telah mendapatkan foto dari rakan lain yang tidak mempunyai 'konflik of interest'.

3. Selain itu, saya juga pergi ke Langkawi untuk mengambil gambar Kubong yang masih kekurangan dari segi postur dan gaya untuk 'fit' dalam bab buku selama 5 hari. Kita perlu ingat bahawa foto amat penting dalam penulisan buku maka amat wajar untuk membeli kamera set yang berkualiti.

4. Selepas buku siap ditulis, saya menghantar kepada penerbit yang saya rasa mempunyai kelebihan dan tidak ada 'bias' dalam proses penilaian dalam menerbitkan buku ini. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan percetakan buku ini oleh penerbit UKM walaupun hanya selepas 1 tahun 6 bulan dari tarikh penghantaran untuk mencetak buku ini untuk susun atur siap. Bagi saya, ia agak lambat diterbitkan.

5. Kesimpulannya, semua orang mampu menulis buku ilmiah walaupun masih berada di peringkat pelajar kerana ramai orang barat dan negara jiran seperti Singapura juga menulis dan menerbitkan buku ilmiah seawal umur 24 tahun. Oleh kerana umur saya kini mencecah 27 tahun, saya amat berharap kesedaran pemuda kita untuk menulis buku pada usia yang muda kerana waktu ini kita mempunyai banyak masa.

6. Akhir kata, elakkan berbincang dengan 'parasit' buku yang hanya ingin menumpang nama sebagai penulis bersama (co-author) dan membuat kerja yang paling minima. Kalau nak tahu orang itu 'parasit' atau tidak, tanya perbezaan antara "author', 'co-author', reviewer, editor, 'photo credit' dan siapa yang perlu diletakkan dalam 'acknowledgement'.






2 comments:

  1. Wahh! Dah lama saya cari blog tentang zoologi.Akhirnya jumpa juga.Terima kasih atas informasi yg diberikan.Semoga saudara dapat memberi Banyak pengisian lagi di masa hadapan.

    ReplyDelete