Saturday 23 November 2013

Imbasan Elektron Mikroskopi (Scanning Electron Microscope)

Terdapat kaedah untuk mengambil foto bagi benda-benda kecil dan halus yang amat sukar (mustahil) untuk dilihat oleh mata kasar. Imbasan Elektron Mikroskopi merupakan suatu alat yang digunakan untuk menangkap foto dengan bantuan imbasan elekton kepada objek. Perkara paling utama untuk memasukkan objek ke dalam Elektron Mikroskopi ialah dengan memastikan objek adalah kering sepenuhnya daripada air.

1. Fixation - Maka sebelum mengambil foto, objek ini perlu menjalani proses mengeraskan objek untuk menstabilkan strukturnya (fixation).

2. Critical Point Drying - Selepas itu, objek ini perlu mengeluarkan kesemua air yang terkandung di dalamnya dan digantikan dengan acetone untuk mengelakkan objek daripada mudah kecut (critical point drying).

3. Coating - Kemudian objek ini diselaputkan dengan emas (coating) bagi memantulkan caj-caj elektron. Caj elektron yang terpancar kepada objek adalah amat kuat, dan boleh mengecutkan objek walaupun sudah mengeluarkan kesemua air semasa mengambil foto.

Selepas menjalani proses fixation, critical point drying dan coating
(Kekuatan caj-caj elektron dipantulkan daripada objek)

Selepas menjalani proses fixation, critical point drying, TETAPI tidak coating. 
(Kekuatan caj-caj elektron dikenakan ke atas objek)


Tidak menjalani proses apa-apa
(Tekanan tinggi, kekuatan caj elektron yang terkena kepada objek tanpa sebarang halangan)

No comments:

Post a Comment