Thursday, 3 September 2015

Mengapa sukar mendapat pekerjaan?

Seringkali saya mendengar keluhan para graduan tidak kira di peringkat Diploma mahupun ke peringkat Sarjana bahawa mereka sukar mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian walaupun belajar sehingga ke menara gading.

Maka saya ajukan soalan-soalan untuk dijawab terlebih dahulu:

1. Berapakah orang lain yang kamu tidak kenal graduat setiap tahun pada peringkat pengajian kamu?

2. Mengapa kamu rasa kamu lebih layak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut berbanding orang lain yang setaraf kelulusan dengan kamu?

3. Siapa yang kamu kenal lebih baik daripada kamu dalam bidang kamu dan apakah yang menyebabkan kamu rasa dia lebih baik daripada kamu?

4. Apakah kelebihan yang kamu rasa kamu ada yang orang lain tidak ada dalam pekerjaan yang dipohon?

5. Apakah perkara atau projek mini yang kamu 'initiate sendiri' tanpa disuruh dan berjaya dihasilkan atau dilaksanakan semasa di sekolah atau universiti?

Jawapan daripada soalan 1-4 memang dapat dijawab dengan baik tetapi apabila mengajukan soalan 5, rata-rata akan senyap atau tidak dapat menjawab dengan baik.

Kesimpulan: Rata-rata majikan ingin mencari pekerja yang proaktif iaitu yang 'initiate sendiri' sesuatu perkara tanpa disuruh semasa di sekolah atau universiti. Justeru, apabila orang lain ada satu produk, saya akan mempunyai dua produk.

Dengan itu, jika pekerjaan terutamanya dalam bidang Zoologi yang sangat khusus dan peluang pekerjaan yang sangat terhad di dalam bidang ini di Malaysia, maka X-faktor amat diperlukan untuk bersaing dengan graduan lain yang semuanya mempunyai kelulusan yang sama.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nama saya siti,saya nak bertnya, untuk pohon kos zoologi dekat uni tempatan, keputusan spm masih dilihat atau dengan pointer matriks sahaja kita sudah boleh memohon kos ini,minta penjelasan dengan lebih lanjut skiranya tidak keberatan... Email saya zaitunahmad99@gmail.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, nama saya Maria pelajar MRSM sedang melalukan kajian kerjaya iaitu bidang zoologist. Jika tidak keberatan boleh tolong jawab smua soalan ni?
    1) Apakah persediaan/kelulusan yang dilakukan oleh encik untuk memasuki bidang ini
    2) Apa yang anda lakukan setiap hari semasa bekerja sebagai zoologist
    3) Apakah kelebihan menjadi ahli zoologi
    4 Apakah kekurangan dalam menjadi ahli zoologi
    5) Bagaimanakah pekerja sebagai ahli zoologi memberi kesan kepada hidup anda
    6) Berapakah range pendapatan encik?
    7) Apakah cita-cita asal encik?
    8) Apakah nasihat encik kepada saya dalam menceburi bidang zoologist ini

    Saya harap encik dapat menjawab soalam saya di atas, sekiranya dapat, encik boleh reply ke email mariairdina 7@gmail.com
    terimakasih

    ReplyDelete