Monday 26 October 2015

Pemandu Pelancong (Nature guide): Pekerjaan yang menarik

Terdapat pekerjaan yang boleh memupuk minat dan mendalami ilmu pengetahuan di dalam bidang Zoologi iaitu sebagai pemandu pelancong (Nature guide). Pekerjaan ini pada mulanya nampak seperti pekerjaan rutin biasa tetapi pada hakikatnya, ia mampu meluaskan ilmu pengetahuan kita sendiri setiap kali bertemu dengan flora & fauna yang terjumpa di depan mata. Hal ini kerana sebagai pemandu pelancong, kita perlu berkongsi ilmu & menerangkan serba-sedikit mengenai flora & fauna yang terjumpa semasa membawa pelancong.

Kadang-kala, kita tidak mempunyai ilmu mengenai flora & fauna yang terjumpa di depan mata pada ketika itu. Maka amat perlu memberitahu kepada pelancong bahawa kita 'tidak tahu' daripada 'buat-buat tahu' akan subjek yang dijumpai itu. Namun, apabila pulang ke rumah, kita sebagai pemandu pelancong perlu mencari rujukan untuk mengetahu serba-sedikit mengenai subjek yang dijumpai itu. Hanya dengan cara ini, kita mampu menimba ilmu pengetahuan yang lebih luas mengenai flora & fauna yang 'perlu diketahui' di kawasan tersebut daripada membaca 'semua' dan tidak dapat dipraktikkan.

Yang menarik ialah terdapat ramai pelancong asing yang suka memberi 'tips (duit lebih)' kepada pemandu pelancong jika mereka merasakan kita menjalankan tugas dengan baik.

Terdapat peluang pekerjaan sebagai pemandu pelancong yang menarik iaitu:
a. Dark Caves (Batu Caves), Selangor
b. Taman Negara Bako, Mulu & Niah, Sarawak


2 comments:

  1. Assalammualaikum , abg saya nak tnya boleh ke jadi zoologi kalau saya tak amik bio tapi amik fizik and kimia je ? Bila masuk u boleh amik bio tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zoologi ni luas, saya kurang pasti kalau tiada subjek Bio masa SPM boleh ambil ke tak, tapi ramai juga yang mengambil bidang zoologi di universiti walaupun beraliran sains fizik ( bukan Bio) semasa di matrikulasi.

      Delete