Ada orang pernah mengajukan persoalan dalam konteks berikut:
Soalan:
Saya telah buat semua kerja yang sepatutnya, telah menerbitkan artikel di dalam jurnal, menghadiri seminar & persidangan, tetapi kenapa saya perlu tulis tesis ?
Gambaran:
Si A telah membuat sesuatu kerja dan telah menyelesaikan kerja tersebut. Pada waktu tersebut, rakan-rakan telah memuji hasil kerja beliau. Selepas 10 tahun berlalu, ada Si B mempersoalkan kerja-kerja yang telah dibuat oleh Si A. Si B beranggapan bahawa Si A tidak membuat kerja tersebut tetapi dibuat oleh pihak lain. Maka Si A tidak berkata apa-apa, terus pulang ke rumah dan mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kerja-kerja yang dipertikaikan itu dan menunjukkan kepada Si B. Si B pun baca dan terus membisu.
Jawapan:
Tesis adalah "proses yang anda telah lalui secara bertulis" dan digunakan sebagai 'bukti formal".
Assalam nak tanya..abg dulu ambik bidang zoologi ni kat universiti mana? Dan MOSTLY yg berjaya ambik degree dlm bidang ni berapa pointer diorang semasa di matrik atau asasi? Mohon pencerahan tq ��
ReplyDeleteWassalam, saya ambik di UNIMAS (Sarawak) dulu..sekarang banyak je universiti yang ada bidang zoologi (cth: UMT, UKM, UPM, USM, UMS). Kebiasaannya apa2 jurusan yang kita nak ambik kalau boleh atas 2.75..tapi untuk selamat atas 3.0..
DeleteBoleh saya tahu tahun en bergraduat bila? adakah cabaran pada tahun itu tinggi bagi seorang graduan dalam bidang zoologi ingin mendapat peluang pekerjaan. Berapa lama (tempoh masa) dari tarikh bergraduat en mendapat pekerjaan dalam bidang en sekarang?
ReplyDeleteKebiasaannya, tempoh selepas bergraduat dan mendapat pekerjaan bagi mana-mana peringkat pengajian adalah antara 6-24 bulan.
Delete