Sunday, 1 January 2023

Destinasi Perlancongan di Sekitar Pahang

Terdapat destinasi perlancongan yang boleh membawa keluarga dan rakan-rakan untuk pergi bercuti. Dengan merancang masa bagi setiap destinasi dengan baik, anda berpeluang untuk melawat beberapa tempat menarik ini dalam masa 3 hari 2 malam di kawasan Jengka, Temerloh dan Kuala Gandah.

Menyambut Hari Gajah Sedunia pada 12 Ogos 2022 di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.


Pertunjukan gajah pada jam 10.30 pagi. Masuk percuma dan boleh juga memberi gajah makan dengan harga tebu RM3 seikat.


Lanchang Deerland Park dalam 15 minit dari Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah. Harga tiket bawah RM15 untuk seorang dewasa.


Ada hidupan lain juga seperti mini zoo di Lanchang Deerland Park.


Gua Gelanggi di Tekam, Pahang. Sejarah orang zaman dulu yang tinggal di Gua ini. RM5 untuk seorang.


Menaiki bot untuk ke perkampungan orang asli di Taman Negara. Harga bot yang muat 5 orang ialah RM160 untuk 1 bot. Pejalanan sungai ini sangat mendebarkan dan seronok kerana bot bergerak melawan arus, dan percikan air yang banyak akan terkena kita. Jadi, bawa 1 set pakaian baru untuk salin.


Perkampungan orang asli di Taman Negara. 


Titian gantung (canopy walk), meredah hutan (jungle trekking) dan air terjun ada di Taman Negara.


Galeri Mat Kilau ada di Tekam, Pahang. Harga tiket RM5 untuk seorang.


Titik tengah semenanjung berada di Temerloh, dan boleh kelihatan di tepi jalan utama.


Tugu ini menghala ke arah kiblat.


Daya tarikan di dalam kawasan Titik Tengah Semenanjung ialah suasana untuk penggambaran.


Jengka Wonderland @ Taman Tema Air yang sangat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. RM15 untuk seorang

No comments:

Post a Comment