Monday, 2 June 2025

Kursus Penanaman Pokok Kantan

Dengkil, 24 Mei 2025 – Seramai 20 peserta telah menyertai Kursus Penanaman Pokok Kantan yang berlangsung di Ladang Kantan, Dengkil, Sepang semalam. Kursus ini dikendalikan oleh Sadam Arffain, seorang anak muda yang berpengalaman luas dalam bidang pertanian, khususnya dalam penanaman pokok kantan.

Gambarajah 1: Pengajaran di lapangan untuk peserta memahami dengan lebih mudah.

Kursus ini berjaya menarik minat peserta dari pelbagai latar belakang, bukan sahaja dari daerah Sepang, malah dari negeri-negeri seperti Pahang, Negeri Sembilan, dan Selangor. Ini membuktikan peningkatan kesedaran dan minat terhadap potensi penanaman pokok kantan sebagai sumber pendapatan alternatif yang menguntungkan. Program sehari ini memberi fokus kepada pengetahuan asas, teknik penanaman yang betul, serta sesi praktikal secara langsung di ladang. Para peserta didedahkan dengan kaedah penyediaan anak benih, penjagaan rapi pokok kantan, serta kawalan serangga dan penyakit yang biasa menyerang tanaman tersebut.

Gambarajah 2: Pengajaran secara amali di lapangan.

Menurut Sadam Arffain, pokok kantan mempunyai potensi pasaran yang luas, bukan sahaja dalam masakan tradisional, malah semakin digunakan dalam produk inovatif industri makanan dan minuman. “Penanaman pokok kantan sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan projek pertanian skala kecil tetapi berimpak besar,” jelas beliau. Penganjur berharap siri kursus ini akan terus menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai individu, khususnya generasi muda, untuk terlibat dalam bidang pertanian moden yang menjanjikan pulangan lumayan.

Gambarajah 3: Bunga kantan yang telah mengorak.

Gambarajah 4: Peserta yang terlibat dengan kursus ini.

Penulisan diperolehi daripada: https://www.youtube.com/watch?v=9-Iyz7wAvNc&t=270s

Info lebih lanjut oleh En.Sadam Arffain: 

i. https://www.youtube.com/watch?v=5H4CSNAHtnU

ii. https://www.youtube.com/watch?v=KYrwYkYPqrI

Tuesday, 1 April 2025

RMC D'Royal Vanguards Reunion

From 2000 to 2003, we studied at the Royal Military College (RMC), from Form 2 to Form 5. There are 97 out of 112 person graduated from this school. After 25 years, our batch, known as D'Royal Vanguards, reunited to celebrate our Silver Jubilee, marking the 25th anniversary. It was a truly special moment for all of us, as many of us hadn’t seen each other in years. The event was held on 15 February 2025 at Bangi Avenue, Selangor.

Fig 1: Silver Jubilee cake.


Fig 2: More than 50% of our batch gathered during this event.

Fig 3: Reunion after 25 years has passed.

Fig 4: We are OP RMC.

Fig 5: OP Nureikmar organised this event.

Fig 6: Company and squad representative to cut the cake.

Saturday, 1 March 2025

Sukan FELDA Malaysia 2025 - SUFMA

Sukan FELDA Malaysia (SUFMA) 2025 telah berlangsung pada 22-25 Februari 2025 di Universiti Malaya. Terdapat 16 acara sukan dengan 13 kontingen yang berentap pada temasya ini. Pada masa sama, SUFMA juga telah berusia 50 tahun untuk menyambut Jubli Emas. Dalam temasya ini, saya dan Faiz FGV, Musa dan Jamil (FPM) mewakili pasukan Catur untuk Wilayah Jengka. 

Gambarajah 1: Pasukan Catur Wilayah Jengka. Dari kiri, Musa, Jamil, Faiz dan Dzulhelmi. 

Gambarajah 2: Pertandingan catur - 6 pusingan.

Gambarajah 3: Suasana pertandingan Catur di Universiti Malaya.

Gambarajah 4: Pasukan Catur Wilayah Jengka mendapat Naib Johan.

Gambarajah 5: Faiz telah mendapat anugerah pemain catur terbaik.

Gambarajah 6: Pemenang, Kuala Lumpur (Johan), Jengka (Naib Johan), Raja Alias (Ketiga) dan Sahabat (Keempat).

Saturday, 1 February 2025

Yoda

Yoda, anak kucing yang masih belum buka mata, dan telah diselamatkan pada 2021. Pada waktu itu, ia keseorangan dan tidak nampak ada ibu kucing di mana-mana. Setelah 3 tahun, kini ia telah menjadi dewasa bersama kami. 

Gambarajah 1: Telah diselamatkan dan menjaga Yoda dari menyusu sehingga besar.

 

Wednesday, 1 January 2025

Projek BORA: Gajah-Napier

Pada 10 Oktober 2024, FGV telah mengadakan lawatan ke Tabin Wildlife Reserve di Lahad Datu. Dalam kawasan hutan simpan yang berkeluasan 120,000 hektar ini, terdapat sekitar 300 ekor Gajah pigmi. Pada masa sama, ladang-ladang sawit yang berdekatan berisiko untuk dimasuki oleh Gajah-gajah ini mengikut musim dan laluannya. 

BORA telah mengenalpasti sebab utama Gajah mencari sumber makanan lain di luar dari kawasan hutan, yang dikenali sebagai "Shifting Baseline Syndrom". Setiap tahun, hutan asli akan menjadi semakin tua, dedaunnya akan menutupi cahaya dari sampai ke tanah, dan akhirnya pokok-pokok rumpai yang menjadi makanan Gajah akan berkurangan. Pada masa sama, populasi Gajah pigmi di dalam Tabin Wildlife Reserve semakin bertambah kerana pemuliharaan yang berjaya. Oleh yang demikian, pihak BORA telah menyediakan sumber makanan alternatif iaitu Napier, kolam air dan juga garam di sempadan hutan-ladang sawit kepada Gajah untuk memastikan mereka tidak memasuki ladang sawit untuk mencari makanan lain.

Gambarajah 1: Napier ditanam di kawasan terbuka untuk mendapatkan sumber cahaya matahari untuk tumbesaran.

Gambarajah 2: Kolam untuk sumber air dan untuk Gajah pigmi berendam.

Gambarajah 3: Bongkah garam yang dipacak pada tanam sebagai sumber nutrisi Gajah pigmi.

Gambarajah 4: Napier perlu dipotong setiap 3 bulan untuk memastikan ia segar. Napier tua mempunyai bunga di hujungnya, dan kurang disukai Gajah.

Gambarajah 5: FGV bersama Dr Zainal Zainuddin, veteriner dan ketua projek Gajah-Napier.

Gambarajah 6: Tabin Wildlife Reserve merupakan lokasi eko-perlancongan yang disukai orang luar negara kerana keaslian hutannya.


Akhir kata, penanaman Napier sebagai sumber makanan alternatif, mudah tumbuh, kos murah boleh meminimakan kemasukan Gajah ke dalam ladang sawit. Namun begitu, adalah mustahak untuk memasang pagar elektrik di sempadan hutan-ladang sawit untuk mengelakkan Gajah pigmi memasuki ladang sawit kita.


Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang BORA: https://www.borneorhinoalliance.org/