Dengkil, 24 Mei 2025 – Seramai 20 peserta telah menyertai Kursus Penanaman Pokok Kantan yang berlangsung di Ladang Kantan, Dengkil, Sepang semalam. Kursus ini dikendalikan oleh Sadam Arffain, seorang anak muda yang berpengalaman luas dalam bidang pertanian, khususnya dalam penanaman pokok kantan.
Gambarajah 1: Pengajaran di lapangan untuk peserta memahami dengan lebih mudah.
Kursus ini berjaya menarik minat peserta dari pelbagai latar belakang, bukan sahaja dari daerah Sepang, malah dari negeri-negeri seperti Pahang, Negeri Sembilan, dan Selangor. Ini membuktikan peningkatan kesedaran dan minat terhadap potensi penanaman pokok kantan sebagai sumber pendapatan alternatif yang menguntungkan. Program sehari ini memberi fokus kepada pengetahuan asas, teknik penanaman yang betul, serta sesi praktikal secara langsung di ladang. Para peserta didedahkan dengan kaedah penyediaan anak benih, penjagaan rapi pokok kantan, serta kawalan serangga dan penyakit yang biasa menyerang tanaman tersebut.
Gambarajah 2: Pengajaran secara amali di lapangan.
Menurut Sadam Arffain, pokok kantan mempunyai potensi pasaran yang luas, bukan sahaja dalam masakan tradisional, malah semakin digunakan dalam produk inovatif industri makanan dan minuman. “Penanaman pokok kantan sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan projek pertanian skala kecil tetapi berimpak besar,” jelas beliau. Penganjur berharap siri kursus ini akan terus menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai individu, khususnya generasi muda, untuk terlibat dalam bidang pertanian moden yang menjanjikan pulangan lumayan.
Gambarajah 3: Bunga kantan yang telah mengorak.
Gambarajah 4: Peserta yang terlibat dengan kursus ini.
Penulisan diperolehi daripada: https://www.youtube.com/watch?v=9-Iyz7wAvNc&t=270s
Info lebih lanjut oleh En.Sadam Arffain:
i. https://www.youtube.com/watch?v=5H4CSNAHtnU
ii. https://www.youtube.com/watch?v=KYrwYkYPqrI
No comments:
Post a Comment