Oleh Suhaidah Masri, Irham Razak & Dzulhelmi Nasir
Kura-kura adalah spesies
penyu yang tinggal di daratan dan tidak boleh tinggal di air. Kura-kura mempunyai kaki yang berbonggol dan bersisik. Saiz Kaki kura-kura
lebih kecil berbanding saiz kaki penyu laut. Terdapat
lebih kurang 49 spesies kura-kura yang mempunyai pelbagai
saiz. Bermula dari saiz yang paling kecil iaitu padlopers
(Homopus) berasal daripada
afrika selatan sehingga
ke saiz kura-kura yang paling besar iaitu
galapagos dan aldabra. Kura-kura mempunyai
jangka hidup yang panjang iaitu di antara
30 hingga 150 tahun.
Secara umumnya, jantan dan betina kura-kura boleh dibezakan
melalui ekor. Jantan mempunyai ekor
yang lebih panjang iaitu biasanya ditarik ke atas dan ke sisi cangkerang belakang, manakala betina
mempunyai ekor yang lebih kecil dan jatuh
ke bawah. Kura-kura dapat berkomunikasi sesama sendiri menggunakan
beberapa teknik seperti visual,
sentuhan dan olfaktori (bau). Apabila kura-kura jantan bertemu dengan kura-kura jantan,
kura-kura tersebut akan mula berinteraksi dengan menggerakkan kepalanya
keatas dan kebawah
berulang ulang kali. Manakala, apabila kura-kura jantan bertemu dengan kura-kura
betina, kura-kura betina akan berundur
sebagai tindak balas terhadap kura-kura jantan, dan kura-kura jantan kemudian akan meningkatkan pergerakan
kepalanya dan cuba mengelilingi kura-kura betina berkenaan.
Gambarajah 1: Asian Brown Tortoise (Manouria emys) dijumpai di Lembah Danum, Sabah
Kura-kura
menggunakan teknik lingual prehension sebagai cara untuk mereka makan. Lingual prehension ialah teknik
dimana kura-kura akan mengeluarkan lidah nya
untuk menyentuh makanan dan memakan makanan tersebut. Selain itu, kura-kura mempunyai
sifat generalis forager
dimana ianya mampu bertahan dalam pelbagai keadaan
persekitaran dengan mengubah
pemilihan makanan mereka mengikut
kesesuaian musim dan cuaca. Di Malaysia, sesetengah masyarakat seperti orang asli, bidayuh
dan iban yang berasal daripada
negeri Sarawak mengambil
kura-kura sebagai sumber
makanan mereka kerana dipercayai mempunyi kandungan vitamin yang baik untuk kesihatan
manusia.
Kura-Kura air tawar di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu
kura-kura bukit, labi-labi dan tuntung. Persamaan ketiga-tiga jenis ini adalah kesemua
memiliki ciri fizikal umum bagi kura-kura iaitu bercengkerang, berkuku, umur
yang panjang dan boleh hidup di darat atau air. Kura-kura bukit juga dipanggil
sebagai ‘Baning’. Baning adalah kura-kura yang gemar hidup di darat, dan jarang
meluangkan masa di dalam air. Kaki kura-kura baning berbeza dengan labi-labi
dan tuntung dari segi kakinya yang tiada selaput dan bersisik. Hal ini
demikian, kerana Baning hidup di darat, dan tidak memerlukan selaput kaki.
Baning mempunyai cengkerang yang keras, dan kaki yang bergerigi. Labi-labi pula
adalah kura-kura yang mempunyai cengkerang lembut di samping punyai hidung yang
panjang. Labi-labi adalah kura-kura yang hidup kebanyakan masanya di dalam air.
Tuntung pula adalah spesies kura-kura yang mempunyai cengkerang keras, tetapi
hidup di dalam air. Baning adalah kura-kura yang makan tumbuh-tumbuhan, berbeza
dengan labi-labi yang karnivor, dan tuntung yang mempunyai pemakanan omnivor.
Gambarajah 2: Asian leaf turtle (Cyclemys dentata) yang dijumpai menyeberangi jalan raya di Sukau, Sabah
Kura-kura memainkan peranan penting dalam rantaian makanan sesebuah ekosistem. Hal ini kerana Kura-kura boleh bertindak sebagai mangsa atau pemangsa kepada invertebrata spesies. Satu-satunya cara jangka panjang untuk menjamin kemandirian kura kura adalah dengan mengekalkan habitatnya. Hampir semua spesies kura-kura menghadapi kebimbangan setempat akibat eksploitasi mereka untuk makanan dan perdagangan haiwan peliharaan. Penebangan hutan, degradasi, pemecahan, dan perubahan habitat untuk pertanian, serta pembandaran adalah antara faktor yang emnajdi penyumbang utama kepada penurunan populasi. Tambahan juga, populasinya juga terjejas oleh pemangsa sarang dan penetasan, pencemaran, spesies penceroboh, perdagangan haiwan peliharaan haram dan perubahan iklim global. Salah satu kesukaran yang dihadapi dalam usaha pemuliharaan kura-kura ialah keupayaan kura-kura untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Sebagai contoh, Kura-kura darat sukar dikesan di padang kerana ia mampu mengubah habitatnya mengikut kesesuian dengan persekitaran mereka, kura-kura ini bersembunyi dalam cangkerangnya, jarang bersuara, dan tidak meninggalkan kesan yang kelihatan. Kebanyakkan spesies kura-kura di Malaysia adalah di bawah akta lindungan, dan status keberadaan spesies kura-kura ini dinilai kerana jumlahnya yang kian menurun.
No comments:
Post a Comment