Monday, 1 August 2022

Burung Pemangsa Malaysia

Penulis: Dzulhelmi Nasir, Nursyereen Mohd Nasir & Adnan Amin-Safwan

Foto: Syadan Ginu & Oleg Chernyshov

Malaysia adalah salah satu kawasan di Asia Tenggara yang terletak sepenuhnya di kawasan tropika, dan merupakan tumpuan utama biodiversiti terbesar di dunia. Selantaran itu, burung melambangkan ciri terpenting di landskap Asia Tenggara yang mana menyumbang kepada lebih daripada 2000 spesies, merangkumi sekitar 20% daripada jumlah burung di dunia. Raptor, yang juga turut dikenali sebagai burung pemangsa (Order Accipitriformes) merupakan spesies burung yang lebih dikenali berbanding yang lain. Mereka mewakili lebih dari 5% fauna burung di rantau Asia Tenggara ini. Ketiga keluarga yang terdapat dalam Order Accipitriformes adalah Accipitridae, Pandionidae dan Sagittariidae, iaitu, keluarga burung dengan paruh berbentuk 'cangkuk' yang kuat dan morfologinya berubah berdasarkan diet. Kebiasaannya, mereka memakan pelbagai jenis mangsa termasuk serangga, mamalia bersaiz sederhana, bangkai dan beberapa makanan buah.

Gambarajah 1: Helang Merah Haliastur indus

Burung pemangsa atau raptor biasanya melakukan rondaan di atas udara dan mencari mangsa di bawah dengan bantuan penglihatan yang tajam, paruh cangkuknya yang kuat dan sepasang talon atau cakar yang tajam. Secara amnya, mereka terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu burung pemangsa nokturnal dan diurnal. Burung pemangsa nokturnal kebiasaannya memburu pada waktu malam, seperti, burung hantu yang memburu mangsanya secara senyap. Sementara itu, burung pemangsa diurnal seperti helang, hawk dan falcon pula lazimnya memburu pada waktu siang hari dan kebiasannya mereka adalah peluncur yang luar biasa. Keluarga Accipitridae terdiri daripada burung pemangsa diurnal termasuk helang, hawk, layang-layang, harrier dan burung nasar Dunia Lama. Keluarga ini tersebar secara meluas ke seluruh pelusuk dunia termasuk di kawasan hutan hujan, tundra, kawasan bergunung, kawasan padang rumput, kawasan pantai dan lain-lain. Berbeza dari burung Falcon yang mempunyai sayap yang panjang, burung dari keluarga Accipitridae memiliki sayap yang lebar iasanya bulat di ujung dan cakar yang kuat. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan beberapa butiran mengenai spesies burung pemangsa yang terdapat di Malaysia.

Burung Baza hitam Aviceda leuphotes  (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor kecil dengan puncak yang menonjol dan mempunyai sepasang kaki yang pendek, tebal dengan talon yang kuat. Mereka mempunyai dua gigi seperti lekukan di bahagian hujung paruh atas. Burung Baza jantan mempunyai skapula putih dan penutup sekunder putih pada bahagian sekunder. Sementara itu, bagi burung Baza betina pula hanya bahagian skapula sahaja berwarna putih dan mempunyai jalur berwarna chestnut yang lebih banyak di bahagian bawahnya berbanding Baza jantan. Burung Baza hitam boleh didapati di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Habitat mereka berada di dalam hutan tebal, berdekatan kawasan hutan terbuka dan juga sungai. Kebiasaannya, mereka akan hidup dalam kelompok kecil dan membuat sarang di sebatang pokok. Spesies ini sering membuat bunyi lantang ketika sedang terbang dan ketika sedang bertenggek dengan membuat suara "chu-weep". Baza hitam sering dilihat bertenggek menghadap kanopi hutan. Mangsa mereka kebanyakannya adalah serangga namun burung, kelawar dan katak juga turut berada dalam julat makanan bagi spesies ini. Burung Baza hitam akan bertengger pada kawasan yang tinggi di bahagian kanopi hutan bagi membuat tinjauan awal sebelum menangkap mangsanya iaitu serangga di kawasan dedaun. Baza hitam telah dilaporkan berpartisipasi dalam kawanan burung spesies bercampur-campur yang lain untuk mendapatkan kelebihan dari segi makanan dengan memangsa serangga yang dikeluarkan dari kawanan. Status spesies ini semakin menurun, tetapi trennya tidak cepat, sehingga telah diklasifikasikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) oleh Daftar Merah IUCN.

Burung Helang Malam Macheiramphus alcinus  (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor bersaiz sederhana dan ramping dengan puncak berwarna hitam yang unik di kepalanya. Helang malam dewasa mempunyai bulu lembut yang berwarna coklat gelap atau hitam dengan tompok putih di bahagian kerongkongnya (atas dada). Jenis bulunya yang lembut merupakan faktor utama yang membantu dalam penerbangan yang senyap. Matanya yang besar dan kuning membantu mereka memburu pada waktu subuh dan senja. Helang malam ataupun julukannya "bat hawk" diambil dari diet utamanya iaitu kelawar, selain itu, burung walit juga turut menjadi salah satu dari diet burung helang malam. Oleh kerana mereka mempunyai waktu berburu yang pendek iaitu pada waktu subuh dan senja, raptor ini secara amnya menangkap, menelan dan mencerna makanan mereka sepanjang penerbangan. Oleh itu, gape (bukaan mulut) raptor ini lebih besar berbanding dengan gape raptor yang lain, yang mana lebih menyerupai burung layang-layang, burung walit dan burung goatsucker. Saiz gape burung helang malam akan berkembang bagi mempercepatkan proses memakan vertebrata kecil yang tangkas. Selain itu, sistem pencernaan helang malam ini juga lebih besar berbanding burung hawk lain kerana mereka perlu mencerna mangsanya dengan cepat dalam waktu berburu yang singkat. Burung helang malam boleh didapati di Borneo, Semenanjung Malaysia, Afrika dan New Guinea. Di wilayah Borneo / Semenanjung Malaysia, spesies ini paling sering dijumpai di sekitar gua batu kapur yang sering dikunjungi oleh kelawar dan burung walit. Ia juga dapat dijumpai di hutan yang matang dan terganggu dengan lindungan yang tinggi. Helang malam yang biasanya senyap akan mengeluarkan suara nada tinggi semasa berburu atau mengawan yang berbunyi seperti 'kwiek-kwiek'. Spesies ini disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) dalam Daftar Merah IUCN kerana populasi dikatakan stabil kerana tidak ada bukti untuk adanya ancaman besar.

Burung Lang Siput Haliaetus leucogaster (Keluarga: Accipitridae) mempunyai warna putih di bahagian kepala, rump, dan bahagian sisi bawah, manakala, bahagian belakang dan sayapnya pula berwarna kelabu gelap. Bulu bahagian bawah sayap yang berwarna hitam merupakan kontras kepada bahagian penutupnya yang berwarna putih. Paruhnya yang besar dan berbentuk cangkuk berwarna kelabu dengan bahagian hujungnya lebih gelap, manakala, matanya pula berwarna coklat gelap. Bahagian kakinya mempunyai talon hitam panjang. Burung jantan dari spesies ini sedikit lebih kecil daripada betina. Spesies burung Lang Siput ini berasal dari India dan Sri Lanka, China, melalui Asia Tenggara dan Australia di kawasan pesisir dan laluan air utama. Kebiasaannya, mereka  bertengger tinggi di sebatang pokok atau melayang di kawasan laluan air utama. Mereka akan terbang dan melayang di kawasan berhaba  (burung akan mencari poket udara panas untuk mengangkatnya lebih tinggi tanpa mengepakkan sayap mereka)   dan menahan sayap mereka dalam bentu "V", berbeza dengan raptor lain yang menahan sayap mereka secara mendatar. Makanan burung Lang Siput terdiri dari haiwan akuatik, seperti ikan, kura-kura dan ular laut, namun mereka  juga memakan burung dan mamalia. Lang Siput akan memanfaatkan akan fenomena pusaran air yang kerap berlaku, kerana haiwan akuatik yang terpegun oleh pusaran air akan muncul ke permukaan sehingga memudahkan proses mencari makannya. Mereka juga memakan bangkai seperti biri-biri dan ikan di sepanjang garis air. Selain itu, mereka menyerang jaring ikan untuk memudahkan memburu mangsa. Burung Lang Siput akan membunyikan suara seperti angsa dengan nyaring, yang biasanya kedengaran ketika musim mengawan. Biasanya, mereka membina sarang di atas pokok / struktur / tempat tertinggi di dekat pantai. Spesies ini telah dinilai sebagai  Sedikit Bimbang (Risiko Terendah)  dalam Senarai Merah IUCN kerana julatnya yang besar walaupun jumlah penduduknya dilaporkan kecil.

Gambarajah 2: Burung Lang Siput Haliaetus leucogaster 

Burung Lang Kuik Spilornis cheela (Keluarga: Accipitridae) adalah raptor bersaiz sederhana besar dengan spesiesnya yang dewasa mempunyai  bahagian atas dan kepala yang berwarna coklat gelap, dan terdapat banyak tompok putih pada bahagian bawahnya. Bahagian penutup bawah sayapnya berwarna coklat pucat. Ketika mereka sedang terbang secara melayang, sayap lebarnya akan ditahan dalam bentuk "V" mendepa. Bahagian ekor dan sisi bawah bulu pelepahnya berwarna hitam dengan jalur putih yang lebar. Puncak mereka hampir tidak terlihat, namun, mereka akan menaikkannya bersama-sama dengan membuat suara yang nyaring ketika mereka merasa terancam. Dari sisi hadapan, burung Lang Kuik kelihatan seperti burung hantu  kerana bentuk wajah dan kedudukan matanya yang hampir serupa.  Mereka dikatakan memiliki pelbagai jenis panggilan secara vokal namun kebiasaaanya yang bernada tinggi dan menaik seperti "Kluee-wip-wip" dibuat ketika bertengger sebagai menanda wilayahnya. Spesies ini boleh didapati di Asia Selatan hingga Asia Tenggara, China dan Taiwan. Spesies ini lazimnya lebih gemar akan habitat yang terdiri dari kawasan hutan terbuka, berhampiran sumber air tawar seperti sungai dan paya bakau. Nama julukan mereka di dalam inggeris "serpent eagle" diambil dari kepakaran mereka dalam memburu haiwan reptilia seperti ular ataupun cicak. Pada bahagian kaki mereka terdapat beberapa sisik yang melindungi mereka dari dipatuk ular. Selain itu, diet mereka juga terdiri daripada amfibia, mamalia kecil, burung dan ikan. Corak memburu mereka adalah secara menunggu, dengan memerhati mangsa dengan bertengger di atas pokok sebelum menyambar mereka. Spesies mereka juga diperhatikan mencari makan di tanah dan memangsa haiwan di jalanan. Spesies ini mempunyai julat yang besar dan trend penduduknya stabil, sehingga diklasifikasikan sebagai Sedikit Bimbang (Risiko Terendah) di bawah Daftar Merah IUCN.

Gambarajah 3: Burung Lang Kuik Spilornis cheela

Burung Lang Lebah Pernis ptilorhynchus (Keluarga: Accipitridae) mempunyai dua populasi yang berbeza, populasi selatan Indo-Malayan, dan populasi utara yang berhijrah. Populasi yang berhijrah, P. ptilorhynchus, akan menghabiskan musim sejuknya di India dan Asia Tenggara, dan membiak di kawasan Palearctic timur dari selatan Siberia ke utara Mongolia, timur laut China, Korea Utara dan Jepun.  Spesies ini mempunyai sistem navigasi yang berfungsi dengan baik pada waktu siang mahupun waktu malam dan mampu merentasi beratus-ratus kilometer di atas air. Mereka akan mengambil laluan paling selamat dengan mempertimbangkan keadaan angin berbahaya di seberang laut dan mungkin juga mengambil jalan yang lebih lama dari satu persinggahan ke persinggahan yang lain.  Mereka menghabiskan musim tanpa pembiakan di Asia selatan dan tenggara dan berhijrah untuk membiak di Eropah, Timur Tengah, benua Afrika.

Gambarajah 4: Burung Lang Lebah Pernis ptilorhynchus

Burung Lang Bahu Hitam, Elanus caeruleus (Keluarga: Accipitridae) adalah seekor raptor terkenal yang mendiami kawasan terbuka dengan pokok-pokok yang tersebar dan mendapat manfaat daripada penubuhan tanah baru dan kawasan pertanian baru seperti kelapa sawit dan sawah. Kawasan-kawasan ini memberi mereka sumber makanan yang terdiri daripada 64-97% tikus kecil, dan kadang-kadang mereka juga memakan burung yang lalu kawasan mereka. Umumnya, sarang  burung lang bahu hitam berbentuk mangkuk, terdiri dari batang kayu dan ranting, dan diselaraskan dengan rumput, jerami atau bulu mamalia dengan variasi pada ukuran saiz sarangnya.   Gangguan dari spesies lain seperti House Crow, Corvus splendens dan Asian Koel, Eudynamys scolopaceus dan juga dari keadaan cuaca yang tidak menentu juga boleh mempengaruhi keberhasilan pembiakanburung lang bahu hitam.

Gambarajah 5: Lang Bahu Hitam Leanus axillaris

Burung Helang Tiram, Pandion haliaetus (Keluarga: Pandionidae) merupakan salah satu daripada burung yang tersebar luas, yang boleh dijumpa di seluruh pelusuk benua kecuali Antartika. Helang tiram memperlihatkan morfologi yang berbeza bergantung atas kawasan sama ada tropika dan subtropika. Helang tiram jantan kadang-kadang membuat persembahan 'tarian langit' di kawasan langit berdekatan dengan sarangnya semasa musim mengawan bagi menarik minat pasangan ataupun bagi mengancam penceroboh.  Setelah mendapat pasangan, mereka bersama akan mengumpulkan bahan untuk membuat sarang dan kebanyakannya pihak betina yang akan menyusunnya menjadi sarang. Sarang sebelumnya biasanya digunakan semula dari tahun ke tahun dan boleh menjadi cukup besar dan ketara. Sarang umumnya terletak dalam jarak tiga hingga lima kilometer dari sumber air, tetapi helang tiram yang ingin membiak dilaporkan akan menempuh perjalanan lebih dari 10 km untuk memburu. Helang tiram akan membina sarang mereka di bahagian puncak pokok mati yang besar dan terpencil, selain itu, mereka juga lazimnya membina sarang mereka pada struktur buatan manusia, seperti tiang, penanda saluran, tirai itik, dan platform sarang. Namun, mereka pernah dilihat membina sarang mereka secara langsung di atas tanah apabila kawasan tersebut tidak ada ancaman dari pemangsa. Kebiasaanya, helang tiram betina akan menjaga telur mereka sementara yang jantan akan mencari makanan untuk sang betina. Secara amnya, spesies ini bersifat monogami, dengan kes polyandry (betina mempunyai banyak pasangan) dan polygyny (jantan mempunyai banyak pasangan) yang jarang berlaku.  Helang tiram adalah pakar dalam memburu ikan, dengan beberapa penyesuaian fizikal termasuk lapisan berduri di telapak kakinya, talon panjang yang melengkung, dan bahagian luar jari kaki yang boleh dibalik untuk membantu menangkap dan menahan ikan licin. Juga, bulu mereka yang berminyak dan saluran nasal yang efisien menghalang mereka dari basah dan lemas ketika menyelam ke dalam air. Helang tiram akan menyelamkan kakinya dahulu ke dalam air untuk mengambil ikan dari kedalaman hingga kira-kira satu meter. Burung helang lain dipercayai sering mencuri mangsa burung helang tiram dengan mengejar mereka dan memaksa mereka untuk melepaskan ikan yang ditangkap oleh mereka, dan kemudian menangkap ikan tersebut di udara. Helang tiram dapat berfungsi sebagai bioindikator yang memainkan peranan penting dalam menjaga kualiti ala sekitar dalam sistem akuatik kerana mereka pantas dalam mengumpulkan bahan kimia tercemar yang terkandung di dalam ikan.

Gambarajah 3: Burung Helang Tiram, Pandion haliaetus

Secara umumnya, burung pemangsa memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan keseimbangan ekosistem. Mereka bertugas dalam tugas menyeimbangkan dengan berada pada puncak rantaian makanan, yang juga dikenali sebagai penunjuk dalam ekosistem. Sebagai contoh, sekiranya bilangan mangsa seperti ular dan tikus lebih tinggi di dalam sesebuah ekosistem, saintis dapat memerhatikan dan mengenal pasti populasi tertentu dengan hanya mempelajari jumlah raptor yang ada. Secara logiknya, semakin meningkat jumlah mangsa, maka jumlah pemangsa juga akan meningkat secara signifikan. Kedua, raptor ini juga penting ebagai "barometer ekologi" yang mana bermaksud mereka membantu kita mengukur kesihatan sesebuah habitat.    Raptor ini sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran mereka. Oleh itu, jika persekitaran tercemar, ini akhirnya akan mengurangkan bilangan mangsa burung ini. Selain itu, raptor juga dikenali sebagai sahabat kepada petani  yang biasanya bertindak sebagai "kawalan biologi" dengan memakan serangga dan haiwan perosak seperti tikus. Burung pemangsa ini juga penting bagi pengawalan penyakit, kerana beberapa dari spesies mereka menjadikan bangkai dan binatang mati sebagai makanan mereka. Tabiat makan ini sebenarnya membantu persekitaran dengan menyingkirkan haiwan yang sakit atau bangkainya yang secara tidak langsung berjaya mencegah penyebaran penyakit dari semakin meluas.

Raptor juga dikenali sebagai spesies "payung dan unggulan" dalam pemuliharaan. Mereka dikenali oleh komuniti tertentu, dan mampu membangkitkan minat dan emosi dalam kalangan populasi. Lebih-lebih lagi, hakikat bahawa raptor memiliki luas kawasan yang besar bererti bahawa usaha untuk memulihara mereka akan memberi banyak manfaat kepada spesies lain yang terdapat di habitat yang sama dan memelihara ekosistem juga. Walaupun status raptor tertentu diklasifikasikan sebagai yang paling tidak diingini, namun kebanyakan raptor di seluruh dunia biasanya menghadapi ancaman yang sama iaitu kehilangan dan penurunan habitat terutamanya oleh penebangan hutan. Senario ini juga berlaku di Malaysia, kerana landskap kita telah berubah melalui pengubahsuaian yang belum pernah terjadi sebelumnya kerana tujuan pembangunan, pembalakan, dan kegiatan pertanian telah menjadi penyebab utama kehilangan habitat dan faktor penurunan burung liar. Lebih-lebih lagi, kesan dari jumlah raptor yang menurun disebabkan akan kehilangan habitat, beberapa dari mereka juga dikaitkan dengan kehilangan mangsa mereka. Kehilangan fauna mamalia besar di rantau ini yang berterusan disebabkan oleh kehilangan habitat dan aktiviti memburu bermaksud pengurangan sumber makanan yang ada untuk mereka. Oleh itu, sangat penting untuk mempunyai kesedaran yang lebih besar, bersama dengan program berterusan yang berkaitan dengan penghayatan alam dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, adalah tugas dan tanggungjawab kita untuk memelihara harta karun negara kita untuk generasi akan datang. Mari bersama bekerjasama bagi membentuk masa depan yang lebih baik!           

No comments:

Post a Comment