Monday 22 July 2013

Majalahsains.com: Keunikan Dua Primat Malam

Primat malam merupakan spesies yang sangat misteri. Artikel ini memaparkan alam kehidupan dua primat malam iaitu Kera Hantu dan Kongkang:

http://www.majalahsains.com/2013/07/keunikan-dua-primat-malam/

Kongkang

                                          Foto: Dzulhelmi Nasir
 
 

Kera Hantu
                                   Foto: Willy Chin Siaw Min
 

Wednesday 10 July 2013

Biological Sciences Graduate Congress (18th BSGC)

The Biological Sciences Graduate Congress (BSGC) is an annual activity jointly organized by three collaborating universities: University of Malaya (UM), National University of Singapore (NUS) and Chulalongkorn University (CU). University of Malaya will be hosting the 18th Biological Sciences Graduate Congress the on 5-8th January 2014 at University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Theme: Applied Science and Biotechnology, Biochemistry and Physiology, Biodiversity, Ecology and Systematics, Cell and Molecular Biology

Abstract Submission: 1st July 2013-4th October 2013
Notification of Acceptance: 14th October 2013

For more information: http://umconference.um.edu.my/um18thbsgc=6b8eba43551742214453411664a0dcc8

Monday 1 July 2013

Floria 2013

Floria merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan di Putrajaya. Tempoh acara ini pada 21-30 jun 2013. Terdapat pelbagai gerai jualan pokok, herba, orkid dan lain-lain.



Antara lain ialah pertandingan kapal tercantik mengikut negeri, pameran oleh pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti  turut diadakan.


Program Floria ini bermula dan berakhir dengan pertunjukan bunga api.

Saturday 22 June 2013

Apa itu jurnal Impact Factor ?

Semasa saya berada di peringkat Ijazah Sarjana (Master), saya tidak berapa faham mengenai jurnal apa yang perlu dihantar jika kita ingin kajian kita dicetak. Saya difahamkan oleh seorang pensyarah bahawa kita perlu sokong jurnal tempatan, dan jika bukan kita, siapa lagi ?

Namun, saya tidak didedahkan dengan jurnal impact factor atau apa itu Quartile 1-4. Selepas bertanya dan mula menceburi di peringkat PhD ini, saya wajib terbitkan 2 jurnal impact factor untuk graduat. Oleh itu, saya mula membaca dan memahami sedikit sebanyak mengenai jurnal impact factor.

Jurnal impact factor ini merupakan jurnal yang 'diiktiraf' di peringkat antarabangsa mengikut disiplin sains dan kriteria untuk membuktikan bahawa artikel kajian yang kita tulis adalah 'berkualiti', dibaca dan 'cited' oleh orang ramai. Jurnal yang diterbitkan ini bersangkut-paut dengan 'h-index'. Semakin tinggi h-index, semakin hebat kajian penulisan yang dicetak oleh seseorang itu.

Seseorang itu 'diiktiraf hebat' dari segi kajian penulisannya dengan melihat h-index dan jurnal impact factor yang diterima untuk dicetak. Pada masa sama, pastikan orang itu merupakan 'penulis utama atau first author' (walaupun adakalanya ia sebagai penulis bersama iaitu co-author) kerana beberapa orang suka 'menumpang' nama pada kajian orang lain dan namanya berada dalam jurnal tersebut - tidak berintegriti dalam kerja. Pada masa sama, ada juga orang yang buat kerja 'paling minima' untuk memastikan nama dimasukkan (ini boleh fikir sendiri, tidak perlu huraian).

Sunday 2 June 2013

Lupa Masa Ranau, Sabah

While I was at Poring Hot Spring Ranau (Sabah), I saw a banner stating "Lupa Masa" where the meaning is "Forget Time" in Malay language. So, I decided to go there. The journey was at least 30 minutes walk crossing three rivers and into the jungle trail. 


Michael Gordon was a really great guide. He showed us around the vicinity of Lupa Masa. There were many species of frogs especially the Microhylidae and Megophrydae. Also, mammals that are really rare to observe in the wild such as the flying squirrel and tarsier. However, I didnt actually get to see these amazing mammal as time were not on our side.

Overall, you can sleep at Lupa Masa and learn the survival skill in the forest..Just beware of 'many leeches'..I mean 'Many'.

Wednesday 15 May 2013

BOOK: Natural History of the Colugo

Title           : Natural History of the Colugo
Publisher   : Universiti Kebangsaan Malaysia
ISBN           : 978-967-412-074-0
Year           : May 2013
Price          : USD35 including postage
Author       : Dzulhelmi Nasir
Illustrator  : Dzulfeqar Nasir

Photos       Ahmad Syazwan Saidin, Dzulfeqar Nasir, Dzulhelmi Nasir, Karen Beverly Seem, Muhammad Rasul Abdullah Halim, Pui Yong Min, Siti Mariam Jamaluddin, Suriyanti Su Nyun Pau, Willy Chin Siaw Min

Pages        : 102 pages


SynopsisThe Colugo is a nocturnal cryptic creature which can be found in the rainforest of South East Asia. Its gliding ability as a perfect adaptation and evolution to the animal kingdom has became the fascinating thing about this creature. Searching for them in the tropical rainforest can be a challenging task. But, it can also be an adventurous life experience when there are such opportunities to observe them for real in their natural habitat. This book provides useful information on the life history of the Colugo inclusive of amazing artistic illustrations and stunning colour photographs of the Colugo in action that can bring us into the natural world of the Colugo. Recommendation at few places which guarantees the presence of the Colugo and the high probability to see this wonderful creature in their natural habitat are also included.

BUKU: Kehidupan Kubung


Tajuk    : Natural History of the Colugo
Penerbit: UniversitiKebangsaanMalaysia
Bahasa  : Bahasa Inggeris
ISBN    : 978-967-412-074-0
Tahun   :  Mei 2013
Harga   : RM65 (termasuk postage)
Penulis  : Dzulhelmi Nasir (dzul_3my@yahoo.com)
Pelukis  : Dzulfeqar Nasir
Foto     : Ahmad Syazwan Saidin, Dzulfeqar Nasir, Dzulhelmi Nasir, Karen Beverly Seem, Muhammad Rasul Abdullah Halim, Pui Yong Min, Siti Mariam Jamaluddin, Suriyanti Su Nyun Pau, Willy Chin Siaw Min
Bil. muka surat: 102 muka surat

1. Sementara menunggu untuk penyemakan tesis oleh pemeriksa yang mengambil masa dua bulan, saya mula mencari buku haiwan dan meneliti gaya bahasa, susunan, kualiti gambar dan isi kandungan yang dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara penerbit yang menarik perhatian saya ialah Natural History Publication (Borneo) dan New Holland Publishing. Dengan masa yang ada, saya menulis buku ini yang mengambil masa sehingga 3 bulan penuh (non-stop) - 6 pagi sehingga 7 petang setiap hari tanpa sebarang gangguan.

2. Oleh kerana buku yang ditulis adalah separa ilmiah, maka setiap muka surat perlu mempunyai sekurang-kurangya 1 foto untuk menerangkan mengenai petikan yang ditulis. Kadangkala-kala, saya ada meminta foto dari 'rakan' atau 'kenalan', tetapi ada juga yang tidak memberi walaupun kita tahu dia ada foto tersebut. Namun, saya masih meneruskan 'memburu' untuk mencari gambar yang diperlukan. Saya juga ada membeli foto dari Shashinki photo dan telah mendapatkan foto dari rakan lain yang tidak mempunyai 'konflik of interest'.

3. Selain itu, saya juga pergi ke Langkawi untuk mengambil gambar Kubong yang masih kekurangan dari segi postur dan gaya untuk 'fit' dalam bab buku selama 5 hari. Kita perlu ingat bahawa foto amat penting dalam penulisan buku maka amat wajar untuk membeli kamera set yang berkualiti.

4. Selepas buku siap ditulis, saya menghantar kepada penerbit yang saya rasa mempunyai kelebihan dan tidak ada 'bias' dalam proses penilaian dalam menerbitkan buku ini. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan percetakan buku ini oleh penerbit UKM walaupun hanya selepas 1 tahun 6 bulan dari tarikh penghantaran untuk mencetak buku ini untuk susun atur siap. Bagi saya, ia agak lambat diterbitkan.

5. Kesimpulannya, semua orang mampu menulis buku ilmiah walaupun masih berada di peringkat pelajar kerana ramai orang barat dan negara jiran seperti Singapura juga menulis dan menerbitkan buku ilmiah seawal umur 24 tahun. Oleh kerana umur saya kini mencecah 27 tahun, saya amat berharap kesedaran pemuda kita untuk menulis buku pada usia yang muda kerana waktu ini kita mempunyai banyak masa.

6. Akhir kata, elakkan berbincang dengan 'parasit' buku yang hanya ingin menumpang nama sebagai penulis bersama (co-author) dan membuat kerja yang paling minima. Kalau nak tahu orang itu 'parasit' atau tidak, tanya perbezaan antara "author', 'co-author', reviewer, editor, 'photo credit' dan siapa yang perlu diletakkan dalam 'acknowledgement'.