Thursday 3 September 2015

Mengapa sukar mendapat pekerjaan?

Seringkali saya mendengar keluhan para graduan tidak kira di peringkat Diploma mahupun ke peringkat Sarjana bahawa mereka sukar mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian walaupun belajar sehingga ke menara gading.

Maka saya ajukan soalan-soalan untuk dijawab terlebih dahulu:

1. Berapakah orang lain yang kamu tidak kenal graduat setiap tahun pada peringkat pengajian kamu?

2. Mengapa kamu rasa kamu lebih layak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut berbanding orang lain yang setaraf kelulusan dengan kamu?

3. Siapa yang kamu kenal lebih baik daripada kamu dalam bidang kamu dan apakah yang menyebabkan kamu rasa dia lebih baik daripada kamu?

4. Apakah kelebihan yang kamu rasa kamu ada yang orang lain tidak ada dalam pekerjaan yang dipohon?

5. Apakah perkara atau projek mini yang kamu 'initiate sendiri' tanpa disuruh dan berjaya dihasilkan atau dilaksanakan semasa di sekolah atau universiti?

Jawapan daripada soalan 1-4 memang dapat dijawab dengan baik tetapi apabila mengajukan soalan 5, rata-rata akan senyap atau tidak dapat menjawab dengan baik.

Kesimpulan: Rata-rata majikan ingin mencari pekerja yang proaktif iaitu yang 'initiate sendiri' sesuatu perkara tanpa disuruh semasa di sekolah atau universiti. Justeru, apabila orang lain ada satu produk, saya akan mempunyai dua produk.

Dengan itu, jika pekerjaan terutamanya dalam bidang Zoologi yang sangat khusus dan peluang pekerjaan yang sangat terhad di dalam bidang ini di Malaysia, maka X-faktor amat diperlukan untuk bersaing dengan graduan lain yang semuanya mempunyai kelulusan yang sama.

Friday 14 August 2015

Spider workshop with Kazakhstan student

The spider workshop with Kazakhstan student (13-16 years old) were aim to nurture their interest to our precious spiders that is found in Malaysia. The workshop started with student experiencing to hunt and find spiders in the botanical garden by themselves. Searching for such small creatures like spiders hiding in dense shrubs and complexed plants can be very challenging for first timers. However, most of the students managed to find at least 1 individual spider each.

Briefing on how to look for spiders (Photo by Prasad Vasudevon)

Next, in the laboratory, students were provided with dissecting microscope, forceps, petri dish, ethanol and a spider book. They would need to examine the spider they captured using these provided equipments. Everything is hands-on done by the students themselves.

Identifying spiders captured using the spider book (Photo by Prasad Vasudevon)


I am very lucky to be one of the facilitator for this spider workshop. Hopefully, they enjoy the session and at least bring great memory from this short session.


Saturday 1 August 2015

Perbezaan antara Taxa dan Bidang

Ramai di kalangan pelajar mahupun pensyarah tidak dapat membezakan di antara TAXA (cth: mammal, reptiles, amphibians, insects, invertebrates, birds dsb) dan BIDANG (cth: community ecology, behavior, taxonomy, genetic diversity, phylogenetic dsb).

Maka saya akan terangkan secara am perbezaan mengenai TAXA dan BIDANG ini. Sebagai contoh, saya ingin mengkaji mengenai behavioural ecology (BIDANG) untuk labah-labah (TAXA), Maka labah-labah (TAXA) digunakan sebagai MODEL untuk menguasai disiplin ilmu dalam behavioural ecology (BIDANG).

Jika saya ingin mengkaji taxonomy (BIDANG) untuk labah-labah (TAXA), saya perlu mempelajari disiplin ilmu dalam bidang taxonomy (BIDANG) pula bagi menguasai disiplin ilmu tersebut. Maka, saya tidak boleh mengatakan saya adalah PAKAR LABAH-LABAH hanya kerana saya mempelajari mengenai labah-labah (TAXA) kerana saya hanya menguasai SATU sahaja disiplin ilmu iaitu dalam taxonomy (BIDANG).

Sebagai contoh , jika ada sesiapa yang ingin mempelajari mengenai labah-labah (TAXA), tetapi mengenai community ecology (BIDANG), dia hanya boleh merujuk kepada saya untuk mengenali spesies labah-labah (TAXA) tersebut, dan perlu MERUJUK kepada AHLI di dalam community ecology (BIDANG) untuk memahami BIDANG tersebut.

Sama juga, jika saya ingin mengkaji phylogenetic (BIDANG) mengenai labah-labah (TAXA), saya perlu merujuk kepada AHLI di dalam phylogenetic (BIDANG) dan bukan kepada AHLI yang pernah mengkaji gene expression atau molecular cloning (BIDANG) hanya kerana perkataan genetic atau molecular yang ada di dalam BIDANG tersebut.

Oleh yang demikian, jika saya ingin mempelajari mengenai community ecology (BIDANG) dan menggunakan burung (TAXA) sebagai MODEL untuk memahami disiplin ilmu dalam BIDANG tersebut, adakah saya perlu merujuk kepada orang yang pernah mengkaji BURUNG (TAXA) atau orang yang telah memahami disiplin ilmu dalam community ecology (BIDANG) ?

Jawapannya, sudah pasti saya perlu merujuk kepada AHLI yang telah memahami community ecology (BIDANG), behavioural ecology (BIDANG) jika berkaitan, dan juga yang memang mengenali mengenai spesies-spesies burung (TAXA) tersebut.

Maka, untuk mengenali siapa yang AHLI di dalam BIDANG tersebut, cari artikel yang telah ditulis dan diterbitkan sebagai penulis pertama (1st author) oleh AHLI tersebut untuk lebih meyakinkan. Hal ini kerana  kebiasaannya 1st author telah melalui PROSES yang paling banyak untuk menguasai DISIPLIN ILMU di dalam BIDANG itu dan juga dalam menjayakan penerbitkan artikel tersebut.

Thursday 9 July 2015

Menunggang Kuda di Bukit Fraser

Kuda merupakan haiwan yang sangat taat kepada tuannya. Ia memerlukan penjagaan yang rapi termasuk rutin harian seperti mandi, mendandan, memberi makanan yang berkhasiat dan membersihkan tempat tidurnya. Jika tuannya terjatuh semasa menunggang di ladang atau di hutan, kuda akan mencari bantuan dengan kembali ke bangsalnya untuk menunjukkan kepada orang yag berada di sana bahawa tuannya tidak menunggangnya. Maka, orang yang faham akan mengikuti kuda tersebut untuk pergi ke tempat tuan empunya kuda di mana ia terjatuh dan seumpamanya.

Harga menunggang kuda adalah RM8 di Bukit Fraser.


Kuda akan tidur berdiri

Sunday 21 June 2015

BUKU: Labah-labah Lazim Malaysia

Tajuk           : Labah-labah Lazim Malaysia
Penerbit      : Universiti Putra Malaysia
ISBN           : 978-967-344-455-7
Tahun         : June 2015
Harga         : USD30 including postage
Penulis      : Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su
Illustrator   : Dzulfeqar Nasir
Foto            Badiozaman Sulaiman, 
 Chai Yi Xiong, Chen Wei-Hsien, Chun Xing Wong, Dzulhelmi Nasir,  Fred Hort, Guek Hock Ping, Jean Hort, Mark Yokohama, Peter Koomen, Tang Hung Kei,Yang Chia Wang

Muka surat : 197 pages



Sinopsis: Labah-labah boleh dijumpai di pelbagai tempat di sekeliling kita, tetapi diendahkan oleh kebanyakan penyelidik di Malaysia. Terdapat sedikit sangat informasi mengenai spesies labah-labah yang terdapat di Malaysia untuk dijadikan sebagai sumber rujukan. Oleh itu, kami mengambil initiatif untuk menulis buku ini bagi memupuk minat mengenai labah-labah yang boleh dijumpai di negara ini. Buku ini ditulis dalam gaya bahasa yang mudah difahami beserta dengan foto-foto dan ilustrasi menarik bagi membantu dalam pengecaman kumpulan labah-labah. Ia mempunyai sekurang-kurangnya 160 genera dan 30 famili daripada spesies labah-labah lazim yang terdapat di Malaysia. Deskripsi adalah berasaskan genera walaupun terdapat pengecualian dalam beberapa spesies labah-labah yang terdapat di dalam kumpulan tersebut. Buku ini boleh dijadikan sebagai asas rujukan untuk penyelidik dan orang awam bagi menghargai dan memahami lebih mengenai labah-labah Malaysia.

BOOK: Common Malaysian Spiders


Title           : Common Malaysian Spiders
Publisher   : Universiti Putra Malaysia
ISBN          
978-967-344-455-7
Year           : June 2015
Price          : USD30 including postage
Author       : Dzulhelmi Nasir & Suriyanti Su
Illustrator  : Dzulfeqar Nasir

Photos       Badiozaman Sulaiman, 
 Chai Yi Xiong, Chen Wei-Hsien, Chun Xing Wong, Dzulhelmi Nasir,  Fred Hort, Guek Hock Ping, Jean Hort, Mark Yokohama, Peter Koomen, Tang Hung Kei,Yang Chia Wang
Pages        : 197 pages



Synopsis: Spiders can be found in almost any part of our surroundings, but have been largely ignored by many researchers in Malaysia. There is very limited information on the types of Malaysian spiders available for research and public reference. Cognizant of this deficiency, we took the initiative to write this book to nurture and cultivate interests about the spider fauna found in this country. This guide book is written in a way that is easy to understand, accompanied with images and illustrations that can assist in determining the spider groups. It provides at least 160 genera from 30 families of common spiders in Malaysia. The description is based on the genera although there may be exceptions to some species that are categorized within the respective groups. This book may serve as a general guide for researchers and the general public to appreciate and understand more about the spider fauna of Malaysia